Contest Menang Duit Raya Sehingga RM200.

on Isnin, Ogos 30, 2010


Salam 20 Ramadhan...

Aku nak join contest lagi. Contest ni dianjurkan oleh Haru. Sungguh aku terharu pabila terjumpa contest yang Haru anjurkan kerana aku masih haru (dalam bahasa utara risau/bingung/tak tau nak buat apa dan yang semakna dengannya). Macam mana tak haru, malam ni aku rancang nak buat kuih raya tetiba bila blogwalking tadi terjumpa blog Nine. Baru aku teringat ada contest yang sedang berlangsung hingga lepas raya dan teringin nak join sebab syarat-syaratnya mudah tapi haru juga nak cipta slogan yang gempaq.

Contest ini hanya memerlukan anda melengkapkan slogan dengan cara paling kreatif.
Lengkapkan slogan di bawah dengan idea anda yang paling kreatif!

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana...........

hari lahir saya dan anak saya bakal tiba dalam bulan September ini. Jadi seperti tahun-tahun yang lepas, saya ingin menyambutnya bersama. Dari awal-awal lagi anak saya merengek-rengek mahukan kek yang ada lilin beserta topi berbentuk kon (macam dalam tv) walaupun usianya baru nak masuk 3 tahun. Jika saya memenangi duit raya tersebut, saya akan belikan hadiah istimewa untuknya, InsyaAllah.
Jom baca syarat-syarat pertandingan:

1) 1 blog 1 penyertaan . So, jika anda ada 100 blog anda bolehlah buat 100 penyertaan. Probability anda nak menang hadiah utama lagi tinggi. Hoho!

2) Tiada had patah perkataan untuk anda gunakan dalam contest ini. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda samada nak tulis slogan panjang mahupun pendek!

3) Subscribe emel anda di newsletter blog ini (boleh rujuk dekat popup bawah blog ini). Sebarang perpindahan/pertukaran syarat atau info terbaru tentang contest ini akan dhantar terus kepada yang subsribe emel. Lepas daftar please confirmkan emel anda dalam inbox. Jika tiada dalam inbox boleh check dekat spam.TQ. (DONE)

4) Contest ini terbahagi kepada dua-Idea Kreatif dan Blog Referral Terbanyak (akan detect mengguna Google analytics). So jika anda terpilih untuk idea kreatif dan referral terbanyak, anda akan memenangi lebih banyak duit raya daripada saya.hoho!

5) Contest ini terbuka untuk sesiapa sahaja. Walaupun anda adalah Chinese and Indian pon anda boleh masuk gak. Saya tidak racism!

6) Letakkan banner contest di blog anda (DONE)

7) Dan yang penting sekali, anda mempunyai blog! (MESTI LA....)

8) Kegagalan anda memenuhi kriteria di atas boleh menyebabkan anda tersingkir daripada memenangi hadiah ditawarkan! So kan lepas nie kot-kot ade yang hantar emel tak puas hati ke apa kan. hoho!
Juri Bersama:
Bro Isa (www.mohdisa.com)

Hantarkan penyertaan anda ke admin@cdiqlife.com atau hanya tinggalkan komen anda di bawah entry beliau beserta
Nama: (nama anda)
Url: (link contest anda di blog anda)

Penyertaan hendaklah dipostkan di blog masing-masing juga. Tarikh tutup pertandingan ini adalah 19/9/2010 iaitu seminggu selepas raya!

Kepada sesiapa yang dijangka bajet lari sempena raya nanti, cepat-cepatla join contest ni. Moga-moga dapat menampung kebocoran poket seluar dan baju melayu terutamanya yang ramai anak saudara. Pastinya tertunggu-tunggu sampul raya....
Ranking: 5

7 comments

30 Ogos 2010 pada 12:31 PG

mesti anak awk dapat sambut kek mcm dlm tv tu ..good luck..

30 Ogos 2010 pada 7:59 PG

macam best je..nak join jugak lah!!hakhakhak

30 Ogos 2010 pada 8:04 PG

rajin nyer ko masuk contest. gud luck :P

Tanpa Nama
30 Ogos 2010 pada 9:27 PTG

besday donha pun baru je lepas. bulan 6 haritu. hee.ada hadiah tak? roflt!

goodluck2!

31 Ogos 2010 pada 10:54 PTG

@LiFe KaMi
InsyaAllah....dah janji dah.

@lumut esoklusa
Jom la join...

@wachak
Boleh la sekadar memeriahkan suasana...thanks...

@Donha
Tunggu tahun depan pulak la...hehe.

1 September 2010 pada 12:18 PG

memang smart header tu :)

Terukkah Hidup Sebagai Seorang Blogger?

8 September 2010 pada 12:15 PTG

sama r ngan Yied, hari jadi Yied bulan Sep. gak...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved