Superbike Untuk Di Jual

on Sabtu, Mei 10, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Suatu keputusan yang bukan mudah untuk dibuat. Akhirnya..

Tidak ramai para isteri yang suka apabila suami mereka membeli atau memiliki motor berkuasa tinggi termasuk la aku.

Bukan cemburu atau iri hati apabila sayang sudah beralih arah ke motor idaman tetapi keselamatan yang dirisaukan. 

Aku tak pernah rasa naik motor besar tapi aku tahu, superbike bukan boleh bawa dalam kelajuan perlahan. Pulas tombol minyak sikit, dah meluncur laju.

Orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Seminggu selepas aku bersalin anak ke 3 tahun lepas, menurut Doktor, hubby ku alami anxiaty dimana dia akan rasa rimas, tak selesa atau fobia untuk memandu atau menunggang. Sekarang dalam proses rawatan lagi. Pergi kerja kena ada kawan yang teman dan tolong memandu kereta. Motor dah jarang-jarang bawa. Daripada jadi tukun, lebih baik jualkan walaupun sayang.

Kalau boleh, semua kenderaan dia nak jual. Nasib baik aku boleh memandu kereta.

Jika ada yang berminat, boleh la melamar superbike tu segera sebelum hubby ku berubah fikiran.

Tahun: 2013
Lokasi: Teluk Intan.

Maklumat lain akan aku up date kemudian jika ada yang berminat.








* Note II up date

Ranking: 5

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved