Tarian Singa

on Sabtu, Februari 13, 2010


Setiap kali tibanya musim Tahun Baru Cina, pastinya tarian Naga atau tarian Singa akan dimainkan di televisyen atau di acara-acara tertentu.

Masa zaman aku masih kanak-kanak dulu, Aku dan kawan-kawan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan tarian Singa sempena Tahun Baru Cina di kampungku.

Sememangnya di kampungku iaitu Sungai Limau Dalam, di daerah Yan, Kedah ramai penduduk berbangsa Melayu. Hanya terdapat segelintir sahaja kaum Cina yang mengusahakan perniagaan seperti Kedai Runcit, Kedai Gambar, Kedai Pertukangan, Kedai Peralatan Elektrik, Kedai Makanan, Kedai Basikal, Kedai Perabut dan Kedai gunting Rambut. Mereka tinggal di rumah kedai di kawasan Pekan Sungai Limau tersebut seperti sebuah perkampungan dan di situlah tempat tumpuan untuk menjalankan perniagaan. Kaum India langsung tiada ketika ini. Kebanyakkan kaum Melayu adalah Petani dan Nelayan.

Apabila tiba Tahun Baru Cina, mercun bunyi di sana sini. Dari jauh kedenganran bunyi gendang Cina yang dimainkan di atas lori dan membawa 2 ekor singa (kostum Singa) menuju ke kawasan penempatan masyarakat Cina.

Di kesempatan ini lah kami dapat melihat bagaimana tarian Singa di mainkan untuk mengutip Angpau dari rumah ke rumah masyarakat Cina. Setiap kali tibanya musim Raya Cina, selagi itu kami dapat menyaksikan tarian Singa tersebut.

Namun kini semuanya menjadi kenangan kerana agak sukar untuk melihat tarian tersebut seperti dulu. Kini tarian Singa tidak lagi dimainkan dari rumah ke rumah masyarakat Cina. Aku tidak pasti mengapa. Mungkin ramai masyarakat Cina yang lebih selesa berkunjung ke rumah sanak saudara mereka yang jauh atau mungkin juga memerlukan kos yang tinggi untuk menjemput Tarian Singa tersebut.

Generasi sekarang masih lagi boleh melihat tarian ini walaupun berlainan masa dan tempat kerana negara Malaysia merupakan suatu negara bermasyarakat Majmuk.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved