Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Cara Hilangkan Kesan Hangus Di Seterika

on Rabu, Mei 27, 2015

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hari ni nak kongsikan satu petua khas untuk mereka yang selalu menggunakan seterika (iron). Kalau bernasib baik, Alhamdulillah. Tapi kadang-kala malang tak berbau. Iron boleh tiba-tiba jadi panas tanpa kita sedari atau buka terlalu kuat.

Kepanasan dan haba iron bisa meleburkan kain yang ada. Hangus jadinya macam baju ni...


 Bukan baju sahaja yang hangus, iron pun tak boleh digunakan lagi. Tukang-tukang jahit pernah tak alami situasi ini? Jenuh nak gantikan semula baju pelanggan kalau terhangus.


Ni iron yang dah ada kesan hangus. Nak guna memang tak boleh sebab makin panas iron, makin bertambah hangus kain yang melekat. Silap-silap boleh merosakkan pakaian yang lain.

Apa nak buat?
Nak beli iron baru? Ongkos pulak
Nak basuh iron? Boleh ke?
Mustahil kan. 
Tapi ada caranya untuk bersihkan permukaan iron yang dah hangus.

Caranya, sila sediakan sebatang lilin. Buka iron antara sederhana dan panas, gosokkan lilin di permukaan yang hangus tadi. Kemudian gosokkan iron ke kain yang tidak digunakan lagi. Gosok sehingga permukaan iron bersih.


 Ni la hasilnya....jimat belanja, tak perlu nak beli iron baru. Dah bersih kan? Lepas ni tak perlu nak buang iron atau beli iron baru. Masalah boleh diselesaikan.


Selamat mencuba.

Khasiat Air Tapai

on Isnin, September 10, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Di Sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan, mesti tak sah kalau tak buat tapai pulut untuk hidangan pada hari raya.
Walaupun aku beraya di Perlis, tapi mak mertuaku orang Kelantan. Jadi, tahun ni ada disediakan tapai sebagai pencuci mulut. Aku tolong bungkuskan je.

Di Perak juga terkenal dengan tapai ubi kayu dan tapai pulut. Hari raya tak pasti samada disediakan tapai tapi tapai boleh didapati ketika majlis perkahwinan atau kenduri kendara. Mungkin di sesetengah tempat sahaja.

Pernah aku dengar pesanan dari mamaku agar menyimpan air tapai. Bukan untuk diminum tetapi air tapai boleh dijadikan ubat. Jika seseorang terkena gigitan serangga, air tapai boleh disapukan di tempat gigitan tersebut.

Aku cuba google kalau-kalau ada terjumpa petua sebegitu malangnya tiada. Tak salah untuk mencuba.

Aku ada menyimpan air tapai tersebut untuk dibuat eksperimen (mungkin suatu hari nanti ada yang terkena gigitan serangga) tetapi belum cuba lagi petua ini. Mudah-mudahan petua ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama.

Telur Ayam Kampung Dan Madu.

on Sabtu, April 28, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Bermula kelmarin, menu sarapan pagi setiap hari bermula dengan telur ayam kampung dicampur madu Khaula, secawan air masak, segelas susu Anlane dan diikuti kuih-muih atau nasi lemak.

Mak mertuaku sudah dapatkan telur ayam kampung sebanyak 20 biji, entah berapa harganya tak pula aku bertanya. Mesti ada yang tak lalu (berselera) nak makan kuning telur sahaja secara mentah-mentah kan?

Dari kecil-kecil sekitar usia 6 atau 7 tahun, bapa saudaraku sudah ajar makan telur ayam mentah terbaik dari reban. Dulu-dulu di kampung banyak bela ayam. Memang tak payah nak beli ayam atau telur ayam. Kalau nak makan ayam, boleh tangkap dan sembelih. Nak telur ayam, cari saja dalam reban ayam.

Ketika itu, susah sikit la ayam betina nak bawa anak-anak ayam sebab belum sempat telur ayam sejuk, aku dah ambik. Ini juga merupakan petua turun-temurun. Menurut mamaku, kalau nak muka yang licin tanpa ada sebarang jerawat, boleh cuba petua ini.

Caranya: Cepat-cepat ambil telur yang baru keluar dan masih panas dari buntut ayam, gosokkan ke wajah. Telur yang baru keluar tu ada lendir-lendir. Usah geli kalau nak cantik. Gosok hingga telur tu kering atau hingga telur sejuk.

Setiap hari aku akan tunggu ayam bertelur dan kemudian cepat-cepat curi telur ayam tu. Ibu ayam tu pun berketur la riuh sekampung selepas bertelur. Dia tak tahu aku dah ambil telurnya tu..

Sekarang ni sudah payah nak cari telur ayam kampung, apatah lagi telur ayam kampung panas-panas fresh dari reban. Reban ayam pun dah tak ada. Ayam pun dah tak ada dek kerana si Jebon atau si Musang King
dok mengendap malam-malam.

Memang berkesan petua ni. Buktinya, wajah aku tak pernah naik jerawat pun sejak dulu-dulu, licin je. Memang tak pernah rasa sakit atau gatal atau nak picit-picit dengan kemunculan jerawat. Mama aku juga tak ada kesan jerawat. Kakak aku pun sama cuma kadang-kadang je jerawat naik. Atau mungkinkah disebabkan keturunan? Tapi bab licin tu memang betul la. Licin macam kulit telur.

Tanpa ku sedari, penulisanku sudah lari lari tajuk asal. Ok. Bab makan telur mentah tu, mula-mula basuh dulu telur yang di ambil dari reban. Tebuk lubang kecil untuk mengeluarkan semua telur putih dan telan la kuning telur. Hmmm...sedap. Tak payah madu-madu lagi.

Kesannya hingga sekarang, aku tak dapat lepaskan menu masakan berasaskan telur. Selama 3 tahun di IPTA, menu harian aku adalah telur mata kerbau. Telur rebus je kurang sikit melainkan di makan bersama nasi lemak. 5 tahun lepas, Doktor sudah nasihatkan aku untuk kurangkan pengambilan telur kerana kadar kolestrol yang tinggi dalam darah. Sudah lama tak check kadar kolestrol dalam darah.

Baru-baru ni, kesihatan aku tak berapa ok dengan tekanan darah rendah, rasa tak bermaya dan sentiasa rasa letih. Jadi, makanan utama yang perlu aku cuba adalah telur ayam kampung dan madu. Khasiat telur ayam kampung dan madu ni adalah untuk menambah tenaga dalaman. Kalau nak tau khasiatnya lagi, boleh la google sendiri.



Buah Mangga Kekal Muda.

on Isnin, Mac 12, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Untuk pengetahuan semua, ini bukan merupakan petua awet muda. Aku tak tahu nak letak tajuk yang betul dan tepat dengan apa yang ingin aku sampaikan.

Bulan lepas (3 Februari 2012), aku balik ke kampung. Aku bawakan buah mangga atau buah mempelam telur dari kampung ke rumahku. Seperti yang diketahui umum, buah mempelam telur ni masam rasanya. Aku memang tak suka benda masam-masam ni. Jadi, mengapa aku bawak balik dari kampung?

Sebenarnya, buah tu kegemaran hubby. Bukan untuk dimakan begitu sahaja, bukan juga untuk diperam dan jauh sekali untuk menyicah sambal belacan a.k.a colek (kata orang Pantai Timur)

Buah ni aku tumbuk bersama sambal belacan untuk dimakan bersama nasi. Hubby cukup suka kalau ada sambal mempelam. Sambal belacan memang wajib ada ketika makan nasi tetapi lebih menyelerakan jika dimasukkan buah mempelam masam.


Kalau di Kedah, aku selalu masukkan buah kuinin menggantikan buah bacang/ macang. Tapi berbeza di Perlis, orang Perlis lebih gemarkan buah mempelam.

Taip dah separuh muka surat tapi belum masuk isinya lagi. Itu baru intro. Ok, kembali pada tajuk asal. Buah-buah mempelam yang aku bawak balik dari Perlis tu semuanya dalam keadaan mengkal atau tua tapi belum masak. Kalau masak ranum, tak sedap pulak untuk dibuat sambal mempelam.

Bagi mengekalkan kemengkalannya atau kemudaannya, aku bungkus semua mempelam tu dengan surat khabar lama dan masukkan dalam peti sejuk. Setiap kali nak guna, bawa keluarlah sebiji. Jika dibiarkan terdedah di luar, mungkin buah-buah mempelam tu tidak tahan lama atau cepat masak.

Hasilnya, buah mempelam tu masih kekal kemudaannya hingga kini dan masih berbaki 2 biji. Bayangkan, buah mempelam tu boleh tahan lebih sebulan jika disimpan elok-elok dalam bungkusan akhbar dan di simpan dalam peti sejuk. Buah-buahan lain tak pasti pulak. Kalau tempe yang baru masak dan dibungkus dengan daun pisang, jangan la letak dalam peti ais, sampai bila-bila pun dia tak akan masak.




Himpunan post awet muda.

Kau Buat Aku Marah

on Isnin, Julai 18, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Semut oh semut. Dah lama sangat aku bersabar. Kalau letak makanan atas meja, dalam beberapa jam, mesti ada saja semut yang datang buat kenduri. Kalau letak air masak dalam jug atas meja, ada sahaja semut yang minum dan kadang-kala mandi, berendam dan terus mati dalam air tu. Dua jug aku letak, dua-dua semut masuk.

Kalau macam ni, jenuh la aku nak jerang air 5 hingga 6 kali sehari gara-gara seekor dua semut yang masuk dan terus mati.

Aduhai la semut, kan aku dah letak bekas air khas untuk kaum kerabat kau minum, kenapa jug yang tinggi tu juga yang engkau sanggup panjat? Kiranya aku masih punya perasaan kasihan memberikan layanan istimewa dengan meletakkan bekas khas untuk semut-semut yang dahaga. Di situ, suka hati engkau la nak berendam ke, nak mandi manda ke, nak berkubur kat situ pun aku tak kisah. Tapi engkau langsung tak sentuh. Engkau lebih sukakan cabaran ke? Ke nak aku letakkan air gula? nak aku tambahkan sirap atau perasa oren?

Yang aku marahnya, sanggup engkau renangi lautan air untuk memanjat jug yang aku letakkan dalam bekas atau talam berisi air. Dah jenuh aku mengubah kedudukan jug air minuman tapi kau jumpa juga jug tu. Di mana lagi harus aku letakkan? Walaupun ditutup rapat, sungguh bijak engkau mencari pintu masuk.

Kalau satu jug besar air ada seekor semut, tak sanggup nak minum kerana mengikut apa yang aku tahu, minum air yang mempunyai semut boleh membuatkan seseorang itu jadi pelupa. Jadi, walaupun ada seekor semut, aku akan buang air tu dan masukkan air yang baru. Dah jadi kelaziman sejak zaman sekolah lagi untuk tidak minum air yang ada semut walaupun seekor.

Dulu aku selalu beli ubat semut apabila balik ke kampung tapi sekarang ni mana nak cari ubat semut ni di sini? Tak pernah nampak pula orang jual ubat semut di pasar-pasar malam. Aku cuba google, kalau-kalau ada petua untuk menghalang semut.

1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Sumber: 101 Petua.

Soalan yang pernah ditanyakan pada seorang ustaz.
Soalan: Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan: Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati.
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup.
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum.

Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Sesiapa yang ada pengalaman atau cadangan untuk mengelakkan semut terutamanya menyelamatkan air minuman, silalah kongsikan di sini.

Air Kelapa Muda

on Khamis, Julai 07, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Lagi satu buah yang dapat menghilangkan dahaga iaitu dengan meminum "ayaq nyok" atau air kelapa muda. Pelbagai khasiat yang boleh didapati daripada air kelapa. Kalau di kampung, memang mudah untuk mendapatkan air kelapa muda dengan percuma kerana di keliling rumah mempunyai pokok kelapa.

Keadaan berbeza apabila berada di tempat orang kerana air kelapa perlu dibeli dan lazimnya tidak lagi asli setelah dicampur dengan air gula. Kena beli juga sebab aku nak rasa keenakkan isinya yang lembut itu. Di sini aku kongsikan beberapa khasiat yang aku jumpa mengenai khasiat air kelapa muda.

Antara khasiatnya:

1. Air kelapa berkhasiat bagi pesakit yang sukar untuk membuang air kecil dan batu dalam buah pinggang.

2. Penawar santau apabila dijampi dengan ayat Al-Quran.

3. Air kelapa juga dikatakan baik untuk ibu hamil dan mengikut pandangan orang yang berpengalaman, air ketuban dan bayi akan bersih, bayi akan lebat rambutnya dan bening matanya.

Namun begitu, pesakit yang menghidap lelah, asma atau batuk perlu mengelakkannya kerana air kelapa bersifat sejuk. Begitu juga dengan orang yang pernah mengalami kemalangan (patah), dikatakan air kelapa akan melemahkan anggota tersebut.

Info berkaitan air kelapa muda:

1. Elektrolit Alami

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kencing,

3. Antipenyakit

Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat dalam air susu ibu dan memiliki karakteristik antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Sumber:
Majalah Kesehatan
Khazanah Alam.

Baca juga tentang:
Nira Nipah.

3 Langkah Mengelakkan Keracunan Makanan.

on Sabtu, Ogos 14, 2010

Salam 4 Ramadhan.


Makanan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, benda hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Namun begitu, tidak semua benda boleh dimakan begitu sahaja. Makanan yang hendak dimakan itu haruslah bersih dan selamat untuk dimakan. Sila percayakan deria anda kerana deria merupakan suatu anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Deria tidak ada dijual di Supermarket atau di Pasar Malam. Oleh itu hargailah deria yang kita ada.

Untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan yang ingin dimakan, terdapat 3 langkah mudah iaitu:

1. Lihat.
Kita boleh menilai makanan tersebut dengan melihat rupa (berlendir), berubah warna atau lain dari biasa, melihat tarikh luput dan bentuk seperti makanan dalam tin.

2. Bau.
Kita juga boleh bau makanan tersebut. Jika baunya tidak enak dan kurang menyenangkan, itu menandakan makanan tersebut sudah basi.

3. Rasa
Jika cara di atas masih tidak membantu, kita boleh merasainya. Tetapi bukan di bulan puasa. Makanan yang tidak selamat di makan mempunyai rasa yang pelik dan basi.

Semoga cara di atas berkesan untuk diamalkan. Di samping itu, pilihlah makanan yang masih panas dan segar, yang tidak terdedah (kepada lalat atau serangga), tidak berbau masam atau busuk, tidak berlendir, tidak berubah warna, dibungkus dengan bahan yang bersih dan makanan yang diambil menggunakan peralatan (tidak dengan jari). Moga info ini dapat dikongsikan bersama, InsyaAllah.

Tips Atasi Masalah Sukar Tidur

on Isnin, Ogos 09, 2010

Salam...


Karaoke sampai terlena sambil berdiri.


Bagi sesetengah orang macam aku, pantang tempat tu gelap, mata mesti mengantuk. Tetapi ada juga orang yang tidak boleh tidur kalau gelap. Dia akan terasa lemas. Mungkin faktor ini disebabkan amalan sejak kecil. Tetapi ada lagi orang yang pantang letak kepala di bantal, terus terlelap tidak kira gelap atau cerah. Mungkin akibat keletihan melampau.

Masalah sukar tidur atau insomnia sememangnya mengganggu kehidupan harian seseorang. Entry ini ditujukan pada rakan-rakan blogger khususnya yang mempunyai masalah tersebut dan amnya pada pembaca Teratak Usang.

Mengikut kajian, faktor seperti hilang kerja, penceraian, masalah rumahtangga dan tekanan perasaan menyebabkan masalah sukar tidur. Kualiti tidur juga terjejas berikutan peningkatan usia. Walaupun insomnia dengan sebab-sebab berbeza, anda boleh mengamalkan tip-tip berikut:

1. Tetapkan masa tidur dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam. Kalau ada gambar/ filem yang seronok (ditunggu-tunggu) pun, jangan tunggu sampai habis. Sila la beradu.

2. Lakukan senaman pada siang hari. Semestinya anda akan rasa mengantuk pada malam hari. Kalau tak Berjaya juga, senamanlah sepanjang hari. Kalau tak letih, bukan orang namanya.

3. Jangan ambil minuman berkafien kerana ia mungkin menyebabkan anda tidak mengantuk.

4. Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam. Ingat bahawa esok masih ada untuk makan. Tapi kalau dah ajal, innalillah....

5. Amalkan teknik relax secara kerap. Buat latihan pernafasan dan meditasi serta yoga (untuk bukan Islam).

6. Mandi dengan air suam sebelum tidur. Untung pada sesiapa yang dah berkahwin sebab boleh minta pasangan anda mengurut. Kalau yang belum berkahwin, minta kawan-kawan atau saudara untuk mengurut kerana mengurut juga boleh membuatkan anda relax.

7. Elakkan atau kurangkan buang air kecil. Jika terpaksa, cuba hadkan sekali selepas 1 jam di tempat tidur. Ada ke orang buang air setiap jam selain wanita mengandung? Wallahu’alam.

8. Jika tidak lena juga selepas 20 minit dan tidak mengantuk, bangun dan membaca (cari buku yang membosankan seperti buku sejarah ) atau lakukan sesuatu yang kurang aktif sehingga mengantuk. Kemudian cubalah tidur.

9. Jangan terlalu fikirkan masalah anda tak dapat tidur. Ingatkan diri anda, walaupun susah tidur, ia bukan ancaman kehidupan.

Pada yang sukar tidur, selamat beramal.

10 Sebab Kita Perlu Senyum.

on Ahad, Ogos 08, 2010

Salam...

Senyum seindah suria,
yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri.....


Sekadar berkongsi info. Senyuman kita akan membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri.

Jenis-jenis senyum:
Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.
Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.

Senyuman juga punyai banyak manfaat pada kesihatan, penampilan dan juga sosial. Mengapa kita perlu senyum? Antaranya kerana senyuman adalah satu sedekah yang langsung tidak memerlukan modal. Sebab-sebab lain:

1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.

2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.

3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)?

4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.

5. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

6. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.

7. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.

8. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.

9. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.

10. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.

Ada Lagi Rahsia Utk Cantik Berseri dan Kekal Muda...Sapa nak??? Cepat2 jom rebut sebelum terlambat.

on Selasa, Disember 22, 2009

5 perkara jerrrrr.....
Lima perkara yang kita semua nak dan betul-betul usaha untuk dapatkannya: -

1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. K esihatan yang baik
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Wah, siapa yang tak nak semua tu. Semua orang pun betul-betul nak perkara-perkara di atas dan saya jugak percaya yang kamu semua dah usaha bermacam-macam cara untuk dapatkan semua perkara ni kan? Tapi, ada cara yang paling mudah. Tak guna banyak belanja dan masa. 25 minit je setiap hari. Nak tau apa dia?

Kata Nabi Muhammad saw siapa yang tinggalkan.....

solat subuh ~ tiadalah padanya nur di wajahnya,

solat zohor ~ tiadalah padanya rezeki yang berkat,

solat asar ~ tiadalah padanya kekuatan tubuh badan,

solat maghrib ~ tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat,

solat isyak ~ tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Jadi, kalau nak dapatkan lima perkara di atas maka tunaikanlah solat 5 waktu. Tanpa solat, runtuhlah agama kerana solat itu adalah tiang agama dan solat merupakan perkara yang pertama dan paling utama akan dihisab.
Renung-renungkanlah ......... .....

*Sampaikanlah walau sepotong ayat*

Sumber: Mahligai

Lagi Petua Awet Muda....Air Liur Basi

on Jumaat, Disember 18, 2009

Khasiat Air Liur Basi

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi

adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.


Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh
badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang
lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari
tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka,
berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Untuk mengetahui keberkesanannya.....cuba lah untuk diri sendiri. InsyaAllah, anda tidak akan sakit tekak.

Sumber: Mahligai.
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved