Buffered Earning...Dimanakah Engkau???

on Khamis, Jun 17, 2010

Salam...

Ketika anda membaca entry ini, aku mungkin sudah tiada....... di rumahku. Aku sedang bercuti di Johor, nak bagitau destinasi sebenar pun, aku tak pasti lagi.


Dari minggu lepas setiap hari aku asyik check akaun nuffnang. Manalah tau ada rezeki untukku setelah dua minggu sebelum tu aku berusaha untuk naikkan trafik 100 ke atas. Selama dua minggu juga aku bersedih kerana impianku untuk dapat buffered earning tidak kesampaian.

Macam mana tak sedih, aku sudah berjanji untuk sama-sama berkongsi membayar bil streamyx setiap bulan. Kalau aku tak dapat, maknanya pendapatanku hanya cukup untuk membayar bil streamyx semata-mata.

Masa aku guna broadband versi siput, nak buka blog sendiri pun terpaksa tunggu lama. Masa tu bukan main bersemangat lagi nak pasang streamyx dan sanggup nak bayar bil. Macam-macam janji manis yang aku buat sebelum pasang. Sekarang aku perlu berusaha keras untuk menunaikan janji-janjiku itu.

Setiap pagi Isnin, aku tidak lupa untuk buka akaun tapi malangnya masih tiada lagi. Tetapi hari ini (15 Jun), Alhamdulillah, syukur sangat-sangat walaupun hanya dapat satu buffered earning.


Terima kasih pada pihak Nuffnang, Advertiser dan semua tetamu Teratak Usang yang sudi singgah di teratak yang tak seberapa ini. Segala jasa-jasa kalian amat aku hargai. InsyaAllah.
Ranking: 5

18 comments

17 Jun 2010 pada 9:40 PG

Tahniah2..
Teruskan usaha anda..!!!

17 Jun 2010 pada 10:24 PG

tahniah, mesti maxis bayar mahal ni

19 Jun 2010 pada 12:43 PTG

pelan-pelan...
ada rezeki ada la nanti tu :)

mungkin buleh bukak 1 blog lagi
berkaitan pancing memancing (teknik,
peralatan, aksesori dsb) minta abg kaki pancing tu jadi penulis.

bila blog kita ada sumbangan kpd pembaca, insyaAllah rezeki akn
dtg;)

sekadar pendapat atau cadangan.

19 Jun 2010 pada 2:23 PTG

kak iza,
ada tips tak nak dapat bffered earnings ni?
ana xpernah dapat lorr. :(

20 Jun 2010 pada 2:10 PG

tahniah!!
ni ada kat atas ni Mek Sis tu :)

20 Jun 2010 pada 11:43 PG

@RastaMat
Terima kasih, InsyaAllah...

@Sharinginfoz
Terima kasih...

@zaryl
Bagus cadangan tu tp tuan empunya diri kurang berminat berblog. dia lbh suka main game FB.

@♥ana j♥
Tips special x ada tp selalunya org kata bagi dapat UV dalam 100-200 ke atas 2 minggu berturut2. InsyaAllah, nanti dpt jgk.

@DaHLia
Terima kasih....

20 Jun 2010 pada 12:59 PTG

teroskan usaha..
jangan patah semangat.

20 Jun 2010 pada 1:00 PTG

Keep it up!

20 Jun 2010 pada 1:00 PTG

patience is virtue =)

20 Jun 2010 pada 2:53 PTG

buff sy baru je habis huhu harap2 dpt lg kalo nuff murah ht :)

20 Jun 2010 pada 8:17 PTG

main game je bila nak kaya?? huhu

21 Jun 2010 pada 8:19 PG

@saya_arief
Yeah, InsyaAllah...

@jfook
Ok, thanks...

@nuriz
Ya ka? InsyaAllah, nanti ada rezeki tu....

@zaryl
Entah le....

21 Jun 2010 pada 9:04 PG

tahniah!!!!
semoga lagi bnyak dtg mnjelma:)

21 Jun 2010 pada 9:09 PG

@mAsHiMaRo
Thanks....
InsyaAllah...

22 Jun 2010 pada 6:33 PTG

hoho dah dapat bufferd . congrats iza

27 Jun 2010 pada 2:24 PTG

@Melz
Thanks....

10 November 2010 pada 11:44 PTG

tak kisah lah dah 5 bulan punya entry pun, nak tanya jugak ni pasal baru je aktif tampal nuff dalam 3 minggu ni walaupun daftar sejak tahun 2007 lagi hehe...

nak tanya ada beza ke campaign, buffered dan metered earning? daku keliru huhu

11 November 2010 pada 10:57 PG

@etomyam
Ohooo.....memang ada bezanya la...boleh buat 1 entry ni kalau nk terang panjang lebar. Ringkaskan je ek.

Campaign tu-iklan sekali sekala dia keluar dan kdg2 dia tidur.Dibayar 15sen utk ahli biasa dan 25 sen utk gliterati(gelihati).Kalau tak ada org klik, duit tak masuk la.

Buffered earning plak khas utk status gelihati.Muncul sentiasa di blogkalau dapat BE ni, carilah sebanyak mungkin trafik ke blog.ada bonus ikut peratusan yg diberi.

Metered earning plak bila Buffered Earning dah tamat.bonus akan dimasukkan dlm pendapatan.

Kalau nak tau lebih lanjut, cuba buka akaun Nuffnang, ada diterangkan.di blog2 lain pun ada terangkan ttg benda ni lebih lanjut.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved