Salam 1 Dunia.
Ada sesiapa yang mahu melancong ke angkasa lepas? Impian tersebut akan jadi kenyataan pada tahun 2013 kerana Rusia kini sedang giat menjual tiket penerbangan kepada sesiapa yang berminat. Kapal angkasa Soyuz akan membawa pelancong selama 10 hari untuk meneroka alam semesta.
Tiket yang dijual berharga A$35 juta bersamaan RM110 juta serta perlukan juga ketahanan fizikal dan mental untuk penerbangan yang berisiko. Jadi, berapa kerat yang mampu untuk membeli tiket penerbangan itu?
Seorang jutawan perisikan Amarika Syarikat, Charles Simonyi pernah membayar duit sebanyak itu pada tahun 2007 untuk penerbangan selama 10 hari. Pesawat terpantas ciptaan manusia bergerak 4500 batu sejam.
Sedarkah kita bahawa sebenarnya, kita semua sedang menaiki kapal angkasa maha canggih dan berlipat kali ganda canggih dari kapal angkasa Soyuz. Tak perlu nak bayar RM110 juta, tak perlu nak ke Rusia dan yang penting, mampukah pesawat Soyuz tersebut tawarkan keselesaan kepada kita? Dengan kelajuan 65,000 batu sejam, pelbagai kemudahan dan keselesaan yang optimum kita boleh rasai berbanding kapal angkasa Soyuz yang sempit, pergerakan terbatas dan pelbagai benda yang super terhad.
Subhanallah....sungguh indah ciptaan Allah. Tanpa kita sedari, kita sudah pun bergerak meredah angkasa dengan planet bumi. Planet bumi boleh diibaratkan dengan kapal angkasa gergasi yang membawa semua penumpang meredah angkasa dan mengelilingi matahari.
Setiap tahun kita menempuh perjalanan sejauh 500 juta batu untuk mengelilingi matahari. Kelajuan yang sangat menakjubkan. Dengan kapal angkasa maha canggih ini juga, kita selesa untuk makan makanan yang pelbagai, air yang bersih, udara segar, berkeluarga, bekerja berbanding kapal angkasa ciptaan manusia dengan segalanya yang terhad.
Kesimpulannya, tanpa kita sedari, kita sedang menaiki kapal angkasa gergasi maha canggih. Diciptakan dengan keseimbangan dan kasih sayang untuk kehidupan kita. Ciptaan yang sempurna ini akan memberikan lebih keyakinan kepada kita tentang kewujudan dan kekuasaanNya.
Sumber: SOLUSI
18 comments
Betul juga tu ...
Baru benjy sedari bahawa benjy sedang menaiki kapal angkasa sambil menaip komen ini ... canggih ...
Banyaknya crew2 kapal angkasa planet bumi ni yer ? ....
Namun benjy tak pasti siapakah Nakoda kapal kita ni dan bagaimana ia berjaya menggerakkan kapal kita ni mengikut laluan yang betul ....
Tak tahu bila kapal ini akan melabuhkan sauhnya yer ? ... harap2 benjy suda cukup iman sebelum sauh kapal ini dilabuhkan kelak ...
salam..
emm..nak berjalan di Malaysia
pun tak habis lagi nih..belum
ada keinginan nak ke bulan
lagi nih :)
nak juga singgah kat sini tapi mahal sangat le.... he he he
SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.
@Benjy
Pastinya ada yang mencipta dan menggerakkannya.
Al-Quran: Surah Yaasin, ayat 38-40 yang bermaksud:
Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir).
Tidak mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada paksinya.
@zulkbo
W'salam..
Betul tu En. Zul...lagi pun tak berbaloi pun.
@Sharinginfoz
A'a, tak termampu kan..
@luahfikiran
W'salam..
Terima kasih, InsyaAllah, Amin..
confirmed semua org xsedar.
Subahanallah... & masyallah terlupanya aku...
@Iza Teratak Usang
membuka mata membuka minda... tapi terbukakah pintu hati? Kalaulah terbuka hati, tentulah dunia ini aman tenteram kerana semua orang menjadi "penumpang" yang baik
hari-hari kita naik kapal angkasa tanpa kita sedari.
happy new year
salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya
salam;
maha besar kekuasaan Allah..tiada tandingannya seharusnya kita sujud padanya tiap saat dan waktu bukan sekadar 5 waktu yang ditetapkan...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini