Rekabentuk Locker Masa Kini.

on Rabu, Disember 22, 2010

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Lockers merupakan suatu tempat untuk menyimpan dokumen, baju, barang-barang kecil dan berharga. Pastinya ramai yang mengenali dan biasa menggunakan locker. Lazimnya locker digunakan di pejabat-pejabat, bank, sekolah, asrama, kilang-kilang untuk kegunaan para pekerja, gym atau tempat rekreasi berbayar. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk seperti wood lockers, aluminium lockers, plastic laminate lockers, kids locker, school lockers, storage lockers, sport lockers, gym lockers, locker room dan sebagainya.

Google
Pada zaman dahulu, locker besi yang dicipta terlalu kukuh hingga sukar untuk dimasuki sebarang jenis serangga, air, cahaya matahari atau pelbagai unsur yang dapat merosakkan barangan di dalamnya malah sukar juga untuk membukanya kerana mempunyai cara tertentu untuk membuka lockers dan tidak semua orang tahu cara untuk membukanya melainkan orang tertentu sahaja.

Terdapat pelbagai cara untuk membuka locker. Antaranya ialah menggunakan pin numbers atau menggunakan kunci. Locker yang kukuh pernah aku lihat adalah warisan daripada moyang ku dahulu iaitu locker besi setinggi 5 kaki dan terlalu berat. Sukar untuk mengubah kedudukannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau orang nak curi pun, memerlukan lima hingga enam orang untuk mengusungnya. Cara untuk membukanya adalah menggunakan kunci 3 serangkai dan dengan teknik tertentu. Satu tempat ditetakkan manga besar. Lubang kunci juga ditutup agar tidak kelihatan. Locker itu digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen-dokumen penting sahaja. Masih ada hingga kini di rumah Tok Wan tetapi sudah lama aku tidak masuk ke dalam rumahnya kerana terasa amat menyeramkan. Rumah Tok Wan ku besar setinggi 2 tingkat tetapi sudah terlalu uzur tanpa penjagaan dan dibelakangnya ada hutan tebal. Aku bimbang juga akan keselamatan sekiranya dalam rumahnya menjadi sarang segala jenis ular berbisa. Di bahagian atasnya juga sudah mulai reput.

Kini, locker telah digunakan secara meluas walaupun locker sekarang tidak sekukuh locker dahulu. Ciptaan locker telah mengikut peredaran zaman dengan jenis yang ringan dan mudah di bawa. Bagi yang ingin membeli locker, terdapat ciri-ciri yang boleh dilihat seperti kualiti, harga, saiz dan jenis. Locker yang berkualiti tinggi lazimnya diletakkan harga yang sedikit tinggi dari dari yang lainnya. Harga sesebuah lockers juga ditentukan dari segi saiznya dan jenisnya samada besi, kayu biasa atau yang berkualiti tinggi.

Jika anda berhajat untuk memiliki locker, pelbagai jenis locker boleh didapati di MoreLockers.com dengan harga murah. Lockers for sale. MoreLockers.com merupakan pakar bagi menghasilkan lockers yang terbaru, gaya terkini dan warna yang menarik untuk pelanggan. Mereka juga akan membantu dan memehuhi setiap kehendak dan citarasa pelanggan. MoreLockers.com juga menerima tempahan melalui online.

Penggunaan locker sekarang sudah sebati dalam diri masyarakat sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan dokumen-dokumen dan pelbagai barangan penting. Buatlah pilihan yang bijak bagi memiliki produk tersebut. Jangan lupa kunjungi website MoreLockers.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai locker.
Ranking: 5

12 comments

22 Disember 2010 pada 3:40 PTG

salam..
saya pernah guna locker
masa zaman kerja di Isetan
sekitar 20 tahun dulu..
best juga bila ada locker
begitu..

22 Disember 2010 pada 3:53 PTG

Locker masa dulu memang kukuh tak seperti locker zaman sekarang. Kalau dibuat terlalu kukuh hingga bertahan bertahun-tahun, maka dalam jangka panjang hanya sekali kita beli locker dan ini tidak menguntungkan pengeluar, pengedar dan tokey kedai.

22 Disember 2010 pada 3:58 PTG

X ingat bila kali terakhir aku guna locker. Zaman sekolah dulu tahun 90-an ada la kut.

Skrg, byk fail dah x simpan guna locker. Semua guna pc/notebook dah. PAstu ada software plak untuk lock folder. Konsep sama tapi digitized.

22 Disember 2010 pada 4:48 PTG

@zulkbo
Salam...
Hmmm, bagus jgk kan. Ada jgk tempat utk simpan barang.

@ardzham
Betul jgk tu. Patutla barang skrg kurang berkualiti berbanding produk dulu. Ini pun merupakan strategi perniagaan jgk ni...

@Anwar Osman.
Mgkin locker skrg org dah tak simpan file macam dulu2 TETAPI kalau dokumen penting seperti geran tanah, geran kenderaan, surat mati dan segala sijil perlu jgk disimpan dalam locker kan. Benda2 tu mana boleh bawak masuk dalam pc/notebook, melainkan di scan.

22 Disember 2010 pada 11:20 PTG

salam..
sejak bila pakai nama
blog "hidup seorang blogger"
peka..saya suka ..sama lah kita
nak test setakat mana jalan erk?

22 Disember 2010 pada 11:47 PTG

locker zaman duduk asrama dulu selalu pecah, pasal kes lupa dan hilang kunci hehe

Tanpa Nama
23 Disember 2010 pada 12:13 PG

rumah usang tepi hutan...emm boleh panggil uncle seekers tu..tak pun mamat khalid..hehe..
sori kak Iza..ke situ pulak aku dok terpikir... :)

23 Disember 2010 pada 10:37 PG

bro time dok asrama dulu zman berlajar mmg pakai locker cam nie...

n teringat lagi loker bro kat Majlis Sukan Negeri dulu

he..23x rindu sangat

23 Disember 2010 pada 10:42 PG

Sekolah orang putih ada loker cam ni.

23 Disember 2010 pada 5:38 PTG

@zulkbo
W'salam...
Sejak masuk contest "HIDUP SEORANG BLOGGER" la.hehe...

@etomyam
Nakal betul sampai blh hilang kunci...Biasa la kan, benda nk jadi, kita pun tak minta nk jadi mcm tu...

@abgreds
Jauhnya mengelamun...hehe.
uncle seekers sibuk dgn kes dia...

@Bro Framestone
Mengimbau kenangan lalu...

@Ali ridha.
Ya ka?
ni bekas student nya ka?hehe..

23 Disember 2010 pada 9:36 PTG

Kebiasaannya tempat bekerja yg ramai pekerja baru ada locker ni. teringat zaman bekerja di Metrojaya Bukit Bintang. dekat belakang pintu locker wa letakkan lukisan tangan seorang wanita menggunakan pensil 2B. Jgn tanya wajah siapakan yg wa lukis itu :)

23 Disember 2010 pada 10:08 PTG

@wachak
Baru je aku nak tanya,ko dah pesan jgn tanya.. :(

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved