Widget Terbaik.

on Selasa, Januari 11, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Aku bukan seorang yang pakar tentang selok belok blog atau website, jauh sekali untuk komen tentang kebaikan dan kelemahan sesuatu blog tetapi aku ingin berkongsikan sedikit pengalaman sepanjang aku menjadi blogger.



Ini adalah berkenaan widget widgeo yang dianggap widget terbaik sewaktu aku mula-mula menceburkan diri dalam dunia blogger lebih setahun yang lalu. Pada ketika itu, aku cukup bangga mempunyai blog yang cantik dengan pelbagai jenis widget. Padahal, pada mata blogger-blogger otai, blog aku adalah blog yang paling teruk dan tidak disukai oleh mereka. Ini merupakan andaianku sahaja dan mungkin andaian yang benar pada pandanganku kini.

Apabila kita memasuki sesebuah blog, kita mungkin akan perasan suatu benda iaitu pop up window yang muncul apabila kita klik di sesetengah tempat seperti cbox, shoutmix atau read more dalam blog tertentu. Tetapi kita kurang arif atau tidak tahu bagaimanakah munculnya pop up tersebut yang kadang-kala melembabkan lagi loading selagi kita tidak menutup tab tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pop up tersebut muncul kerana sesebuah blog itu mempunyai widget widgeo seperti gambar di atas. Pada semua pengguna widget widgeo, jika anda prihatin dengan pengunjung di blog anda, segeralah mencari alternatif lain dan segera menggantikan widget tersebut. Mungkin sesetengah blogger menganggap benda tersebut adalah terlalu remeh tapi bagi aku sendiri, ia adalah sesuatu yang amat penting kerana perkara pertama untuk menarik trafik ke blog kita adalah dengan blogwalking.

Tak semua orang suka blogwalking jika loadingnya menjadi lambat dan lembab. Tidak semua orang suka akan pop up window yang muncul tiba-tiba samada iklan tersembunyi atau ayat sapaan di sesetengah blog seperti

Selamat Datang ke blog saya.

Terima kasih atas kunjungan anda.

Sila datang lagi.


Bukan semua pop up window aku tidak suka. Ada juga yang aku suka seperti pop up window untuk tinggalkan komen. Pada blog yang ada pop up window untuk komen seperti blog aku ini, ada kebaikannya yang aku tahu iaitu kalau pengomen nak rujuk semula entry atau lihat di side bar blog, tak akan ada gangguan dan tak perlu nak loading semula untuk tengok apa-apa yang patut.

Setiap perkongsian dan teguran membina, apa salahnya kita ambil sedikit pengajaran dari pengalaman lalu untuk kebaikan kita di masa akan datang. Ingatan untuk diri sendiri khasnya.
Ranking: 5

14 comments

12 Januari 2011 pada 12:59 PG

thank's for sharing aza.. saya baru tau la

12 Januari 2011 pada 2:22 PG

elakkan dari penggunaan widget yagn terlalu banyak.. huhu..

12 Januari 2011 pada 2:25 PG

salam..
kesan terhadap page rank
dan carian SERP juga akan
menjadikan blog di penalti
dan tak akan muncul di SERP
jika terlalu banyak pop up
tersembunyi selain teks yang
hidden..

Tanpa Nama
12 Januari 2011 pada 7:43 PG

Salam kak Iza...
lor...kok citenya pasal widget yg buruk...oo..sudah tukarka? :)

12 Januari 2011 pada 2:37 PTG

@donny
Sharing is caring.hehe.
Aik, namaku dah bertukar pulak?

@zik
Ya betul.
Blog ni pun dalam proses nak buang apa yg tak perlu.

@zulkbo
W'salam..
Ya ka? Hmmm, perkongsian yg bagus ni.

@abgreds
W'salam abgreds,
Haha...
udah lama tukarinnya.
itupun seorang kawan lama yg bagitau masa baru2 buat blog.

12 Januari 2011 pada 3:52 PTG

yeah! gunakan widget yg penting je. kalau tak nak org masuk blog, letak la widget ikut suka hati :)

12 Januari 2011 pada 4:33 PTG

Setuju dengan bro Zikri Husaini. Kurangkan penggunaan widget yang banyak di dalam blog.

Yied ni pun tak suka juga Widgeo neh... Huhu....

Jom join 'Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info'

12 Januari 2011 pada 4:44 PTG

@Kyuubi
Ayat terbaik tu..

@Yiedpozi
Ya ka?
Hmm, nampaknya ramai yg tak suka benda ni kan..

12 Januari 2011 pada 5:10 PTG

wah bagus juga neh...pantas dicoba

12 Januari 2011 pada 5:29 PTG

@julicavero
Pantas dicoba buang atau pantas dicoba pasang?hehe...

12 Januari 2011 pada 5:36 PTG

widget yang penting2.. widget jam tu rasanya tak perlu kan.. sebab kat laptop masing2 dah ada jam da.. haha.. nice info.. thanks..

12 Januari 2011 pada 9:11 PTG

widget tu kadang2 slowkan blog.. banyak dah widget dan plugin(wordpress) sy dah buang.. memang perlu bagi load laju skit blog..tak la pelawat tertunggu2.. hehe

12 Januari 2011 pada 10:29 PTG

geram dengan blog yang banyak widget. menyusahkan pembaca saja. pembaca datang bukan nak tengok widget tapi isinya.

13 Januari 2011 pada 1:29 PTG

@adan
Ya betul...

@Mr.Z
A'a, kadang2 boring tau tunggu nak membaca tp isi yg ditunggu-tunggu tak keluar2 pun..

@RedBoys
Hmmm, sabar je la...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved