Ku Mengatur Langkah Seribu...

on Rabu, Mei 12, 2010

Salam.

Dua tiga hari lepas aku dah berangan-angan nak keluar jogging pagi-pagi dan waktu petang. Namun niatku asyik terbatal sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Bila dah siap nak sarung kasut tiba-tiba hujan turun, begitu la setiap hari selama dua hari berturut-turut. Aku tak boleh jogging kat luar jadi aku blogjog je la.

Pagi ni cuaca cerah, Alhamdulillah. Semangatku masih ada untuk bersenam. Cemburu jugak tengok aunty-aunty Cina yang dah tua-tua tu bersenam walaupun hanya keliling taman. Risau juga takut gemuk walaupun beratku baru mencapai 46kg (gembira juga dalam hati sebab berjaya menaikkan berat, bukan senang oooo nak naik berat!)

Oleh kerana anak manjaku (2 tahun 7 bulan) tiada di rumah buat masa ini( First time dia ikut Tok ayahnya balik kampung minggu lepas dan aku teramat rindu padanya....), bolehlah aku nak menjalankan misi berjogging pagi dan petang.

Hari ini seawal 7.15 pagi, setelah aku siapkan kelengkapan my hubby untuk ke tempat kerja, lepas cium tangan dan minta izin, aku pun mula keluar rumah. Semangat ni....
Aku pun mula la berjogging. Sedang aku berjogging, terbayang nasi lemak (belum pun lemak terbakar, dah terbayang untuk tambah kalori) kat depan kedai depan taman yang aku tinggal ni. Aku pun terus ambil jalan shotcut yang tak pernah aku lalu sebelum ni. Sampai sekerat jalan, aku jumpa 3 ekor anjing besar-besar yang sedap bersantai kat depan pagar rumah.

Peluhku mula menitik-nitik, jantung dah berdebar-debar, aku mula berjalan perlahan-lahan dan berdoa dalam hati "jangan la kejar aku, jangan la kejar aku, jangan la kejar aku......dan seterusnya". Bila ku toleh ke belakang, Alhamdulillah, diam je anjing 3 ekor tu ek.


Aku teruskan berjalan, tiba-tiba entah dari mana pulak munculnya si anak anjing ni. Dia kejar aku walaupun aku tidak berlari. Macam anak kucing yang suka main kejar-kejar tu....Aku pun apa lagi, tanpa buang masa aku terus berlari sekuat-kuat hati aku (aku bukan lagi berjogging) dengan mengatur langkah seribu tanpa rasa malu.

Habis budak-budak Tabika India kat situ gelakkan aku yang ketakutan dikejar anak anjing. Lepas je dari bala tu, aku sendiri tergelak sorang-sorang gara-gara ambil jalan shotcut. Sumpah! Aku tak nak lalu lagi jalan tu......

Aku takut kena gigit atau tersentuh dengan anak binatang HARAM tu. Kan menyusahkan diri tu apabila nak kena samak. Mana aku nak cari tanah kat taman baru ni? Aku ambil keputusan untuk melalui jalan lain demi keselamatan diri walaupun terpaksa pusing jauh sikit.

Setelah penat pusing ke taman-taman berdekatan, aku balik semula ke tamanku. Singgah sekejap bergosip dengan makcik-makcik jiran baru aku. Nak bergosip??? Maaf la, aku bukan orangnya. Sekadar sembang-sembang biasa je, tanya khabar, berkenalan serba sedikit tentang latar belakang diri, maklumlah aku kan orang baru di sini jadi kalau aku tak mulakan dulu, bila lagi aku nak beramah-mesra dengan jiran tetangga. Aku tak nak jadi katak bawah tempurung, asyik terperap kat rumah je, sekali-sekala nak juga aktif bersosial dan kenal-kenal siapa jiran kita.

Jiran sebelah kiri dan kanan, India. Jiran kedua kiri dan kanan Cina, Cina. Jiran yang seterusnya barulah Melayu. 1 Malaysia la ni....
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved