Salam...
Dalam keghairahan kita menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut kemerdekaan negara lagi beberapa hari, lain pula yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia. Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia. Mengapakah hal ini terjadi? Kemanakah hilangnya semangat kejiranan serumpun?
Kejadian ini dilakukan oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dalam satu demonstrasi. Najis tersebut bukan sahaja dilemparkan dalam perkarangan kedutaan, tetapi juga pada anggota polis Indonesia yang mengawal ketat bangunan tersebut serta bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan.
Kumpulan yang terdiri dari 37 orang itu membawa 5 bungkusan najis yang diletakkan dalam bungkusan makanan dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Demonstrasi diadakan bertujuan menunjukkan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan 3 pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing. Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.
Sumber: Bernama.
Sebagai bangsa serumpun, kita sepatutnya mempunyai sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati antara jiran senegara. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jika dilihat dari satu sudut, kita sepatutnya saling bantu-membantu dalam membanteras jenayah dan menjaga keamanan negara dari diserang pihak luar yang tidak bertanggungjawab. Kelemahan kita dalam menjaga hubungan antara negara boleh menyebabkan negara lain memandang rendah seterusnya mengambil kesempatan seperti sejarah silam. Jarang sekali orang membiarkan pisang berbuah dua kali.

20 comments
Masalah besar ni..
Berdoalah supaya kita dapat berdamai dengan negara jiran..
diaorg tu poyo jer, bukan semua tu hanya bilangan yg kecik je mungkin diorg dulu kena halau dr malaysia pastu dendam buat gempak kt sana plak..
biar la diorg bakar2...mentaliti budak2..baru kena tahan sikit nak bakar2..bendera jer yang mampu diorang beli..kalau bakar kreta mahal sgt..
mengapa masalh itu harus diperbesarkan hingga menjejaskan hubungan antara rakyat?? sampai nak bakar2 or ganyang negara lain?? sedangkan di malaysia juga ramai penduduk dia. walau sudah dihantar balik, datang lagi.. huhu..tak paham betul la dunia akhir zaman ni..masyarakat yang semakin pupus sifat kemanusiaan dan sopan santunnya..
salam..
sangat sedih.....
bikin onar sahaja mereka nie... sabar2... bulan puasa..kalau tak..
salam..
aduh la..
kenapa jadi begini?
mengapa tak marah amerika
tekan palestin..dah hilang
nilai persaudaraan islam
serumpun gamaknya...
kita orang Malaysia tak pernah buat bendera kebangsaan mereka macamtu, sebab apa?sebab kita bijak..
mereka suka-suka buat bendera kebangsaan Malaysia macamtu,sebab apa?sebab mereka bodoh + jealous sebab negara mereka tak sebagus Malaysia..lantaklah kak kan, diaorang jugak yang rugi buat macamtu, tak dapat apa pun, aduh aduh..hahahaa..
orang indonesia menggelabah
Kalau nak bakar dan pijak bendera rasanya tak payahlah buat. Ramai pekerja dari sana datang bekerja di sini...mereka nak kita naikkan harga upah untuk pembantu rumah lagi..kita masih lagi boleh berkompromi...
apalah masalah dorang ni... x sedar ker banyak rakyat dorang menumpang kat sini mencari rezeki... x dijemput tapi dtg juga ke Malaysia cara haram...
kita yang pikir kita serumpun mereka tak penah pon.. laghi pon bukan sekali dahberkali kali kita kena macam ini.. kena kita diam jer
sedih dan hampa btol bila baca berita ni pagi-pagi...
sampai hati mereka lakukan perkara tersebut kepada negara jiran yang saling membantu antara satu sama lain...
Tak tahu kenapa tapi jelasnya saudara-saudara serumpun di seberang tu sangat tak stabil emosinya.
Perkara kecil mcm ni pun dibesar-besarkan sampai tahap pijak bendera dan baling najis.
Mungkin akibat keadaan taraf hidup yg tak menentu kat sana dan perasaan iri hati?
@RastaMat
InsyaAllah...
@LiFe KaMi
Entah la...mereka cetek pemikiran kot.tak tau nak bezakan baik buruk.
@black_mel
Ya la....sapa sanggup nk bakar kereta tp sedik jgk la bila bendera kita dibakar seolah-olah diri kita sendiri dihina.
@Black_roses92
Mungkin itulah sifat manusia yang tak pernah rasa puas dan menyimpan perasaan dendam.
@sekamar rindu
W'salam...
Ya.
@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
A'a, bykkan bersabar,kurus puasa.
@zulkbo
Mungkin inilah salah satu tanda2 akhir zaman.
@Kimie Hashim
Perasaan dendam dah melitupi pintu hati mereka dan tak nampak kebaikan dr Malaysia.
@royal joe budu
Ya ka menggelabah?
@: bluedianthus :
Mungkin mereka lupa kebaikan yang Malaysia berikan dan tak berfikir panjang.
@Mr. Merlot
Itula orang yang tak tahu mengenang budi.
@kodok hijau the ghost writer
Ya la....kita ni kan rakyat yang prihatin. Org baling najis, kita bagi makan, bagi bantuan. Tapi jasa kita senang dilupakan.
@nadzirah aqilah
Itulah balasan yang terpaksa kita terima apabila dendam dah menguasai diri.
@Hairil Rizal
Ya, mungkin juga perasaan iri hati atas kesenangan yg kita kecapi. Harap2 tak berlarutan.
dah selalu dah...
sememangnya Malaysia banyak bertolak ansur..
harapan aku biarlah rakyat Malaysia tak buat tindakan macam tu
Bikin hati panas jerk dorang ni ...
tambah plak media massa pro pembangkang tukang masuk campur...tgok dlm tv yg panjat pagar kedutaan ada yg pakai kopiah..kn da jatuh imej islam..yg buat smua tu kemungkinan diupah...undang2 ttp undang2 tk kira sape yg masuk perairan negara hatta dia anggota penguatkuasa...ini yg dorg lupa
perasaan iri hati diorng menjatuhkn imej negara.. mereka tidak memulihkan keadaan ttapi merosakkannya lagi ade la..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini