Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Jom cuci mata di karnival kraftangan. Barang-barang yang ada semuanya dibuat menggunakan tangan dan ada juga dibuat dengan alat bantuan mesin dan sebagainya.
Perak terkenal dengan labu sayung. Pembat pembuatannya di Kuala Kangsar. Labu sayung yang dipasang pili ini bersaiz besar dan tinggi. Harga pun boleh tahan. Kalau ada rumah sendiri, nak juga angkut sebijik.
Kain songket tenunan dari Terengganu. Songket asli buatan tangan ini berharga antara RM400 ke RM600. Mampu bertanya harga je la sambil jamu mata.
Produk berasaskan rotan. Ada macam-macam paten kerusi, raga, bakul baby, katil baby, tudung saji, meja yang kesemuanya adalah rotan.
Ni kuda rotan untuk kanan-kanak. Kalau tak silap tengok, kuda ni berharga RM160. Ok la kan, bukan senang nak buat, rotan pulak tu.
Kerusi dan meja rotan
Kerusi malas. Zaman tok nenek dulu pernah juga merasa duduk atas kerusi ni.
Replika rumah kayu kampung. Sangat cantik dan halus buatannya. Siap ada langsir lagi tu. Replika rumah ni berharga RM700. Ada yang lagi besar harga RM900.
Ni telur seramik. Dalam tu boleh isi kerongsang, barang kemas atau barang-barang berharga yang kecil-kecil.
Kerongsang baju kebaya yang diperbuat dari gabungan suasa (agaknya la) dan batu.
Seramik dan ukiran kayu.
Produk rotan
Acuan kuih macam zaman mak-mak kita guna dulu. Sekarang ni lebih mudah jumpa bahan dari plastik.
Produk batik dan pelikat. Lembut sangat kemeja ni. Mungkin dari jenama Gajah duduk, Gajah berdiri atau Mangga.
Ada lagi produk kraftangan lain seperti kain telekung, perhiasan dari batu macam zamrut, mutiara dan sebagainya. Penduduk setempat dan sekitarnya boleh la terjah. Jangan lupa bawa ongkos banyak-banyak. Aku beli rotan je sebatang sebagai persediaan mengajar anak.
Berlangsung mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015 di dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini