Cara Mengesan Malware Melalui Webmaster Tools.

on Rabu, September 22, 2010

Salam...

Entri ini adalah permintaan dari saudari aSmiDar. Moga-moga ianya dapat membantu untuk menangani masalah malware yang sedang tersebar luas menjelajah blog seterusnya memeningkan kepala para blogger. Jangan risau jika anda mempunyai kekebalan antivirus berbayar.

Pada sesiapa yang belum tahun cara atau tidak nampak jalan langsung untuk menangani masalah ini, sila ikuti tutorial di bawah.

1. Sign in akaun google anda atau sila daftar jika belum mempunyai akaun google.



Cari dan klik Webmaster Tool.
Jika pertama kali anda masuk, akaun anda mesti not verified. Jadi verify this site (sahkan dulu blog anda)

2. Klik Add a meta tag to your site's home page


coding html akan dipaparkan. Klik show me an example untuk keterangan lanjut dan ikuti contoh yang diberi.

3. Buka Dashboard > Design > html
Tick expand widget. Tekan Ctrl+F dan taip code hijau dan enter. Paste code html yg diberi dibawah code hijau seperti contoh di bawah dan save.


4. Kembali ke Webmaster Tool.


5. Di bawah Dashboard Webmaster Tool,
klik Diagnostics,
klik Malware.


6. Webmaster Tool akan paparkan url blog yang mempunyai malware.

Diharapkan saudari aSMiDar faham dengan penerangan di atas.
Ranking: 5

19 comments

21 September 2010 pada 11:38 PTG

thnx..informasi yang berguna..nnti nak try..

p.s:hadiah tu nnti aku ambik lambat sikit yer..bz skit,,,

21 September 2010 pada 11:39 PTG

maceh2x,, :)

21 September 2010 pada 11:47 PTG

haa.. ni baru ler paham hikhik.. tkasih sbb wat n3 ni.. jenuh tadi belajar dari kwn lain.. :)

21 September 2010 pada 11:50 PTG

thx for sharing..! skarang ni blog byk yg kene virus..

22 September 2010 pada 12:31 PG

Salam..
ermmm..detail sekali
dari blogger page rank-3
ni..TQVM..Sharing is caring

22 September 2010 pada 1:55 PG

salam..

terima kasih coz sudi share!!

22 September 2010 pada 7:26 PG

@black_mel
A'a try la...
p/s: ok.

@iszieylyanziy
sama-sama.

@atie
Sama2. sharing is caring.

@RanDomApple$
Welcome. A'a, kena hati2.

@zulkbo
Wsalam...
Ishhh...tak de apanya dgn PR 3 tu. Ni pun berkat ilmu cik zul jgk. Ya, sharing is caring.

@haszuraidah ishak
W'salam....
sama2. utk kebaikan semua jgk supaya tak berjangkit sama virus ni..

22 September 2010 pada 9:10 PG

OWH.. ILMU BARU NIE... THANKS! :)

22 September 2010 pada 9:44 PG

waaa...terima kasih sangat2..
baru la paham..entry yang sangat berguna..:)

22 September 2010 pada 2:16 PTG

@Zairie Husin
welcome.

@aSmiDar
sama2...ok. sharing is caring

22 September 2010 pada 3:14 PTG

salam..

saya dtg dr blog Asmidar

sy dh berjaya buat..thnks alhamduliilah...mmg tiada jangkitan..(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AWAS BUAYA DILEPASKAN

22 September 2010 pada 3:30 PTG

thanx 4 sharing....tp sy punya xleh save la....kuar error....huhu...

22 September 2010 pada 7:39 PTG

@nabilah_2908
W'salam
Oooo.Alhamdulillah, selamat akhirnya.

@aanie
welcome.napa x leh save?mungkin ada yg tak kena kot.cuba buat betul2.

22 September 2010 pada 8:48 PTG

Assalamualaikum..,

Sebelum ni kerap juga "masuk" kat webmaster tool tapi tak perasan fungsi pengimbas malware utk laman web/blog...

Fungsi ni dah lama ada atau Google baru wujudkannya..?

22 September 2010 pada 10:39 PTG

Sy dah cuba & tiada malware pada blog sy.. terima kasih krn mewujudkan artikel seperti ini...

22 September 2010 pada 11:45 PTG

@Ahmad Zaki
W'salam...
Saya pun....entah la, tak perasan pulak sebab jarang2 masuk.

Alhamdulillah, selamat...

23 September 2010 pada 7:35 PG

kalo ada malware, camne pulak nk membuang nye??

Entry terbaru ahkak : Eleh, Pap Smear aje punnn (dengan Photo =D )

23 September 2010 pada 9:39 PG

@Miss Q.
Buang la url mana yg dikesan ada malware.

27 September 2010 pada 11:19 PG

ini virus sudah kacau saya punya blog ma.. tapi sudah settle. i da buang link ke innit.com dan settle. dah tak ada malware. virus ini sebenarnya dari innit.com. sesiapa yg mempunya link ke innit.com akan di kesan sebagai penyebar malware

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved