Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

on Ahad, Mei 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Tema hari guru tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Selamat hari guru pada semua guru-guru di seluruh dunia terutamanya guru yang pernah mengajarku mengenal ABC, Alif Ba Ta, 123, menulis, mengira dan membaca. Guru pertama adalah mamaku sendiri walaupun mamaku bukan guru yang bertauliah.

Aku sangat-sangat menghargai guru TABIKA yang pernah mengajar aku selama 2 tahun. Ingin rasanya nak membalas segala jasa yang telah dicurahkan tapi apakan daya, mereka entah di mana.

Juga pada rakan-rakan blogger yang bergelar GURU, tak lupa juga buat rakan seperjuangan yang telah bergelar guru, selamat hari guru.

Biarpun belum tercapai hasrat
untuk sama-sama bergelar guru, aku pasrah
dan yang pastinya akan ku jadikan diriku
guru pada anak-anakku jua.
Biar ku corakkan kain putih itu
dengan pelbagai warna keimanan, ketakwaan,
duniawi seiring ukhrawi .

Ranking: 5

10 comments

15 Mei 2011 pada 6:09 PTG

assalam iza.
x dpt jadi guru kat sekolah, jadi guru tuk anak2 pun jadi lah :)

15 Mei 2011 pada 6:23 PTG

Jai pun dulu bercita2 nak jadi guru, tapi masa tu mungkin nawaitu x betul kot, nak jadi guru sebab guru banyak cuti, sebab tu x dapat..he3

15 Mei 2011 pada 9:10 PTG

@wachak
W'salam..
Betul tu..

@decrewz
hehe, ramai yg berfikiran mcm tu..mungkin tak ada rezeki ke situ kot..

15 Mei 2011 pada 10:19 PTG

guru memang hebat.. tak berani jadi cikgu..dulu jadi cikgu ganti pun selalu lari

15 Mei 2011 pada 11:00 PTG

SALAM..
selamat hari guru buat semua insan bergelar guru termasuk mak ayah yang mengajar kita erti hidup..merekalah guru yang sebenar..
:)

16 Mei 2011 pada 12:13 PG

kata worang...

Hulu parang rotan semambu
Batang lidi daun dedalu
hidup terang bergalang ilmu
Diri diberkati hormatkan guru

16 Mei 2011 pada 12:51 PG

Salam, selamat hari guru Iza...hehe, tingat cikgu zaman sekolah dulu..rindu :)

16 Mei 2011 pada 1:17 PG

Selamat hari guru juga! Takpe kak iza nnti anak cacing, cacing hantar kat kak iza.. heeee

16 Mei 2011 pada 1:22 PG

Selamat hari guru kepada setiap warga pendidik yang bekerja keras memberikan ilmu.

16 Mei 2011 pada 8:19 PG

@zool
Ish..ish..ish..
napa pulak selalu lari?

@zulkbo
W'salam.
Ya, tanpa mereka, kita bukan siapa2. Merekalah guru pertama.

@maza
Setuju dgn kata2 tu.

@Nine
W'salam..
Terima kasih.

@cacing
boleh2x..hehe

@Hisyam Nozi
Moga2 Allah membalas segala jasa mereka..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved