Tanyalah diri........Islamkah kita???

on Khamis, Disember 03, 2009

Maaf ku pohonkan jika ada salah dan silap. Hanya sekadar renungan dan peringatan buat diriku sendiri dan semua saudara semuslim.

Sebagai seorang wanita Islam, aku terasa amat la malu bila aku tgk satu rancangan di sebuah stesen tv yang menjemput seorang wanita bangsa cina mualaf dan seorang wanita bangsa Melayu yg semestinya Islam.

Aku terasa malu kerana wanita mualaf yg terlalu baru dlm Islam boleh menutup aurat dengan sempurna berbanding dengan tetamu jemputan lain dan pengacara sendiri yang beragama Islam.

Adakah bangsa melayu sekadar Islam pada nama dan warisan keturunan sahaja? Semasa aku study di IPTA dulu, aku pernah diajukan soalan oleh seorang kawan berbangsa cina.

Katanya, "kenapa u tutup kepala?"

Aku jwb, "sebab seluruh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan yg boleh diperlihatkan".

Dia tanya lagi, "mengapa ada ramai orang Islam yg tak pakai itu tutup kepala?"

Soalan ni yang susah sikit aku nak jawab.......tak tau jawapan apa yg harus aku fahamkan cina sorang ni.

Akhirnya aku gtau la dia......."Setiap agama mengajar penganutnya untuk berbuat baik dan mentaati ajarannya agamanya. Tapi sesetengah penganut agama itu sendiri yg kurang faham sepenuhnya tentang agamanya. Sebab tu ada orang Islam yg tak tutup aurat.

Harap2 dia faham.....

Yang sorang lagi kawan aku berbangsa Iban beragama Kristian. Kami memang kawan baik masa di universiti dulu. Dia pun ramai kawan Melayu. Tiap kali aku sembang atau berpesan apa-apa pada dia, laju je dia kata "InsyaAllah". Sedangkan orang Melayu yang dikatakan Islam keturunan, jarang2 aku dengar kata macam tu.

Dunia....dunia.....akhir zaman la katakan.....

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.

Mereka dahulukan yang sunat dan tinggalkan yang wajib. Mengapa, kerana jahil, buta agama dan tidak mendapat hidayah.

Sabda Rasulullah s.a.w.
Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun (riwayat Muslim).

Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.
Ranking: 5

6 comments

3 Disember 2009 pada 1:32 PTG

orang melayu lahir2 jer dah confirm islam.. disebabkan itu, sebahagian dari mereka x merasai nikmatnya dijadikan sebagai seorang yang beragama islam.. berbanding dengan bangsa laen yang masuk islam, mereka perlu bersusah payah terlebih untuk mengenali dan mendalami islam.. mereka masuk islam kerana hati mereka bahagia dengan islam.. =)

3 Disember 2009 pada 3:25 PTG

Terima kasih dan salam singgah. Betul tu.Kadang2 kita lebih hargai benda yg susah untuk kita dapatkn kerana kita kurang bersyukur dgn apa yg ada. Nauzubillah.....

5 Disember 2009 pada 5:54 PTG

nk lagi? Pelakon yg melakonkan cter bajet islamic naik pentas ngan rambut mengerbang

haihh NurKasih..nyesal la gua tgk hahha
btw, mungkin entri kita ada persamaan
http://arc13.blogspot.com/2009/10/tudung-hanyalah-kain.html

5 Disember 2009 pada 6:41 PTG

Terima kasih ARC krn sudi singgah.
Ada persamaan?Ya ka?nanti iza ziarah ARC punya blog,k.

Tanpa Nama
14 Disember 2009 pada 10:38 PTG

sy pn pernah gk dk cina rumate sy dlu tny soklan yg sama sal tudung.. xtau nk jwb per.. tp sy cuma ckp dosa msg2 tggung.. huhuhu org cina ni xtau pn sal syurga neraka,. syaitan sumer.. susah nk pahamkan diorang.. diorang ase pelik.. xreti nk explain.. =(

15 Disember 2009 pada 10:35 PG

@zuana's dear diary

Betul tu...Kdg2 takut jgk kalau kita tersalah cakap ke? kita cakap benda lain, lain yg mereka faham pulak....mmg susah kn nk explane.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved