Tapai Pulut.

on Khamis, Julai 14, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Malam semalam tiba-tiba aku terasa nak makan tapai pulut. Dah lama tak makan tapai. Aku suarakan hasrat hati pada my hubby tentang keinginan tersebut. My hubby kata, aku tak boleh makan tapai. Betul ke tak boleh makan? Bukan ke dua tiga bulan pertama sahaja yang tak boleh makan?

Teringin sangat-sangat nak makan. Dapat rasa sikit pun jadi lah. Di Perak ni popular dengan tapai ubi tapi aku tak nak tapai ubi, nak tapai pulut jugak. Masa di kampung dulu, mama aku rajin buat tapai tapi seraca senyap-senyap. Entah bila dibuatnya pun aku tak tahu. Tiba-tiba bawa keluar saja tapai yang dah manis.

Rasanya senang untuk membuat tapai tetapi susah untuk menjadikan tapai sedap dan manis. Mengikut kata mama aku (mungkin petua dan pantang-larang turut temurun datuk nenek dahulu kala), kalau nak buat tapai, kena buat senyap-senyap dan tidak boleh diketahui oleh orang lain terutamanya orang yang mempunyai ilmu batin, walaupun mengetahui hanya mengambil daun pisang. Mungkin juga pengalaman mereka (nenek)yang pernah membuat tapai tetapi tidak manis seperti yang diharapkan. Orang yang ingin membuat tapai juga harus bersih dari segala kekotoran (datang bulan) agar tapai yang dihasilkan nanti tidak masak dan putih bersih.

Zaman sekarang, ada sesetengah orang masih lagi mengamalkan pantang larang untuk membuat tapai dan ada yang sebaliknya. Kalau nak berniaga tapai, bagaimana untuk berpantang larang kan?

Pernah sekali aku membantu mak mertuaku membuat tapai pada hari raya tahun lepas. Hasilnya, tapai yang dibalut dengan daun pisang sememangnya manis tetapi yang dibungkus dengan plaktik atau yang diletakkan dalam bekas kecil (plastik)langsung tidak manis. Itulah bezanya walaupun dimasak pada masa yang sama, oleh orang yang sama dan dalam periuk yang sama.

Di Kelantan, tapai memang terkenal terutamanya ketika hari raya. Kalau raya je, mesti ada tapai. Kalau di Kedah, susah nak cari tapai pada hari raya kerana tuan rumah lebih suka menyedikan hidangan berat seperti Nasi Briani, Laksa, Bihun sup dan sebagainya selain kuih-muih dan ketupat palas. Kalau di Perlis, mungkin lebih pada nasi impit, lontong atau lemang dan hidangan-hidangan berat yang lain.

Resipi Tapai

Bahan-bahan (12 org makan)

* 1 kg beras pulut
* 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
* daun pisang

Cara-cara
1. tanak pulut. Untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan.

2. Apabila dah masak, masukkan pulut dalam dulang dan ratakan.

3. Tunggu sejuk seketika, barulah ayakkan ragi di permukaan pulut. Kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena.

4. setelah semua bahagian sebati, bungkus dengan daun pisang dan peram selama sehari.

Berbalik pada kisah tapai tadi, harap-harap dapatlah my hubby carikan tapai pulut untuk ku. Mengidam sangat-sangat nak makan tapai pulut. Kat mana nak cari agaknya? Kalau balik kampung, belum tentu boleh makan sebab awal-awal pregnant lagi mak mertuaku dah pesan, elakkan makan tapai.
Ranking: 5

33 comments

14 Julai 2011 pada 12:24 PG

wow! tapai! 0.0

14 Julai 2011 pada 7:56 PG

sy mmg tak makan tapai.. yeke time raya kat kelantan mmg diorg serve? setakat ni, sy tgk takde pulak, mgkin lain tempt kot, atau family husband ni mmg tak gemar tapai kot.

Tanpa Nama
14 Julai 2011 pada 8:21 PG

Assalamualaikum Iza,

Tentang pantang larang ketika membuat tapai tu (tak kiralah tapai pulut/ubi) memang selalu disebut-sebut.

Yang lain akak tak perasan, tapi satu yang akak perasan ketika menolong mak mertua bungkus tapai, masa akak sdg uzur (haid), bila dibuka bungkusan tapai tu, tapi tu kelihatan kecoklatan tidak putih bersih. Yang mak mertua bungkus, elok jer. Jadi Wallahuwa'llam.

14 Julai 2011 pada 11:44 PG

salam..
sedapnya..
nak sikit..
alahai lama tak makan
nak kena tunggu raya
baru ada..
:D

14 Julai 2011 pada 3:05 PTG

@Aida Azryn
Suka jgk ke?

@intan izani
Entah la. Rasanya time raya jumpa tapai kat Kelantan.

@Kunang-kunang
W'salam.
Saya pun dengar macam tu jgk. Jadi betul la ya, kena berpantang masa nak membuatnya. Pengalaman dan perkongsian yang berharga tu. Terima kasih.

@zulkbo
W'salam..
Memang la sedap, benda jarang ada. Sabar la ye, tunggu raya nanti..

14 Julai 2011 pada 3:55 PTG

I simply love tapai, in fact all Malaysian food I enjoy very much from sambal belacan, tempoyak, nasi lemak, ayam goren and everything else.

14 Julai 2011 pada 4:15 PTG

tapai pulut ni memang sedap .. ada satu kedai dekat Melaka jual tapai yg manis , dan mahal .. =.='' tapi puas hati .. pernah haritu yan pergi wedding , ade sediakan tapai , bukak2 tgk tapai tu ade tompok2 merah .. mak cakap , tu org yg buat ngah datang bulan .. yan pn jadi geli nk makan .. hehe .. apa2 pn , tapai pulut terbaiikkk !

jom singgah dan follow sini kalau sudi ..

http://izyannadira.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-awak-la-pulak.html

14 Julai 2011 pada 4:18 PTG

@Nava Krishnan.
Wow! you are really great. Tak semua orang suka makan tempoyak.

14 Julai 2011 pada 4:30 PTG

@Yayan
Ya ka? Tak pernah lagi la jumpa tapai macam tu..Terima kasih singgah

14 Julai 2011 pada 4:46 PTG

time raya je baru jumpa tapai.. huhu =)

14 Julai 2011 pada 5:04 PTG

memang kegemaran saya ni..
tiap kali pi pasar malam mesti beli..kat pasar malam je pun nak ada tapai2 ni..
tenpat lain susah sikit nak cari..
lagi satu nak mudah oder je dari orang..

awal mengandung memang tak boleh tapi klaau dah 6,7 bulan ke ats tak pe makan..
tapi kalau rahim tak kuat dan pernah keguguran baik jangn makan..
itu kata mak saya yang ada kat sebelah ni..
heheheh

14 Julai 2011 pada 5:09 PTG

@Asiah Jaffar
Ni mesti orang pantai timur ni sbb raya je ada tapai kan? hehe..

@diana
Pasar malam mana tu? nanti nak cari juga la kalau2 ada rezeki.
Terima kasih atas info dan nasihat tu...Nampaknya lepas ni dapat la merasa tapai..

14 Julai 2011 pada 5:30 PTG

wahh sedap nyer tapai pulut.mmg kegemaran miza tu.miza ni tiap kali psr tani mmg cr tapai pulut.ngandung ke tak mmg tak jd hal.alhamdulillah semua tu cuma mitos je saya anggap.tak jejas langsung kandungan saya.walau br 4 mgu hamil...saya mkn 5-6 bungkus selamber je.hehe.ragi mmg panas,tp dia cmpr dlm tapai bkn byk pun.so tak jd apa2 pd kandungan saya selama 5 kali hamil ni.

14 Julai 2011 pada 5:35 PTG

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
Iza pun main belasah je nak makan apa.tak ada pantang2 tp orang tua selalu pesan suruh pantang jadi sekali sekala jaga hati orang juga nih..

Tanpa Nama
14 Julai 2011 pada 10:39 PTG

http://wanwidget.com
serius saya suka tapai pulut berbanding tapai ubi, nyum nyum, terliur nih

14 Julai 2011 pada 11:20 PTG

terasa mengidam lak. heheh

16 Julai 2011 pada 4:14 PTG

Ya Allah sedapnya tapai.. Nur suka tapai pulut.. Memang susah sikit nak cari kalau di JB ni.

Tanpa Nama
13 Mac 2012 pada 8:26 PTG

tapai sdp

14 Mac 2012 pada 10:05 PG

tapai memang best... kat kg di johor popular dgn tapai ubi juga...

14 Mac 2012 pada 4:20 PTG

Ooo..ya ka?

14 Mac 2012 pada 7:04 PTG

Mj tak penah makan tapai..
Ramai kata sedap tapi tak beranin nak mencuba :)

15 Mac 2012 pada 12:06 PG

Cuba la, memang sedap.
Tak mati pun kalau cuba..
sekurang-kurangnya kita sudah mencuba sesuatu yg baru bagi kita..

14 Januari 2013 pada 6:33 PG

SESIAPA BERMINAT DGN TAPAI PULUT BOLEH HUBUNGI AZMAN 0192829027

Tanpa Nama
14 Mei 2013 pada 12:37 PG

Today, I went to the beach with my kids. I found a sea shell and gave it to my 4 year
old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She
put the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it
pinched her ear. She never wants to go back! LoL I know this is entirely off topic but I had to tell someone!


My web-site; クロエ 財布

Tanpa Nama
14 Mei 2013 pada 12:17 PTG

I am regular reader, how are you everybody? This
piece of writing posted at this site is really fastidious.


Also visit my blog post; ミュウミュウ

Tanpa Nama
16 Mei 2013 pada 12:50 PG

Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing this write-up and the rest of the site is
extremely good.

Here is my homepage - コーチ 財布

Tanpa Nama
16 Mei 2013 pada 2:13 PG

Thanks on your marvelous posting! I genuinely enjoyed reading
it, you might be a great author. I will remember to bookmark your
blog and may come back from now on. I want to encourage you to definitely continue your great writing,
have a nice holiday weekend!

my site - クリスチャンルブタン

Tanpa Nama
16 Mei 2013 pada 2:46 PTG

Someone essentially assist to make critically articles I would state.
This is the very first time I frequented your website page and so far?
I amazed with the research you made to create
this actual put up amazing. Wonderful task!

my web-site: トリーバーチ 長財布

Tanpa Nama
17 Mei 2013 pada 12:26 PG

Hey there this is kinda of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

Feel free to visit my blog post ... コーチ

Tanpa Nama
18 Mei 2013 pada 2:19 PG

Article writing is also a fun, if you be familiar with afterward you can write or
else it is complicated to write.

Here is my site - クロエ

Tanpa Nama
18 Mei 2013 pada 4:40 PTG

Post writing is also a excitement, if you be familiar with afterward you can write or else it is complex to write.


my web-site - コーチ

Tanpa Nama
18 Mei 2013 pada 7:48 PTG

Sweet blog! I found it while browsing on Yahoo News.

Do you have any suggestions on how to get listed
in Yahoo News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Many thanks

Look at my web page :: ミュウミュウ

Tanpa Nama
21 Mei 2013 pada 8:52 PG

This is really interesting, You're an excessively skilled blogger. I've joined your
rss feed and look ahead to seeking more of your magnificent post.
Additionally, I have shared your website in my social networks

Feel free to visit my web-site: http://www.christianlouboutinoutletstorex2013.com

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved