Cushion Cover

on Rabu, Jun 05, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Bunga mekar sepanjang masa...

Tau tak apa bendanya ni? Ini la cushion cover yang aku kait sepanjang beberapa minggu ni. Lambat juga nak siap sebab besar, depan dan belakang.

Mula-mula kait bunga yang mekar tu. Aku pun tak pasti bunga apa yang aku kait. Kemudian, kait bahagian seterusnya atau dipanggil Granny Square sebesar yang muat untuk bantal kusyen yang kecil tu. 

Saiz yang aku buat ni adalah 14" x 14". Bentuknya 4 segi besar. Bila dah muat untuk sebiji bantal kecil, lipat di setiap penjuru dan cantumkan kiri dan kanan menggunakan cara joining granny square. Buarkan bahagian atas untuk letakkan butang. Kalau cantum semua nanti, tak ada pintu pula nak masukkan bantal kecil tu...
 Pandangan belakang berbutang

Tapi aku tak letak butang lagi...Bukan senang nak mencari butang besar gedabak di kedai-kedai biasa. Saiz butang mungkin anggaran 3mm lebih kurang.

Pandangan depan

Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh hubungi aku...
Ranking: 5

6 comments

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved