Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

on Selasa, November 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Kata orang, kalau cemburu tandanya sayang tapi bila aku cemburu, apakah tandanya??? Ini bukan kes kehadiran orang ke tiga...
Aku cemburu apabila aku ada...
yang aku beli menyalahgunakan menggunakan duit PTPTN 6 tahun dulu, my hubby beli untuknya...

Apabila dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Begitulah keadaannya yang berlaku. Entah ke mana hilangnya Nikon Coolpix milikku itu.

Aku cemburu apabila my hubby belikan untukku....


Sebulan lepas tu, my hubby belikan untuknya...

Susah aku nak usung laptop Acer yang berat tu ke mana-mana sahaja berbanding netbook Dell yang comel ni. Kalau pergi bercuti, aku tak dibenarkan membawa laptop tapi kalau my hubby pergi kursus, boleh pula dia usung netbooknya. Tak seronok jika menggunakan barang yang bukan milik kita sendiri. Susah nak simpan segala data penting dan yang paling utama, tak seronok berkongsi.

Aku cemburu apabila my hubby beli untukku...


dan dibelikan untuknya...


"SAMSUNG Galaxy Note??? Jom la tukar...jom la tukar...nak smartphone yang baru". Rintihanku hanya tinggal rintihan di bawa angin lalu...

Walaupun aku sudah ada SAMSUNG Galaxy S, terpaksa berkongsi pula dengan puteriku yang sulung (4 tahun). Aku sibuk nak buka Blog, Facebook, BeritaOnline, dia pula sibuk nak buka android for kids dan angry bird. Setiap hari, setiap masa aku kena beralah dan setiap hari aku kena cas bateri gara-gara penggunaan tahap extra maksimum. Terlintas di fikiran, kalau ada satu lagi smartphone yang hanya aku seorang yang tamak haloba guna, kan senang.

Pantun.

Kiraan kilo menggantikan kati,
Diguna untuk timbang barang,
Tak sempat nak join contest Denaihati,
Rupanya ada satu lagi peluang.

Sungguh panas mentari terik,
Berteduh sekejap di satu taman,
Hadiah ditawar sangat menarik,
Samsung Galaxy S II jadi idaman.

Berehat sebentar di pohon cermai,
Sambil memegang sebuah cangkir,
Mari sertai beramai-ramai,
18 November contest berakhir.

Buah ciku bentuknya bujur,
Enak dimakan begitu saja.
Beta.my adalah penganjur,
Mynewshub pula sebagai penaja.

Kalau bercakap jangan temberang,
Dibenci orang kanan dan kiri,
Hanya ini yang dapat ku karang,
Moga-moga ada rezeki.

"Saya nak Samsung Galaxy S II sebab Samsung Galaxy S II lebih hebat dari Samsung Galaxy S serta mengatasi iPhone 4 atau iPhone 4S dan tak perlu nak berkongsi dengan sesiapa"


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub
Ranking: 5

16 comments

14 November 2011 pada 4:09 PTG

wah..menarik..sampai tak fikirkan lagi idea nak masuk..tinggal 4 ari lagi n.aisshhh


anyway goodluck!!

14 November 2011 pada 4:11 PTG

Good luck.

14 November 2011 pada 4:55 PTG

saya nak juga smartphone ke tablet ke, bagi le kat saya, anyway all the best

14 November 2011 pada 6:07 PTG

menarik!

14 November 2011 pada 6:45 PTG

wah...same wisshlist...

jom jalan2 blog :
http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/

14 November 2011 pada 7:53 PTG

salam Iza..
moga berjaya mendapatkan
handphone samsung s2 tu..
realiti,saya pun teringin nak
juga model yang sama..

survey harga tempohari dalam
RM 1700++..insyaallah ada
rezeki lebih saya beli

15 November 2011 pada 1:53 PG

salam iza..oga impian tercapai.saya tak suka berkongsi.hp saya anak2 tak main.mereka main iphone ayah mereka je.saya cuma cas bateri 5 hari sekali sedangkan hubby kena cas hari2..haha.sian kan?anak2 tak main notebook saya sbb mereka kata kecik.bestnyer tak da org suka brg saya, sbb saya mmg kedekut kot?

15 November 2011 pada 6:32 PG

salam perkenalan iza..
ada kelainan iza jawab contest ini..
sungguh ayu tertipu mulanya..
hahhahahha..

apapun, semua gaget iza, ayu belum ada lagi..en zalie sangat2 minat samsung notes, cuma mahal lagi kan.... tu yang tunggu lah dahulu

opsss...
apa2 pun selamat berjaya sahabattttt

15 November 2011 pada 8:26 PG

Insya-Allah ada rezeki dapatlah apa yg dihajati.
Doa Iza... mana tahu ada luck:)

15 November 2011 pada 9:13 PG

salam;
Mudah2 tercapailah hajat tu nanti.!!.

15 November 2011 pada 10:00 PG

Salam Iza, wahh gajet cool2 yer hehe...gudluck utk contest nih. Nice artikel untuk contest :)

15 November 2011 pada 10:21 PG

gud luck ye..hehe
syioknyeee..kalu dapat..sbb saya pakai ace galaxy je.. =p

15 November 2011 pada 11:48 PG

cemburu yg comel tu.. he..he.. siap berpantun2 lagi.. kreatif.. harap2 ada rezeki awak utk dpt galaxy s II tu.. All teh best yer..

15 November 2011 pada 12:45 PTG

salam,
semoga tercapai hajat dihhati dan semoga rezeki itu milik anda..
mudah2an

Tanpa Nama
15 November 2011 pada 12:58 PTG

Assalamualaikum Iza,

Semoga semua impian tercapai.

18 November 2011 pada 10:56 PTG

Good luck, kak iza.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved