Salam 1 Dunia.
Tahun ini kita menyambut hari raya fitrah diikuti dengan hari kemerdekaan negara. Walaupun sudah lepas beberapa hari, mood raya masih ada. Pada yang perlu bertugas, selamat bertugas.
Dalam kemeriahan menyambut kedatangan syawal, peristiwa yang jarang-jarang sekali berlaku di Perlis. Ini bukan kisah mercun atau ada yang putus jari tetapi ketiadaan bekalan gas untuk memasak.
Sehari sebelum raya,ada kedai yang telah kehabisan stok gas. Ramai penduduk yang merungut akan hal ini kerana bermasalah untuk menyediakan juadah berbuka serta hidangan hari raya.
Nasib baik di rumah mertuaku ada 2 tong gas (biru - esso dan hijau - petronas ) walaupun kedua-duanya sedang digunakan. Namun, pada hari ke 3 raya, nasib yang sama telah menimpa di mana kedua-dua tong telah kehabisan gas. Merata-rata tempat kami mencari gas namun hampa kerana tong gas hijau dan biru masih belum ada.
Akhirnya,nak tak nak...terpaksalah membeli tong gas baru bewarna merah ( BHPetrogas ). Rupanya nak membeli tong gas pun perlu mengikut warna tong. Ingatkan boleh tukar beli macam biasa saja.
Kini,tong gas telah bertambah menjadi 3 dan yang 1 pastinya menjadi dua. Tahun depan, pasti beringat dan sediakan tong gas baru awal-awal sebelum peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi. Sediakan payung,tak kira hujan mahupun panas.
Update terus dari SAMSUNG Galaxy S. Tiada imej dan tak beredit..
3 comments
salam..
tu dia..!!
penangan raya kan?
terlalu banyak masak
rendang nih..dan rebus
ketupat kut?
he he..
tu sebab suami saya kena kerja.. dua hari jer cuti.. klo tak banyak rumah tak bergas..
:(
Ini kisah tentang bulan | Semekar Kasih
Salam merdeka raya;
tu lah masalah kampung jauh dari pekan..kalau tempat aku masalah bekalan air bila time raya..kalau hari biasa air paip kuat, bila musim raya kuat lagi air kencing,kadang2 tak ada langsung...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini