Hadiah..Hadiah..Hadiah..

on Jumaat, Mei 28, 2010

Salam…
Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni tapi memandangkan keadaan internet yang sedang nazak, aku tangguhkan dulu sehingga ke hari ini. Sekarang dengan Streamyx Blockbuster, aku boleh meneruskan hobi berblog.

Bulan Mei penuh dengan hadiah...Dari siapa dan untuk siapa?
Masa aku nak balik kampung 3 minggu lepas, aku sempat singgah jengok-jengok ke rumah lama di Kuarters TNB Teluk Intan. Ada surat pos laju, nasib baik singgah tengok jadi aku pun terus ke pejabat pos laju untuk menuntut barang yang dikirimkan kepadaku entah dari siapa. Jeng..jeng..jeng...

Rupa-rupanya hadiah yang dikirimkan dari hi!mama Enterprise sempena artikel ku yang terpilih dalam majalah Pa&Ma bulan Mei. Hadiah yang dikirimkan adalah 2 buah buku cerita kanak-kanak (Under The Sea dan Tell The Time) yang setiap satu berharga USD $15.95 dan sebuah buku bertajuk Ibu Bapa Bijak Anak Hebat. Betapa sukanya anakku dengan buku barunya itu.

Seminggu yang lepas, awal-awal lagi posmen datang ke rumah baruku pula. Ada lagi surat berdaftar. Siapa pula yang kirimkan? Ada lagi satu bungkusan. Rupa-rupanya dari sahabatku (orang Melanau) yang akan pulang negerinya iaitu Sarawak. Dia mengirimkan sarung Sarawak rupanya. Cantik…..terima kasih.

Ada lagi satu hadiah...
Hadiah untuk siapa pula? Hadiah untuk my hubby la sempena birthdaynya untuk tahun ini. Aku tempeh khas dari Satinni. Walaupun terlewat tapi ada juga hadiahnya. Kek pula mesti la dari Secret Recipe.InsyaAllah, aku tidak pernah dan tidak akan miss untuk memberikan hadiah utuknya setiap tahun. Terasa seronok pabila hadiah kita dihargai……
Ranking: 5

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved