Tapak Website Baru

on Khamis, April 25, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Syukur, Alhamdulillah...
Tak dapat ku susun ayat melainkan aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya dapat aku membuka satu-satunya Website.
Dengan menggunakan domain http://crochetproducts.com.my, secara rasminya website tersebut telahpun berfungsi sepenuhnya setelah beberapa minggu tertangguh. Puas sudah aku memikirkan nama domain yang sesuai. Harap-harap ianya berbaloi.

Dengan ini juga, aku melangkah setapak (setapak je....) lagi ke hadapan. Doakan perjalanan ini... Moga dengan usahaku yang tak seberapa ni, akan mendapat sokongan terutamanya ahli keluargaku yang terdekat. Maklum la, sebelum ni apa yang aku lakukan memang tidak dapat dorongan atau sokongan. 

Oleh itu, berbekalkan semangat dan keras hati (ingin cekal...), aku teruskan juga supaya suatu hari nanti akan terbuka hati dan minda orang tersayang untuk menyokongku.

Ada lagi berita baik yang bakal menyusul tapi aku tidak berhajat untuk ceritakan sekarang... Walau bagaimanapun, terima kasih aku ucapkan pada pembaca dan juga rakan blogger yang tak jemu singgah di Teratakku...
Ranking: 5

5 comments

25 April 2013 pada 1:29 PG

As Salam, Tahniah..lama dah tak singgah sini. Maklumlah tak nampak update terkini dari blog anda.

25 April 2013 pada 6:46 PG

alhamdulillah dan tahniah..semoga terus maju dalam bidang yg diceburi..

25 April 2013 pada 12:59 PTG

Senang hendak pasarkan produk dilaman yang khusus.

27 April 2013 pada 2:21 PG

Tahniah. Semoga berjaya! =)

2 Mei 2013 pada 4:18 PG

semoga terus berjaya..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved