Turban

on Jumaat, Ogos 23, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Agak lama aku menyepi kan....
Sebenarnya aku dah malas nak up date blog. Bahan ada cuma tak sempat nak buka laptop, nak up load gambar dan nak memerah otak menulis bait-bait kata. Maklum la, sekarang ni macam-macam gajet canggih yang ada jadi laptop seolah-olah menjadi bahan sejarah. Nak up date blog guna Note II pun rasa malas sebab screen pulak kecik. Walau apa pun, aku cuba cari ruang untuk up date blog sekurang-kurangnya sebulan sekali (ha? hehe....)

Produk yang aku kait semalam adalah Turban. Biasanya wanita dewasa atau mak-mak datin je yang pakai turban ni tapi kali ini aku kait sendiri untuk anakku. Sehari siap untuk bayi berusia 2 tahun. Malam ni ada dinner, boleh la anak kecilku menggayakan turban yang dikait ibunya.

Turban yang aku hasilkan ini menggunakan benang cotton dari Indonesia. Materialnya adalah lembut, sejuk dan tidak panas seperti benang local.

Kalau order Turban yang dah siap dikait dari luar negeri, untuk bayi berusia 0 hingga 3 bulan, harganya adalah RM44.08 tidak termasuk kos pos. Boleh survey di www.etsy.com. Jika berminat untuk membuat tempahan usia di bawah 3 tahun, aku tetapkan harga sebanyak RM40 bagi benang import dan RM25 bagi benang local. Boleh isi order form di menu bar atau kunjungi terus page aku di www.facebook.com/izaarm
Ranking: 5

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved