Alas Dulang

on Isnin, April 22, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Minggu ini aku dapat hasilkan sekeping alas dulang bersaiz kecil iaitu 13.5 inci. Walaupun sudah lama mulakan projek, baru kini dapat lihat hasilnya. Maklum la, banyak komitmen lain yang perlu diutamakan.

Alas dulang ini menggunakan pattern Doily Pineapple, benang Minlon Poly warna pink dan juga putih untuk gabungan warna supaya nampak teserlah coraknya. Hook saiz 1.3mm.

Memang rumit membuatnya apabila menggunakan benang halus dan juga jarum halus. Sebab itu, ramai yang menolak jika ada yang ingin membuat tempahan menggunakan benang halus. Andai ada yang berminat, boleh hubungi aku. 

Ini merupakan doily yang pertama pernah aku hasilkan dan mungkin yang terakhir menggunakan benang halus. Sakit biji mata meneliti setiap langkahnya. Kalau tersilap satu rantaian, aku perlu buka semula untuk satu pusingan dan mulakan semula pusingan yang dibuka tadi.

Sebab itu, harga tempahan doily sedikit mahal kerana banyak dugaan untuk menghasilkannya.
Ranking: 5

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved