Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Apabila terlalu sibuk, entry Spring Putus yang di taip setengah di lappy dan setengah di smartphone menjadi kalau bilau ditambah dengan interface baru blogger.com. Apa yang di taip di smartphone tak sempat nak tekan save atau publish sebab autopublish. Mungkin tengah menaip, tetiba terlena sambil susukan anak.
Begini kisah sebenarnya...
Sudah lama baby Safina tidur dalam buai beralaskan bantal span ringan. Aku try buang bantal dan baringkan baby sahaja dalam buai. Bila tengok baby macam tersepit sahaja, aku letakkan semula bantal dan baringkan lagi baby dalam buai nak tidurkan dia.
Sedang asyik menangguk buai, tiba-tiba spring terputus dan kain buai terus jatuh ke bawah bersama baby. Nasib baik besi buai tidak terjatuh atas kepala baby dan kepala baby juga tidak terhantuk pada kaki buai. Baby terkejut dan tergamam sebentar sebelum menangis.
Aku pun terkejut juga. Syukur, baby tak terjadi apa-apa. Jarak buai dan lantai juga tidak terlalu tinggi. Risau juga sebenarnya dengan hentakan buai ke bawah. Harap-harap tiada apa-apa masalah dalaman.
Buai tu milik sepupu hubby digunakan turun temurun untuk beberapa generasi. Kalau tak silap aku, baby pertama yang guna buai tu dah berusia 19 tahun sekarang. Jadi spring tu pun dah uzur. Tak sangka pula spring tu nak putus. Memang ada tali yang mengikat tetapi tali tu pun turut putus. Last aku guna 4 tahun lepas.
Kini selepas spring lama putus, hubby dah gantikan dengan spring baru 5 serangkai. Moga-moga tak terjadi lagi peristiwa seperti itu. Apabila berat baby makin bertambah nanti, buai tu dah tak dapat nak digunakan lagi.
2 comments
syukurlah tak jd apa2...sentiasa letak bantal atau toto bwh buaian tu menutup beli keliling besi 4 segi tu iza...risau klu jatuh kena besi tu.moga baby baik2 aje.kiss tuk baby cumil..muahh
salam..
alhamdulillah..tak terjadi
apa-apa pada baby..risau juga
bila kes sebegini berlaku kan?
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini