Abang Ensem Di Mata Aku.

on Khamis, Jun 07, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Rata-rata blog dok cerita tentang Abang Ensem..Abang Ensem.Abang Ensem a.k.a Meor Zaidee (AE). Apa ke halnya ni? Tiba-tiba je Abang Ensem ter"over" glamour ni. Tak percaya? Cuba terjah blog beberapa orang blogger termasuk selebriti terkenal, Abang Zarul Umbrella, Denaihati dan Bro Azman. Semuanya dok mengutuk memuji AE.
Bukan itu sahaja. Blog lain pun ada menyebut-nyebut tentang Abang Ensem seperti blog Bro Framstone, Eyriqazz dan Teratak Karmo. Bila dah ramai sangat up date tentang AE, aku pun nak tau jugak ada apa dengan AE. Mungkin aku terlepas pandang up date dari bloglistku tentang AE. Patut la ramai sangat yang menyebut nama AE. Tersedak mamat perasan handsome tu nanti.

Serba sedikit yang aku tahu tentang Abang Ensem.

Beliau berasal dari Hilir Perak, graduan Pemasaran, berkecimpung dalam bidang hartanah dan mempunyai misai sedikit lebat dari GTO. Menghasilkan 4 buah e-book iaitu Tip Mudah Lulus Pinjaman, Caraku, Tip dan Panduan Membeli Rumah Terpakai dan Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar.

Siapa Abang Ensem Di mata Aku?

Mula-mula aku kenal AE dari blog Ariff Shah yang menceritakan tentang e-book Hartanah. Singgah di blog Bro Framstone, ada muka AE. Mula dari tu, terus aku bloglist kan url blog AE. Sesekali aku terjah juga blog AE jika berkesempatan. Setiap kali aku terjah, pasti aku akan tinggalkan komen di blog beliau.

Walaupun aku sekarang tinggal di daerah kelahiran beliau, rasanya AE tak pernah datang ke blog aku, jauh sekali untuk tinggalkan komen di sini (mood sedih). Kadang kala aku buat andaian sendiri, ada positif dan ada yang negatif. Mungkin blog aku hanya blog picisan yang berada di pinggiran, usang pulak tu. Memang AE tak pandang la. Mungkin juga dia sibuk atau mungkin juga entri yang aku tulis langsung tak menarik untuk dibaca. Maka terpaksalah aku pujuk hati sendiri....

Nak cerita lebih-lebih tentang AE ni tak boleh sebab tak pernah jumpa. Hanya aku je yang singgah di blog beliau. Kenal pun hanya melalui blog dan dari pembacaan di blog lain tentang karektor beliau. Kalau tengok gambar Abang Ensem dan kerjayanya, aku rasa dia seorang yang bermotivasi tinggi, punyai semangat yang tinggi dan mungkin juga seorang yang kelakar.

Sebagai seorang fasilitator atau pemudahcara (boleh ke panggil Fasilitator?), penceramah memang kena pandai tackle pendengar melalui pengucapannya. Kalau tidak, jenuh la pendengar menguap dan mungkin ada yang tertidur dalam bilik seminar nanti kalau cara penyampaian penceramah tu membosankan. Silap-silap nanti ada yang duduk di depan sekali seksa mata semata-mata nak ambik hati penceramah, gara-gara mengantuk punya pasal.

Fasilitator adalah seorang manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa, mempunyai wawasan yang tinggi serta jiwa yang kukuh dengan pegangan hidup yang jelas. Setiap kata-kata mereka akan dipenuhi dengan nasihat dan peringatan berguna buat mereka yang mendengar- IQ Class Management.

Aku karang panjang-panjang ni, Abang Ensem nak baca ke? Harap-harap dia sudi menjejak dan berteduh di Teratak Usang buat seketika. Buat pembaca budiman, tolong like entri ini di fanpage abangensem.com di Facebook (30%). Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.






Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

51 comments

6 Jun 2012 pada 11:12 PTG

harap2 dia akan meninggalkan komen kat blog awak ni..toksah sedih2 yer hehehe,nnt saya bg tau kat dia

6 Jun 2012 pada 11:24 PTG

mmg glamer abg ensem ni..pergi mana2 pun blogger cite psl dia..hehe

6 Jun 2012 pada 11:47 PTG

@Zarul Umbrella
Harap2 begitu la..huk..huk..huk..(lagi sedih bila kena pujuk - hehe..) Terima kasih bro.

6 Jun 2012 pada 11:47 PTG

@CIK TOM
Haa..kan?

7 Jun 2012 pada 12:02 PG

Sangat menarik entri tentang AE ini,
Moga Kak Iza boleh berjaya,
Tak dapat saguhati nombor satu pun jadi,
Pasti AE ambil perhatian bila membacanya.

7 Jun 2012 pada 12:35 PG

sorang lagi peserta pertandingan dari blog abanghensem. :)

hensem ker ? haha

7 Jun 2012 pada 1:26 PG

owh tahniah..masuk juga yer...bagi sokongan kan..

7 Jun 2012 pada 1:42 PG

Good luck iza. Jgn sdh2, kat blog sya ada kot rasanya 1 kali ae tingglkn komen. Mayb ae buat lwtn bls sbb tinglkn komen kt blog dia. Ae bz la tu. Nant sampailah giliran iza.

7 Jun 2012 pada 2:08 PG

salam..
ha ha..susah jadi orang hensem nih
ramai sangat yang nak riview :)
good luck Sis :)

7 Jun 2012 pada 7:25 PG

ramai jugak join contest blogger femes nie,,

7 Jun 2012 pada 8:02 PG

Hahaha.. Saya malu nak tinggalkan jejak kat blog awek takut ramai yang terpikat nanti. Pape pun kalau jumpa kat Hilir Perak tu, jangan lupa tegur saya kecuali kalau saya tengah date ngan fomfuan lain. Anyway TQ for joining.

7 Jun 2012 pada 10:01 PG

salam;
moga berjaya dan sukses dalam segmen yang disertai...

7 Jun 2012 pada 10:16 PG

moga kak Iza berjaya ye ..haha ..kita sama tapi tak serupa :P

7 Jun 2012 pada 10:25 PG

Wish u luck dear...

7 Jun 2012 pada 12:22 PTG

memang ramai yang memperkatakan tentang abang ensem sekarang ni..hehehe..

glamer mengalahkan retis dah..

7 Jun 2012 pada 3:20 PTG

ramai gak bloger tak kenal depan2 sllu jumpa kt maya hee,tu ok gak..ni dh macam kwn2 rapat lagi bila masing2 klr masuk blh rakan2 yg lain

7 Jun 2012 pada 3:21 PTG

semoga berjaya utk kak iza...ada juga beberapa org blogeer dh karang entri ini.cayalah...ternyata byk sungguh saigan nak joint serta timba pengalaman dlm satu2 contest

7 Jun 2012 pada 3:34 PTG

@abang ensem
Tu dia... power komen abang ensem tu...

7 Jun 2012 pada 4:09 PTG

@sensasi2020.blogspot.com

Jom cuba try test,
kot2 dapat income lebat,
Ramai sangat yg joint contest,
No 1 pasti jatuh pada blogger hebat.

7 Jun 2012 pada 4:10 PTG

@paan
Cuba nasib.

7 Jun 2012 pada 4:11 PTG

@azman
Yup..sekurang2nya ada juga entri yang nak di post untuk hari ini..hehe.

7 Jun 2012 pada 4:11 PTG

@sya isya
Terima kasih.
Ya ka? harap2 macam tu la.

7 Jun 2012 pada 4:12 PTG

@Zulkbo zulkboCom
W'salam.
Thanks..

7 Jun 2012 pada 4:12 PTG

@hatiputera
Ya la..

7 Jun 2012 pada 4:14 PTG

@abang ensem
Pulakkk...
Don't worry, awek2 kat luar sana semuanya dah berpunya..hehe..
InsyaAllah.

7 Jun 2012 pada 4:14 PTG

@yusuflaili(Goku)
W'salam.
Terima kasih.

7 Jun 2012 pada 4:15 PTG
7 Jun 2012 pada 4:15 PTG
7 Jun 2012 pada 4:16 PTG

@pipoq
Ya, yang tak minat hartanah pun boleh jadi minat.

7 Jun 2012 pada 4:16 PTG

@suri
Betul tu..

7 Jun 2012 pada 4:17 PTG

@suri
Terima kasih.
Suri bila lagi nak publish? dah karang ke?

7 Jun 2012 pada 7:07 PTG

wahhhh iza pun terpedaya juga yer untuk menulis tentang abang ensem...hihi...

7 Jun 2012 pada 7:44 PTG

@sweetkurma
Terpedaya untuk networking takpe kot..hehe..

7 Jun 2012 pada 8:13 PTG

jgn sedih2..nnt die dtg la tu..hehe

7 Jun 2012 pada 8:50 PTG

Good luck kak, Myra pun terperasan jugak beberapa blogger dok sebut pasal AE sebelum ni, rupa2nya ada contest..

Nanti abes final nak join la ;)

7 Jun 2012 pada 10:30 PTG

Salam,
aku pun dapat tahu pasal abang ensem tu dari promosi blog lain juga..
selamat berjaya untuk contest ni

7 Jun 2012 pada 11:21 PTG

ape kes ni iza? ada contest ke..???

8 Jun 2012 pada 10:34 PG

@Iza Teratak Usangchaiyok-3 kak iza :D

8 Jun 2012 pada 11:31 PG

@SP (spudinpunya)
hahaha...kalah awai lag,
tak ada orang nak undi kat FB.

8 Jun 2012 pada 11:32 PG

@yastro
Contest la, apa lagi...jom

8 Jun 2012 pada 11:32 PG

@kulanzsalleh
W'salam.
Terima kasih.
jom la meriahkan kontest ni..

8 Jun 2012 pada 11:33 PG

@Myra Jay
Elok la tu, jom ramai2 kita join.

8 Jun 2012 pada 11:33 PG

@jebengotai
Dah datang pun..

8 Jun 2012 pada 12:28 PTG

@abang ensemhahahah...sekali abg encem komen, mmg power! hehe

8 Jun 2012 pada 12:28 PTG

Semoga berjaya yer Iza.


jgn sedih2...haaaa.tgk, abg encem dah singgah dah... :D

8 Jun 2012 pada 2:47 PTG

@hafizmd
Terima kasih..
hehe..tu la, dah tak sedih dah..

8 Jun 2012 pada 2:49 PTG

@hafizmd
Pertama kali komen di sini,
harap2 bukan yang terakhir..

9 Jun 2012 pada 11:57 PTG

Sori lambat untuk yang ini. Semoga berjaya yea. Abang Ensem pun dah jengah tu ok le

13 Jun 2012 pada 12:54 PG

Saya baru sahaja menyertai contest ini walaupun agak lewat.

13 Jun 2012 pada 10:38 PG

@akubiomed
Sempat jugak join kan..
Moga berjaya.

13 Jun 2012 pada 10:38 PG

@EmpayarUtama
Terima kasih,
A'a, dia dah datang..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved