Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kacang Pistachio atau Kacang Cerdik.
Ramai yang suka makan kacang cerdik ni, harganya pun boleh tahan jugak. Aku tertanya-tanya jugak dulu mengapa dipanggil kacang cerdik. Kata mamaku, menurut kata orang tua-tua dahulu, kacang ini berasal dari Timur Tengah. Tiap kali orang pergi buat Haji, kacang ini lah yang selalu dibeli selain kismis, kurma, aprikot, air zam zam dan sebagainya. Masa di Makkah, kacang ini tertutup rapat, tapi apabila dibawa balik ke Malaysia, kulitnya terbuka. Sebab itu lah dipanggil Kacang Cerdik.
Khasiat Pistachio.
Kacang Pistachio mempunya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.
Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.
Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal. - http://ezrysamad.webnode.com/news/kacang-pistachio
Harga Kacang Cerdik
Harga standard kacang cerdik 1kg adalah RM50. Masa aku jadi jurujual (tahun 2001) di Pekan Rabu Alor Setar dulu, kalau tak silap aku sekilo RM30. Aku dah terlupa berapa harga terbaru kacang tu. Mahal juga, semahal khasiat dan kesedapannya.
Kalau ada sikit-sikit memang tak cukup nak makan. Kacang cerdik ni apabila disimpan lama-lama memang tak seronok nak mengunyah tambah-tambah kalau dah masuk angin. Cara penyimpanannya haruslah dalam bekas kedap udara bagi menjamin kelazatannya.
23 comments
kalau beli kacang ni sikit2 memang berebut lah makan dengan anak2 , sedap
kacang ni sedap di makan kalau masin masin sikit..
Saya suka makan kacang ini cuma ia agak mahal sedikit. Sekali sekala boleh lah. Kalau hari-hari mahu kopak duit. :-)
Memang sedap dan mahal he3.. - kenapa yer kulit terbuka bila sampai Msia?
tpi kan kak iza, kalau makan banyak-2 tak jerawat ke ? hhaa..takut la ada jerawat ..
:P
lazaac selalu jgak mkn kacang ni... harga dalam RM3 lebih..
@SP (spudinpunya)
Tak tau la pulak sebab tak pernah merasa naik jerawat lagi..
@Lazaac [ Dot ] Com
Ya ka? berapa gram tu?
@azman
Entah la, jauh perjalanan kot.
Dirumah sentiasa ada sekilo kacang pistachio setiap bulan..
disini murah dear.. sekilo Ringgit Brunei 11 - 14..
mungkin kalo nk murah kene bli byk..
kacang cerdik namanya,,,kulit keras.
Dulu penggemar Pistachio kerana begitu taksub dengan keyword "cerdik" - berharap sangat jadi genius setelah memakannya. Tapi disebabkan harganya yang boleh kata mahal, saya stop. Sekarang ni makan kacang cap tangan menglembu. ;)
memang jarang jumpa kacang ni kecuali dari pemberian orang yang balik dari Mekah..
saya suka makan kacang Senzu je :D
Sedang melatih anak-anak makan kacang ni, replacement of jajan & gula-gula
Salam.
Suka gajus. Dan almnod. Tapi, mahal bebenor. Sesekali boleh la nak makan. Kacang cerdik ni, tak berapa nak minat pulak.
Selalu beli kat kedai runcit je jenis apa benda ntah hahahahah murah pun murah :)
@.........cP~
W'salam.
Gajus dan Almond memang sedap. Tak tolak juga kalau ada.hehe..
@Nazri
Bagus tu, bukan senang kanak2 nak suka kacang termasuk anak saya.
sempat juga makan kacang cerdik ni minggu lepas
sedap rasanya
pertama kali saya tahu nama kacang ni kacang cerdik
sgt sedap makan..tp mengenangkan harganya yg agak menarik..terpaksa dipendamkan sahaja..skali skala ok la..
ngan nyin pun ok gak :D
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini