Penantianku Bakal Berakhir.

on Selasa, Mei 25, 2010

Salam…

Wahh....banyaknya sawang....Hari ini dah cukup satu minggu Teratak Usang penuh dengan sawang lelabah. Setiap hari selama satu minggu aku bersabar menanti abang-abang TM datang memasang srteamyx. Lama juga menunggu masa untuk pasang benda tu.


11 Mei 2010 aku mula daftar pakej blockbuster melalui online walaupun celcom broadband hanya nyawa-nyawa ikan. 21 Mei 2010, TM datang memasang line telefon. Esok baru nak datang pasang streamyx wifi pula. Fuhhhh….penatnya menunggu. 3 minggu, lama tuuu….tapi InsyaAllah, penantianku akan berakhir petang esok.

Sementara menunggu streamyx, sempat juga aku blogwalking dari blog ke blog. Mana yang ringan untuk loding, aku sempat tinggalkan jejak. Ada juga blog yang tidak boleh aku tinggalkan jejak. Ada shoutmix yang tidak keluar, ada yang terlindung dengan widget nuffnang dan macam-macam lagi. Kalau aku buka blog guna netbook, langsung tak boleh tinggalkan jejak terutamanya shoutmix yang tersorok di tepi blog. Jadi, blog yang aku tidak tinggalkan jejak, seperti biasa aku hanya jadi silent reader sahaja.

Ok, internet dah mula nak meragam pulak....bersambung ke episod berikutnya....hihi.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved