Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti Malaysia. Papar semua catatan

Mandi Kolam

on Khamis, Jun 06, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Cuti sekolah minggu pertama, aku sekeluarga bercuti di Kelantan. Sambil bercuti, sambil menziarahi sanak-saudara di sana.

Setiap kali ke Kelantan, mesti satu hari satu malam kami akan menginap di luar samada hotel atau resort. Malam-malam lain di rumah mak saudara. 

Sudah lama berjanji dengan anak untuk bawa mereka mandi kolam jadi kena cari juga chalet atau resort yang ada kolam. Perancangan pertama untuk menginap di Pantai Cahaya Bulan Resort tapi penuh. Maklum la musim cuti sekolah. Nak booking resort berhampiran pun, penuh juga.

Maka google la resort yang masih kosong dan terjumpa Sudara Bearch Resort, Bachok. Dekat dengan Tok Bali. Nasib baik bapa mertua pinjamkan GPS, kalau tidak mesti sesat. Lokasinya jauh ke dalam. Walaupun guna GPS, tak jumpa juga pada mulanya sebab GPS dah hilang jejak. Mungkin sudah berada berdekatan destinasi.

Dengan sewa sebanyak RM174.++ semalam, kami menginap di Sudara Bearch Resort. Chalet semuanya penuh. Yang ada hanya bilik-bilik hotel. Tak kisah la asalkan ada kolam renang.

 Main pasir dulu.

 Alongnya tak nak ditanam dalam pasir jadi adiknya la yang jadi mangsa.

Dah puas mandi laut, mandi kolam pulak. Dah tak sabar nak mandi kolam. Kalau di rumah, kadang-kala abahnya yang suruh masuk mandi dalam kolam. Jadi dia dah biasa dan tak takut air. Step by step si kecil ni nak turun kolam, tempat paling dalam.


 Ini merupakan budak yang paling berani antara bayi-bayi di situ.
Dengan menggunakan kekuatan tangan, dia berpaut di tebing kolam. Langsung tak ada perasaan takut. Kita pulak yang takut tengok dia buat macam tu.

Ada seorang kakak tu, anak dia dah berusia 2 tahun tapi nangis-nangis bila masuk dalam air kalau tak berpeluk dengan ayahnya atau maknya. Mereka pun hairan, anak aku langsung tak bunyi suara bila dilepaskan atau berada dalam air, tapi kalau angkat atau keluarkan dari kolam, meraung-raung la dia menangis tak nak sudah-sudah.

Walau bagaimanapun terpaksa juga dukung naik dari kolam untuk membersihkan diri. Badan letih, perut pun dah lapar. Nasi kerabu memanggil....




Menjejak Penghujung Benua Asia.

on Khamis, April 04, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kalau dulu, aku sekadar tengok dalam blog sahaja tentang tanah di penghujung benua. Tapi kini aku sudah pun menjejakkan kaki ke sana.

Beberapa keping gambar yang sempat aku snap..

Dataran depan resort

Pemandangan di penghujung benua.


 Resort Tanjung Piai

 Pemandangan dari atas resort.

Rumah usang

Musim cuti sekolah kali ini, aku dan anak-anak pergi bercuti di rumah kakak iparku bersama mak mertuaku di Pasir Gudang. Seminggu di sana, kami ambil keputusan untuk menginap di mana-mana destinasi menarik. Jadi, Tanjung Piai menjadi pilihan kerana belum pernah lagi sampai ke sana.

Dari Pasir Gudang ke Pontian mengambil masa lebih kurang 2 jam di campur dengan masa berhenti solat Jumaat di pertengahan jalan dan juga masa sesat jalan.

Kami menginap di Tanjung Piai Resort. Kalau tak silap aku, sewanya semalaman satu bilik yang ada 1 katil kelamin dan 2 katil bujang termasuk sarapan pagi sebanyak RM200, potongan 5% untuk kakitangan kerajaan dan cukai sebanyak 6% untuk orang awam. Ada pakej Family, Twin, Standard dan Dorm.

Kiranya berbaloi juga penginapan dengan rombongan kami seramai 4 dewasa dan 5 kanak-kanak. Resort terletak di atas air laut dan boleh memancing bila-bila masa sahaja terutamanya ketika air pasang. Ramai pengunjung yang memancing di waktu lewat malam hingga awal pagi. Pancing sewa juga disediakan dengan bayaran RM25 untuk umpan.

Untuk maklumat lanjut,sila google Tanjung Piai.
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved