Lelaki Membebel: Apa Pandangan Anda?

on Isnin, September 20, 2010

Salam....


Pinjam kat pakcik google.

Kalau sebut saja "membebel","berleter" pasti ramai terbayangkan perempuan. Kenapa hanya perempuan yang dikaitkan dengan membebel? Siapa suka bebel, sila angkat jari...

Bebelan, leteran dan yang sewaktu dengannya pasti menyakitkan jiwa, membingitkan telinga dan silap-silap boleh berasap dan berapi cuping telinga. Adakah manusia yang sanggup mendengar bebelan? Sungguh kebal telinganya.

Lelaki juga tidak lepas dari membebel. Contoh termudah yang aku tahu dan menjadi treadmark mereka adalah dua orang blogger yang kadang-kala macam chipsmall (sekejap ada, sekejap hilang) iaitu Sukiminna dan Nabel. Nak tau betul ke tidak tentang leteran mereka, silalah beramah mesra dengan mereka.

Benarkah lelaki membebel kerana stress atau tekanan? Mungkinkah lelaki membebel kerana marah? Adakah bebelan mereka itu dikatakan meluahkan perasaan yang terbuku di hati? Lelaki-lelaki, sila jawab dengan ikhlas dan jujur ya.

Perempuan pula dikatakan memang suka membebel. Benarkah begini? Bagi aku, memang ramai perempuan suka berleter tapi ramai juga yang tidak selalu bertabiat begitu. Kalau aku membebel, bukan sengaja. Pasti ada sebabnya. Contohnya, pakaian yang hendak dibasuh tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Memang benda tu nampak remeh tetapi kalau setiap hari asyik nak kutip pakaian yang diletakkan di merata-rata tempat, aduh....letih rasanya. Masa untuk mengutip tu boleh digunakan untuk perkara lain. Maka, terimalah bebelan....

Lelaki (khususnya si suami) seharusnya perlu risau jika tiba-tiba tidak mendengar bebelan dari si isteri. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, pasti ada something wrong jika seharian tidak mendengar leteran si isteri. Mungkin ada betulnya juga bagi perempuan yang suka berleter, tiba-tiba tabiat berubah.

Bagaimana pula kalau perempuan yang pendiam macam aku? (menaip sambil senyum kambing dan menutup sebelah mata). Pendiam ke? Aku memang pendiam (dulu la kot) melainkan kalau dah kenal rapat. Silalah buat andaian sendiri. Kalau pendiam ni, bebelan bukanlah tabiat yang dibuat setiap hari. Ada masa juga tercetusnya leteran atau dalam kata lain leteran yang bersebab.

Aku jarang dengar lelaki membebel kecuali dia marah sangat-sangat terutamanya lecturer yang tidak berkenan dengan assignment yang dikehendaki. Maka bersiap sedilah untuk kebalkan cuping telinga anda. Satu lagi golongan yang suka membebel adalah lelaki lembut (Sekadar pandangan melalui pemerhatian)

Tips: Buatla seolah-olah anda mendengar leterannya. Dalam masa yang sama, cuba fikirkan benda lain yang boleh membuatkan anda gembira dan berusaha mengekalkan mood baik anda.

Jadi, kepada lelaki di luar sana, mengapakah kaun Adam membebel? Dan apakah pandangan anda mengenai bebelan ini? Pada kaum hawa, adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas?

p/s: Lepas baca, sila tinggalkan komen anda.....
Terima kasih.



Ranking: 5

8 comments

20 September 2010 pada 5:19 PTG

lelaki sebenarnya tak suka membebel... tapi dorang akan cakap tak henti2 kalo benda yang dorang tak suka, tapi pasangan dorang buat gak.... tu tak dikira membebel kan... kan3?

20 September 2010 pada 9:31 PTG

salam....

Abah, mak dan bf sy mmg kuat membebel..he3 kadang2 rimas gak. Tp lelaki n pompn membebel berbeza..cth abah, kalo die membebel die akan membebel 1 topik jer..tp lama sbb ayat berbeza2 yang digunakan..tp kalo mak bebel...siap ler..7 8 topik die boleh sentuh n melarat2 ke org y xbersalah pon (hahahaha selalu y kena abah)

20 September 2010 pada 10:07 PTG

Salam,
lelaki kadang ada juga membebel.. tapi memang jarang..
akupun pernah membebel.. selalunya sebab nak meluahkan perasaan kepada sesuatu.. cuma setakat ni tak pernah pula membebel kepada seseorang yang aku tak puas hati tu..

20 September 2010 pada 10:16 PTG

abah jarang membebel tapi sekali membebel lebih pedih dari mak..
dulu selalu marah abah membebel (sebab ayat pedasnya) tapi sekarang saya pun sama dah jadi macam abah..

20 September 2010 pada 11:28 PTG

Lelaki ni jarang yg suka membebel
tapi kalu yg banyak cakap tu dia
tengah bagi nasihat kot ... :P

21 September 2010 pada 12:23 PG

bagi sy no komen bab laki membebel ni.. heheh sbb kwn2 sy (LAKI) kebanyakan x byk ckp jd xde pengalaman kwn dgn laki kuat membebel ni...

21 September 2010 pada 12:28 PTG

Rasanya kaum lelaki jarang membebel Iza..jadi kalau mereka kuat membebel satu hari tu kita pun akan hairan..hehe..

8 Ogos 2015 pada 11:28 PG

Itu kira membebel la..marah ke tak marah ke... Lagi satu suka mengungkit... Haishh.. Seronok ke bila mengungkit?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved