Perhitungan Telah Berlalu.

on Khamis, Julai 29, 2010

Salam...

Masa aku tengah blogwalking pagi kelmarin, tetiba ada seorang mak cik ni datang rumah jiran sebelah rumah. Punya la lama makcik ni panggil, tak keluar-keluar juga. Mungkin uncle sebelah ni tidur kot. Akhirnya aku yang keluar. Jadi, aku adalah sasaran pertamanya.


Tengok gaya makcik ni berpakaian mirip macam polis bantuan. Gaya macam UPP pun ada. Tapi aku tak seludup apa-apa. Tahun ni tak sempat pun nak order mercun merdeka. Mana pernah ada UPP masuk taman. Sebenarnya Makcik ni bukan datang mengutip hutang, bukan juga menjual barang. Makcik ni datang membawa borang.

Ooo...rupanya Pegawai Pembanci. Sebelum ni, my hubby dah pesan. Kalau ada orang tak dikenali datang, jangan buka pintu. Mungkin ditujukan untuk lelaki la kot. Oleh kerana makcik ni perempuan, aku jemput la masuk dalam rumah dan dilayan sebagai tetamu.

Selesai sahaja sesi temubual, sempat juga makcik ni promote produk dia. Kiranya 2 in 1 la ni. Nasib baik aku senyum je. Kalau aku pun promote business aku pulak, tak jadi kerja la makcik ni meneruskan perhitungan.

Mengikut kata makcik ni, rumah Melayu senang sikit bagi kerjasama. Kaum selain Melayu kadang-kadang susah nak dapatkan maklumat lengkap, tak nak buka pintu, yang menyorok senyap-senyap dalam rumah pun ada. Luahan perasaan la pulak. Tapi InsyaAllah, jiran-jiran aku ni (India) baik-baik belaka. Siap tunggu lagi kat dalam rumah dia....



Pada sesiapa yang belum dihitung, tunggu la sedikit masa lagi. InsyaAllah, Pegawai Pembanci akan datang ke rumah anda. Bagilah kerjasama yang sewajarnya. Seperti yang aku tahu, ada 3 cara untuk membanci penduduk iaitu berjalan dari rumah ke rumah, melalui online dan mengedarkan borang banci untuk di isi sendiri oleh penduduk. Soalan yang di tanya seperti butir-butir peribadi, pendapatan, peralatan dan harta yang dimiliki seperti rumah kediaman.

Kesian aku tengok Pegawai-pegawai Pembanci ni. Dah la nak kena pergi ke setiap pelusuk dan cerok tempat. Kadang-kadang dikejar anjing garang dan kadang-kadang tak dilayan dengan baik. Sebelum makcik ni balik, sempat la aku ambil gambar dia sikit. Glamour la boleh masuk dalam blog. Makcik ni kata, "nape tak bagitau awal-awal, boleh awak (saya dalam loghat Perak) posing elok-elok sikit.

Ranking: 5

12 comments

29 Julai 2010 pada 9:24 PG

Hahaha,sempat jugak akak iza ambik gambar makcik ni, ya kita mesti sokong semua pegawai pembanci tu, yalah diaorang bukan nak menyibuk hal kita, diaorang cuma melakukan tugas masing-masing. ;)

29 Julai 2010 pada 11:09 PG

@Kimie Hashim
A'a...nasib baik sempat, blh buat n3 segera...hehe.

29 Julai 2010 pada 11:38 PG

salam..
ermmm..selamat di banci lah..
peramah la pulak anda ni yek?
kalau cenggitu jenuh mak cik tu
nak minum setiap rumah dia sampai
he he..

29 Julai 2010 pada 1:22 PTG

Haritu pembanci ada datang kedai , tapi dia datang masa tengah sibuk . Tak dapat layan dia sangat

29 Julai 2010 pada 5:36 PTG

huhu..saye xtau la ade org banci kat umah ke x..hehe...

29 Julai 2010 pada 11:06 PTG

wa ingat per lah menda nyer yg nk
dihitung. rupa nyer banci. wa dari
dulu lagi x pernah pun kena banci.
~ wa rasa cam pilihanraya nak sampei dah :)

29 Julai 2010 pada 11:31 PTG

salam...
Ye begitulah hakikatnya tugas sebagai pegawai pembanci.... teringat zaman saya jadi agen pembanci dikg dahulu... apa2 pun mesti membuat tugas dengar penuh kesabaran...

30 Julai 2010 pada 3:49 PTG

@zulkbo
W'salam...
Sebenarnya saya pendiam tp akan jadi peramah bila jumpa orang yg ramah.Kalau jumpa org pendiam pun, saya kena ramah jgk, sunyi la kalau dua2 diam...hehe..

@touya
Oooo, businessman+blogger rupanya. Tak payah ke rumah la kalau dah singgah di kedai kn.

@att
Mesti ada punya la ataupun belum sampai turn lg.

@wachak
Ni mesti kes ko nyorok time pembanci datang kan...Jadi setiap tahun kuranglah jumlah penduduk kat Malaysia ni gara2 ko sembunyi...

@Wanzie
W'salam...
Oooo...x-pegawai pembanci la ni...saya pun ada ambil borang dulu tapi takut pulak nk isi. Kalau lelaki lain la....

31 Julai 2010 pada 8:51 PTG

tak juga , sebab yang kedai diorang cuma banci perniagaan bukan banci penduduk

31 Julai 2010 pada 9:06 PTG

@touya
Oooo....ada jgk banci perniagaan rupanya. Baru pertama kali dgr ni...

1 Ogos 2010 pada 10:08 PTG

Memang kesian dekat diorang ni sebenarnya.. macam-macam cabaran diorang kena hadapi..

2 Ogos 2010 pada 8:02 PG

@kulanz
Ya la, kes terbaru pegawai pembanci diacu dgn mata pedang. Gadai nyawa jgk la jawatan ni menghadapi kerenah penduduk yang tak mau bg kerjasama.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved