Ada Lagi Rahsia Utk Cantik Berseri dan Kekal Muda...Sapa nak??? Cepat2 jom rebut sebelum terlambat.

on Selasa, Disember 22, 2009

5 perkara jerrrrr.....
Lima perkara yang kita semua nak dan betul-betul usaha untuk dapatkannya: -

1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. K esihatan yang baik
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Wah, siapa yang tak nak semua tu. Semua orang pun betul-betul nak perkara-perkara di atas dan saya jugak percaya yang kamu semua dah usaha bermacam-macam cara untuk dapatkan semua perkara ni kan? Tapi, ada cara yang paling mudah. Tak guna banyak belanja dan masa. 25 minit je setiap hari. Nak tau apa dia?

Kata Nabi Muhammad saw siapa yang tinggalkan.....

solat subuh ~ tiadalah padanya nur di wajahnya,

solat zohor ~ tiadalah padanya rezeki yang berkat,

solat asar ~ tiadalah padanya kekuatan tubuh badan,

solat maghrib ~ tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat,

solat isyak ~ tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Jadi, kalau nak dapatkan lima perkara di atas maka tunaikanlah solat 5 waktu. Tanpa solat, runtuhlah agama kerana solat itu adalah tiang agama dan solat merupakan perkara yang pertama dan paling utama akan dihisab.
Renung-renungkanlah ......... .....

*Sampaikanlah walau sepotong ayat*

Sumber: Mahligai
Ranking: 5

10 comments

23 Disember 2009 pada 1:46 PG

terubat lagi sekali..
insya ALLAH..
:)

23 Disember 2009 pada 7:40 PG

nmpk mcm mudah tapi ? emm

23 Disember 2009 pada 9:15 PG

@epalejau

Alhamdulillah...

23 Disember 2009 pada 9:17 PG

@Si Budak Aboi

Permudahkn ia, InsyaAllah..tanamkn azam utk tunaikan secukupnya dan ingatkan janji2 Allah akan balasanNya.

23 Disember 2009 pada 12:14 PTG

terima kasih kerana pengisian yang menarik dalam blog ni.. jenguk la saya jika ada masa

23 Disember 2009 pada 1:21 PTG

@nadia

Terima kasih kembali, InsyaAllah

23 Disember 2009 pada 2:08 PTG

solat2 gak tapi knelah berusaha kalau nak mencapai semua tu..mudahan d'permudahan semua amin

23 Disember 2009 pada 2:10 PTG

@fara-eng

Betul3....amin...

23 Disember 2009 pada 10:36 PTG

moga kita semua mendapat keberkatan didunia dan akhirat kelak.AMIN

23 Disember 2009 pada 10:52 PTG

@deeja

InsyaAllah...Amin..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved