Assalamualaikum...
Al Fatihah Buat Arwah Hamiza....
Mungkin ramai yang telah mendapat perkhabaran sedih ini.
Hari ini baru aku mendapat perkhabaran mengenai kehilangan seorang teman blogger iaitu Hamiza (Kamariah Bt. Md Yusuf) dari seorang teman blogger lain iaitu ryenz.
Patutla aku sudah lama tidak dikunjungi oleh Arwah. Al-fatihah utk beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.30a.m 7hb Februari 2010 di Hospital Sg. Buluh.
Menurut wakilnya, Arwah mengadu sakit perut yang teramat sangat pada 4 Februari lalu dan mendapatkan rawatan drpd pembantu perubatan & seterusnya refer ke hospital Sungai Buluh kerana sakit yg tidak reda sehingga awal pagi jam 2. Doktor masih ragu-ragu samada beliau berkemungkinan menghidap sakit Gastrik atau Apandiks.
Setelah melalui rawatan ctscan, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil di bawah bahagian bawah hati dan di bahagian pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke buah pinggang. Buah pinggang pula telah koyak dan darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang secara tidak langsung sebelah buah pinggangnya telah rosak. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.
Pembedahan juga tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Doktor telah menangguhkan pemindahan pd mlm itu ke pagi sabtu 6 Februari.
Pada pagi sabtu, tekanan darah masih tidak turun ke tahap yg dikehendaki namun keadaan beliau tidak menampakkan sebarang tanda2 kritikal. Hanya di waktu tengahari pada waktu melawat, lebih kurang jam 1.30 petang tiba-tiba semua yang melawat terkejut apabila beliau tiba-tiba kekejangan dan semua doktor yg berada di situ bergegas memberikan rawatan. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin-mesin bantuan dan doktor telah melakukan ctscan sekali lagi di bahagian otak pula.
Doktor memaklumkan bahawa saluran darah dibahagian tengah otak telah pecah dan kemungkinan peluang beliau utk terus hidup, amat tipis. Pada 5.30 pagi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir...
--------------------------------------------------------------
Semoga kita semua dapat memaafkan Arwah sekiranya ada dapat memanfaatkan segala artikel yang telah dipostkan oleh beliau sebelum ini. Semoga segala yang baik mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran kepada Arwah. Semoga Arwah ditempatkan bersama dgn orang-orang yang beriman. Aminn..
Al-Fatihah.....”