Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Pernah gunakan maybank2u? Mesti la kan. Sekarang ni semua ada dihujung jari. Orang dah tak keluar rumah. Aku sendiri sebagai peniaga dan pengguna memang wajib ada akaun internet banking. Memudahkan semua urusan. Hanya di rumah, boleh bayar bil-bil, boleh shopping, boleh top up. Tak perlu nak keluar lagi.Bukan la tak perlu nak keluar langsung.
Maybank2u memang memudahkan. Tak perlu lagi nak ke bank untuk lakukan transaksi. Hari-hari aku memang kena buka maybank2u samada untuk check bayaran dari pelanggan ataupun aku sendiri nak beli barang. Tersilap ID atau password, masalah jadinya. Ni la yang terjadi. ID ku telah di lock. Tak dapat nak buat apa-apa melainkan minta pertolongan dari pihak maybank sendiri.
Malam tu, dengan segeranya aku call talian bebas tol maybank untuk buka semula ID tersebut. Banyak kali cuba tapi tak berjaya. Esoknya aku ambil keputusan untuk ke cawangan bank berdekatan. Maka angkut la anak-anak kecil bersama. Part yang paling tak suka, susah nak dapatkan parking tapi Alhamdulillah, ada rezeki.
Bagitau di kaunter masalahku, dia bagi borang, isi borang, ambik nombor dan tunggu. Kalau diingat-ingat balik, geramnya hati. Semua ni hanya buang masa aku saja. Bila nombor dipanggil, aku pun bagi borang, MyKad dan kad ATM. Kerani tu pun buat la apa-apa yang patut, taip-taip, print, taip-taip, print, siap ambik cap jari aku lagi, masukkan pin baru dan sebagainya. Bila dah selesai, katanya dah ok, boleh login, aktifkan dan guna seperti biasa. Aku betul-betul rasa tertipu. Nak tau kenapa?
Sebaik sahaja aku sampai rumah, aku terus on lappy dan buat seperti yang disuruh. Banyak kali cuba tapi tak berjaya. Masih lock. Akhirnya aku call talian bebas tol untuk pertanyaan. Aku pun bagitau masalah aku dari A sampai Z. Kerani atau operator tu bagitau aku, apa pun yang terjadi hanya mereka sahaja yang boleh selesaikan masalah tu. Tak ada gunanya kalau ke cawangan maybank pun. Mereka tak ada kuasa untuk buka ID yang di lock. Mereka pun perlu call talian tersebut untuk buka ID yang di lock.
Apa korang rasa? Geramnya hati. Buat kerja sia-sia, bazir masa aku yang sangat berharga. Habiskan minyak kereta ke bank yang jauh, kena tawaf banyak kali demi mencari tempat parking, gendong anak-anak kecik lagi, tunggu giliran nombor lagi. Dengan anak-anak lapar lagi. Rasa macam diri diperbodohkan. Kenapa kerani yang jaga kaunter depan tu tak bagi tau hal ni? Dia pun buta juga ka? Kalau kerani di kaunter tak bagitau, kenapa kerani yang uruskan di kaunter dalam pun tak bagitau prosedur tu? bodoh dan buta jugak ke?
Sabar...sabar...jangan marah-marah. Tapi hati tetap geram. Korang yang dah baca benda ni, kalau terjadi peristiwa ID di lock, tak perlu la nak bersusah payah ke bank. Call je talian bebas tol tang tertera dalam web maybank. Mudah, senang dan jimat masa. Dalam hanya beberapa minit, dah boleh login semula.
Itu sahaja luahan aku bagi melepaskan geram yang terpendam semalam..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini