Terlelap Seketika.

on Rabu, Oktober 08, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selamat Hari Raya Eidul Adha untuk semua umat Islam..

Raya haji tahun ni, tak balik kampung (Kedah, Perlis atau Kelantan). Raya je kat rumah sendiri (rumah sewa le...).  Malam raya tidur lewat, maklum la ada anak kecik. Jam 3 pagi baru tidur dan 6.30 pagi bangun solat serta menyediakan juadah hari raya.

Aku masak nasi briani campak-campak ala-ala Chef Wan, sambal ayam, ayam panggang dan sedikit salad. Bajet untuk satu keluarga sahaja. Dah tau dah, tak ada sapa yang akan datang beraya dan kami sekeluarga pun tak tahu nak pergi beraya rumah siapa.

Selepas zohor, salin baju raya dan bertolak ke Manjung. Tempat pertama yang dituju, pusat bowling. Lepas makan petang, terus balik. Semuanya keletihan, hubby pening kepala jadi aku drive kereta dalam keletihan dan mengantuk. Akibatnya....

Jeng..jeng..jeng...


Ambik kau...
Terlelap seketika membawa padah.

Rasanya tak sampai 30 saat pun aku terlelap. Sebelum tu hubby dah pesan, jangan bawa kereta lebih 100km/j sebab tanya tak berapa elok. Aku pun bawa slow.

Kalau dah slow, memang mengantuk la. Sedar-sedar, aku dah langgar belakang bas. Semua yang tertidur dalam kereta terkejut dengan dentuman kuat tapi tak tahu apa yang berlaku. 

Bumper pecah, bonet kemik. Dalam tu, ada calar sikit kot. Kipas masih berfungsi dan rasanya yang lain-lain ok. Anggaran kerosakan mungkin ribuan...

Aku dah gabra, ketaq kata orang kedah, gigil bukan sebab kemalangan tapi takut kena marah dengan my hubby....Sebab kemalangan ada la sikit tapi takut kena marah tu yang risau.

Hanya perkataan "MAAF" yang mampu aku katakan.

Moral of the story:
Orang dah pesan, jangan memandu kalau mengantuk. Tengok..tengok..apa dah jadi? Nasib baik tak ada yang tercedera. Sikap macam ni la yang banyak mengundang maut. Lain kali buat lagi no....

Sekian sahaja kenangan yang ku tinggalkan untuk tahun ini....
Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved