Prosedur Di Imigresen

on Isnin, Disember 24, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Alhamdulillah, sudah berjaya buat pasport untuk kami sekeluarga terutamanya aku yang terlibat dengan pinjaman Ah Long PTPTN. Walaupun sudah 6 tahun belum bekerja dan belum bayar, namaku terselamat dari blacklist. Jadi, dapat la ke luar negara seketika.

Sebelum anda ke Pejabat Imigresen, pastikan nama anda bersih sebersih-bersihnya. Boleh semak nama anda di sini Semakan Status Perjalanan / Semakan Status Kawalan Imigresen. Jika tiada halangan, boleh terus berangan-angan untuk ke luar negara.

Pastikan anda membawa dua (2) keping gambar berukuran pasport atau gambar untuk penggunaan Antarabangsa, MyKad, MyKid dan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Bawa juga salinan dokumen-dokumen berikut.

Jangan lupa ukur tinggi anda.

Isi borang dan serahkan borang, gambar dan dokumen pengenalan diri di kaunter utama. Borang Pasport Malaysia boleh didapati secara percuma di kaunter atau muat turun di sini. (Borang Pasport Malaysia)

Anda akan diberikan nombor giliran untuk proses seterusnya.

Bayaran untuk pasport dewasa sebanyak RM100 untuk tempoh 2 tahun manakala bagi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun, bayaran separuh harga dikenakan iaitu sebanyak RM80 untuk 2 tahun dan RM150 untuk tempoh 5 tahun.

Keperluan Untuk Mohon Pasport Antarabangsa.
1. Dokumen pengenalan diri serta salinannya.
2. Dua keping gambar berukuran pasport.
3. Wang secukupnya.

Proses untuk mohon Pasport Antarabangsa akan mengambil masa selama 1 jam bergantung pada keadaan atau apa-apa halangan. Jika tiada masalah teknikal, siap dalam masa 1 jam. Kalau malas nak tunggu, boleh datang bila-bila masa sahaja, tidak lebih 3 bulan dari tarikh permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Imigresen Malaysia

Semoga info ini berguna untuk anda yang bakal ke luar negara. Jom pergi melancong.
Vietnam, Aku Datang...!
Ranking: 5

10 comments

24 Disember 2012 pada 12:05 PG

Tetapi hati tetap akan berdebar apabila perlu melalui kaunter imigresen sebelum berlepas ke luar negara.

24 Disember 2012 pada 12:27 PG

:D Wahaha.. Mau pergi "oversea". Semoga semua persiapan berjalan dengan lancar.

24 Disember 2012 pada 12:41 PG

Wah..vietnam menarik tu...

24 Disember 2012 pada 2:48 PTG

sejak berkeluarga ni dah tak keluar negara..tapi ada planning jugak la akan datang..

24 Disember 2012 pada 5:16 PTG

vietnam semakin menjadi pilihan sekarang ni
selamat jalan2

24 Disember 2012 pada 6:03 PTG

ya selamat bershoping di behn tan hehe

25 Disember 2012 pada 1:59 PG

wahh vietnam! syurga shopping kain2 dan fabrik2 serta apa2 sahaja yg berunsurkan kain~ boleh buat bisnes tu hehe beli tudung byk2, skirt ke gown ke dress ke blouse ke, jual kt malaysia, best tu! :) oh hi kak iza.. sihat? hehe lama kita xjenguk kak iza...

25 Disember 2012 pada 7:10 PG

baru-baru ni ada terdapat tahu rombongan ke negara China tempat orang yang selalu beli borong tu...tapi tak berapa nak ambil tahu lagi..tapi info yang saya baca daripada blog awak ni telah membuka pengetahuan saya...sangat berguna..

25 Disember 2012 pada 2:49 PTG

selang 2-3 tahun baru gi imigresen.hehehe

27 Disember 2012 pada 2:26 PG

fuh..
mau ke oversea nampaknya..
ehehehee

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved