Aku ditipu ke?

on Selasa, Februari 09, 2010


Assalamualaikum. Aku ingin berkongsi cerita dan diharap dapat dijadikan peringatan terutamanya pada para gadis diluar sana. Jangan sesekali mudah terpedaya dan percaya pada orang yang baru anda kenali.

Semalam ada seorang hamba Allah ni add aku sebagai rakan dalam Facebook. Siap bagi komen lagi kat gambar aku tu. Dalam profile, dia tak letakkan sebarang gambar dan identitinya dibiarkan kosong. Aku ingat dia kenal aku sebab ayat dia tu macam ramah dan kenal lama. Nama dia sebiji macam nama junior aku dulu.

Dah nama dia pun perempuan, aku terima sebagai kawan. Lepas tu aku dapat mesej lagi dari minah ni, dia tanya tentang latar belakang aku macam asal dari mana dan tinggal di mana sekarang? Dah kerja ke?
Aku pun jawab la dengan jujur.

Oleh kerana dia tahu aku tidak bekerja, dia menawarkan aku kerja. Katanya ada banyak jawatan kosong di BSN. Bagaikan orang mengantuk, dihulurkan bantal. Aku berminat dengan kerja tu.

Aku tanya,"Jawatan apa? Bila iklan tu keluar? Kerja di mana? Apa kelayakan yang diorang nak? macam mana nk mohon? Guna online ke pos?"

Dengan bangganya dia jawab,"Kerja di cawangan BSN dekat dengan tempat akak la. Tak ada iklan sebab guna orang dalam. Ada banyak department, ikut kelayakan yang akak ada. Boleh bagi resume sebab dalam minggu ni saya ada urusan di Teluk Intan. Bagi tangan je. Ni mombor fon saya, 012xxxxxxx. Bagi nombor fon akak, nanti saya contact akak kalau saya nak ke Teluk Intan. Saya jarang online ni, cepat la akak, bagi nombor fon."

Dengan tiba-tiba otakku berputar ligat dan dengan menggunakan sedikit ilmu psikologi, aku menggunakan firasat mentafsirkan segala ayat minah ni.

Dalam hati...."Aku ada saudara kerja di BSN tp hanya ada jawatan kerani, itu pun dah lama. Kenapa nak kena guna orang dalam? Dah habis ke sanak saudara dia sampaikan aku yang baru dikenali dengan tiba-tiba nak tawarkan kerja? Mustahil secara kebetulan nak datang ke Teluk Intan. Dan kenapa mendesak aku berkali-kali untuk dapatkan nombor telefon?"

Aku pun membalas mesej dia, "Maaflah, akak kurang berminat nak kerja sebab tak suka ikut time. Pagi ke pejabat, petang balik rumah. Kos nak bayar pengasuh lagi, minyak kereta lagi, makan dah tentu di luar selalu. Lagipun husband akak tanya kawan dia di BSN, tak ada pun kerja kosong."

Dah terkantoiiii.........

Keesokkannya dia balas mesej tu, "Sebenarnya saya saja nak test akak je. Saya kerja di bahagian pengambilan. Secara jujurnya saya sebenarnya kerja di CIMB."

Betul tekaan firasatku bahawa minah ni memang PENIPU BESAR...
Apa motif dia sebenarnya ek?
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved