Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sudah lama tak post tentang Wordless Wednesday.
Cardigan ini order dari pelanggan dari Pulau Pinang. Alhamdulillah, dah siap sepenuhnya. Cardigan ini sesuai dipakai bayi berumur 5 bulan dan ke atas.
Warna cardigan adalah pilihan pelanggan itu sendiri. Aku ambil masa lebih kurang 3 hari untuk siapkan sepenuhnya cardigan ini jika tiada apa-apa halangan dan stitch yang digunakan adalah stitch yang mudah.
Senang kait, cepat la siap. Kalau stitch yang rumit, mungkin ambil masa dalam seminggu atau lebih. Juga bergantung pada kelapangan masa.
Sebelum berpindah rumah, memang aku ada banyak masa ketika menunggu anak keluar sekolah. Jadi, aku gunakan masa itu sebaik-baiknya. Kalau balik rumah, banyak kerja rumah yang perlu diuruskan. Waktu malam memang susah nak mengait.
Kalau aku tak tidur, anak-anak pun tak nak tidur. Terpaksa la tidur awal setiap malam. Syukur, Alhamdulillah. Ada juga rezeki sampingan untukku.
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Circle Bolero Untuk Kanak-kanak.
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek Circle Bolero atau Cardigan bentuk bulat ini sudah lama siap. Cuma terpaksa ditunda kerana ketiadaan internet.
Circle Bolero ini meng ... readmore
Set Kelengkapan Bayi
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek seterusnya adalah set kelengkapan bayi. Kepada ibu-ibu atau bakal ibu, tak lupa juga pada bapa-bapa atau bakal bapa, anda boleh memilih at ... readmore
South Bay Shawlette
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sekali lagi CAL (Crochet A-Long) sedang berlangsung dan bakal berakhir pada 3 November ini. Projek kali ini adalah Shawl atau selendang. Setiap p ... readmore
Rose Garden Tote Bag
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sudah lebih seminggu aku bertungkus-lumus menyiapkan Rose Garden Tote Bag ni. Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku menyertai Contest CA ... readmore
Watermelon Backpack
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek seterusnya adalah beg galas belakang atau lebih dikenali sebagai backpack. Kali ini, backpack bertemakan tembikai.
Mesti ramai yang suk ... readmore
11 comments
Tiadalah wordless sangat, still artikel ni. hehe
Hari ni memang tak ada wordless..hehe..
Cantik.. Nk tgk dewasa punya blh?
Cardigan dewasa belum buat lagi. Saya tunggu benang cotton dari Indonesia. Mungkin 2 minggu lagi sampai InsyaAllah. Dah sampai baru boleh kait dan mungkin akan ambil masa yang lama untuk siapkan sebab besar nak kait.
salam singgah iza... lama betul tak jengah sini.
cantiknya cardigan baby tu. dari hobi boleh jadi sumber pendapatan kan. bagus sgt2 tu!
Salam singgah Izan.saya pun dah lama tak ke sana.
Terima kasih. Alhamdulillah, boleh juga cari rezeki sikit-sikit..
wah..cantik..untuk dewasa ada ke..
Terima kasih.
tak ada lagi tempahan untuk dewasa tapi InsyaAllah ada juga perancangan untuk kait sweater atau cardigan wanita. Tengah tunggu benang cotton dari Indonesia..
Cantik cardigan yang dihasilkan.
terima kasih..
Memang cantik dan kreatif. Rajin pulak tu.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini