Tips Atasi Masalah Sukar Tidur

on Isnin, Ogos 09, 2010

Salam...


Karaoke sampai terlena sambil berdiri.


Bagi sesetengah orang macam aku, pantang tempat tu gelap, mata mesti mengantuk. Tetapi ada juga orang yang tidak boleh tidur kalau gelap. Dia akan terasa lemas. Mungkin faktor ini disebabkan amalan sejak kecil. Tetapi ada lagi orang yang pantang letak kepala di bantal, terus terlelap tidak kira gelap atau cerah. Mungkin akibat keletihan melampau.

Masalah sukar tidur atau insomnia sememangnya mengganggu kehidupan harian seseorang. Entry ini ditujukan pada rakan-rakan blogger khususnya yang mempunyai masalah tersebut dan amnya pada pembaca Teratak Usang.

Mengikut kajian, faktor seperti hilang kerja, penceraian, masalah rumahtangga dan tekanan perasaan menyebabkan masalah sukar tidur. Kualiti tidur juga terjejas berikutan peningkatan usia. Walaupun insomnia dengan sebab-sebab berbeza, anda boleh mengamalkan tip-tip berikut:

1. Tetapkan masa tidur dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam. Kalau ada gambar/ filem yang seronok (ditunggu-tunggu) pun, jangan tunggu sampai habis. Sila la beradu.

2. Lakukan senaman pada siang hari. Semestinya anda akan rasa mengantuk pada malam hari. Kalau tak Berjaya juga, senamanlah sepanjang hari. Kalau tak letih, bukan orang namanya.

3. Jangan ambil minuman berkafien kerana ia mungkin menyebabkan anda tidak mengantuk.

4. Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam. Ingat bahawa esok masih ada untuk makan. Tapi kalau dah ajal, innalillah....

5. Amalkan teknik relax secara kerap. Buat latihan pernafasan dan meditasi serta yoga (untuk bukan Islam).

6. Mandi dengan air suam sebelum tidur. Untung pada sesiapa yang dah berkahwin sebab boleh minta pasangan anda mengurut. Kalau yang belum berkahwin, minta kawan-kawan atau saudara untuk mengurut kerana mengurut juga boleh membuatkan anda relax.

7. Elakkan atau kurangkan buang air kecil. Jika terpaksa, cuba hadkan sekali selepas 1 jam di tempat tidur. Ada ke orang buang air setiap jam selain wanita mengandung? Wallahu’alam.

8. Jika tidak lena juga selepas 20 minit dan tidak mengantuk, bangun dan membaca (cari buku yang membosankan seperti buku sejarah ) atau lakukan sesuatu yang kurang aktif sehingga mengantuk. Kemudian cubalah tidur.

9. Jangan terlalu fikirkan masalah anda tak dapat tidur. Ingatkan diri anda, walaupun susah tidur, ia bukan ancaman kehidupan.

Pada yang sukar tidur, selamat beramal.
Ranking: 5

14 comments

10 Ogos 2010 pada 12:59 PG

alamak tak boleh tidor..tuh yang datang ke blog nie..hehe.. tidor kena awal..kalau tak memang jadi burung hantu la jawabnya..huhu

10 Ogos 2010 pada 1:45 PG

Kalau xda aktiviti waktu siang, agak susah nak tidur malam.. memang berkesan senaman tu untuk memudahkan tidur malam.. thanks kongsi info ni

10 Ogos 2010 pada 11:34 PG

info yang baik..
terima kasih

10 Ogos 2010 pada 3:09 PTG

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
Ada masalah insomnia jgk ke? huhu...rupanya ramai jgk ye ada masalah ni..

@kulanz
Sama2....

@sop
Sama2.

10 Ogos 2010 pada 4:15 PTG

Terima kasih atas perkongsian tips2 tersebut....

p/s : Setahun sudah berlalu.... ramadan al-mubarak akhirnya kembali jua.... sempena kedatangan bulan yang mulia ini... saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.. :)

12 Ogos 2010 pada 7:54 PG

Buat macam mr bean. kira jumlah kambing kat pic .... hehehe

12 Ogos 2010 pada 8:40 PG

@Wanzie
Sama2...
Terima kasih. Selamat berpuasa jgk.

@wachak
hahaha....ni mesti ko selalu buat....tak de kambing,ko kirang lubang sarang lebah kat blog ko tu....hehe...

12 Ogos 2010 pada 9:54 PG

kak, mekasih untuk tips..ngee..mcm tau2 je saya memang ada masalah tidur.. :)

12 Ogos 2010 pada 11:59 PG

@Kimie Hashim
Sama2....hehe..

12 Ogos 2010 pada 10:03 PTG

@armouris
Terima kasih atas info tersebut.

Tanpa Nama
25 Januari 2011 pada 9:39 PG

SALAM..
NAK TANYA KLU KTE SSAH NAK TIDO KAT TMPAET YG BRU CAMNE..
ADEW TIPS TAK..??
KE AD BENDE YG MGANGGU.. DARI ANIE..0_0

25 Januari 2011 pada 2:50 PTG

@Anie
W'salam..
Selalunya hal tersebut terjadi pada orang dewasa atau kanak-kanak. Petua orang tua-tua, bawa sesuatu seperti bantal, selimut atau apa sahaja benda yang kita selalu guna semasa tidur. Mungkin ini dapat membantu, selain minum susu panas sebelum tidur

18 Mac 2011 pada 9:46 PTG

klo kebanyakan tidur gimana y?:)

19 Mac 2011 pada 8:22 PTG

@aqiqah
hehe...kepala bisa pusing kalau tidur banyak. Cara nak atasi tidur byk, boleh buat perkara2 yang dirasakan seronok agar ada aliran oksigen ke otak. Boleh juga bersenam.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved