Menjejak Penghujung Benua Asia.

on Khamis, April 04, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kalau dulu, aku sekadar tengok dalam blog sahaja tentang tanah di penghujung benua. Tapi kini aku sudah pun menjejakkan kaki ke sana.

Beberapa keping gambar yang sempat aku snap..

Dataran depan resort

Pemandangan di penghujung benua.


 Resort Tanjung Piai

 Pemandangan dari atas resort.

Rumah usang

Musim cuti sekolah kali ini, aku dan anak-anak pergi bercuti di rumah kakak iparku bersama mak mertuaku di Pasir Gudang. Seminggu di sana, kami ambil keputusan untuk menginap di mana-mana destinasi menarik. Jadi, Tanjung Piai menjadi pilihan kerana belum pernah lagi sampai ke sana.

Dari Pasir Gudang ke Pontian mengambil masa lebih kurang 2 jam di campur dengan masa berhenti solat Jumaat di pertengahan jalan dan juga masa sesat jalan.

Kami menginap di Tanjung Piai Resort. Kalau tak silap aku, sewanya semalaman satu bilik yang ada 1 katil kelamin dan 2 katil bujang termasuk sarapan pagi sebanyak RM200, potongan 5% untuk kakitangan kerajaan dan cukai sebanyak 6% untuk orang awam. Ada pakej Family, Twin, Standard dan Dorm.

Kiranya berbaloi juga penginapan dengan rombongan kami seramai 4 dewasa dan 5 kanak-kanak. Resort terletak di atas air laut dan boleh memancing bila-bila masa sahaja terutamanya ketika air pasang. Ramai pengunjung yang memancing di waktu lewat malam hingga awal pagi. Pancing sewa juga disediakan dengan bayaran RM25 untuk umpan.

Untuk maklumat lanjut,sila google Tanjung Piai.
Ranking: 5

11 comments

4 April 2013 pada 7:16 PTG

wahh..mesti best sambil lepak2 depan bilik penginapan sambil memancing ikan..

tak pernah sampai lagi Tanjung Piai ni..

4 April 2013 pada 8:11 PTG

Kenapa tempat tu dipanggil penghujung benua Asia....

4 April 2013 pada 9:25 PTG

Kalau kaki memancing duduk berjam pun tak apa.

4 April 2013 pada 10:27 PTG

wah tarasa nak pergi kesana laaa... tak pernah sampai lagi

6 April 2013 pada 12:34 PG

Tempat saya tu.

6 April 2013 pada 1:28 PTG

@Lynn Munir
Ya ka?

6 April 2013 pada 1:29 PTG

@Izni Hafiz Abdul Rashid
Cuba google dan tengok peta terletaknya KUKUP..penghujung benua asia..

7 April 2013 pada 4:00 PTG

Sampai juga akhirnya Iza ke kampung saya ya. Dengar cerita sekarang ditutup sementara kerana ada kemalangan. Errr Lynn Munir kat mana?

8 April 2013 pada 4:58 PTG

@Empayar Utama
Ooo...kg situ ye..Saya beru je minggu lepas ke sana..Nasib baik belum ditutup masa sampai sana..

21 April 2013 pada 1:53 PTG

macam best je..boleh pancing tak kat situ?dari resort...

22 April 2013 pada 7:38 PTG

Ada tak bilik yang untuk dua orang je?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved