Siapa yang tak nak dan tak suka hadiah? Semua orang suka hadiah. Mahal atau murah bukan persoalannya kerana hadiah merupakan suatu pemberian atau penghargaan dan tanda kasih seseorang.
Ini bukan contest. Aku belum berhajat untuk menganjurkan contest. Lagi 3 bulan birthday my hubby. Aku dah tak tau nak bagi hadiah apa? Birthday yang lepas aku bagi wallet, belt, wallet. Asyik benda yang sama. Jam tangan pun dah ada. Sebenarnya aku kurang arif dalam pemilihan hadiah yang sesuai. Nak bagi tali leher, tak sesuai kerana dah ada baju uniform. Nak bagi joran? raket badminton? Dah lebih dari satu.....Minyak wangi? Jenama apa?
Agak-agaknya hadiah apa yang teman/kawan lelaki/suami (kaum Adam)suka ek? Boleh aku kumpul duit dari sekarang. Hadiah apa sebenarnya yang boleh buat seseorang itu berasa gembira? Kalau nak bagi pada wanita, banyak yang boleh dijadikan hadiah tapi kalau lelaki...arghhh...
Tak tahu...tak tahu...Kadang-kadang benda yang diidamkan tu mahal sangat-sangat, tak mampu pulak nak beli.
Pada wanita/isteri, apakah hadiah yang pernah anda berikan untuk orang tersayang? Tolong bagi cadangan.....
2 comments
maaf..saya belum kawin la kak..
akak leh bagi hadiah ikut hobi hubby akak tu..
beli psp :p
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini