Cara Aktifkan Touchpad Tak Berfungsi.

on Isnin, Mac 11, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Seperti yang kita semua ketahui, internet dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah. Tanpa internet, umpama berada di bawah tempurung. Hanya boleh dengar, lihat atau baca bahan atau benda yang ada di sekeliling kita sahaja tetapi dengan adanya internet, akan ada ilmu baru yang boleh kita pelajari hanya di hujung jari.

Notebook ku sudah lama merehatkan diri dalam begnya. Sebelum ni, kalau tak ada internet pun, aku akan buka sebab ada sesuatu yang penting untuk aku pelajari terutamanya berkaitan crochet. Masa ni aku memang rasa bagaikan diikat kaki. Tapi apabila touchpad tak berfungsi bagaikan diikat  tangan. Apabila digabungkan kedua-duanya (hilang kaki dan tangan), maka cacat la kehidupan alam mayaku. Dengan kembalinya internet/ adanya kaki, ke mana saja boleh dijelajahi walaupun tanpa tangan untuk sementara waktu.

Cari punya cari dan pelbagai butang yang aku tekan, akhirnya aku jumpa jalan penyelesaiannya.

Kalau orang yang pakar dalam baikpulih komputer, kacang saja rupanya. Langkah-langkahnya seperti berikut:

Oleh kerana aku guna Acer, maka perlu tekan butang Fn + F7 secara serentak. Dah begerak pun kurser tu. Apa lagi, melompat kegembiraan la aku. Anakku pun hairan kenapa aku seronok sangat. Mana tak nya, sudah lama berpuasa dari sentuh internet dan laptop. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hatiku. Kalau tidak, melayang la RM40 untuk memiliki mouse wireless.

Lain-lain jenama Laptop:

  • Mac : F2
  • Toshiba : F9
  • Acer : F7
  • Asus : F3 atau F7
  • Dell : F7
  • Lenovo : F6
Tekan Fn + F? (berdasarkan jenis laotop) secara serentak.

Kalau tak berjaya juga dengan cara di atas, boleh cuba beberapa kaedah lain melainkan memang touchpad rosak, kena guna mouse akhirnya.

Sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu untuk panduan masa depan.




Ranking: 5

1 comment

Tanpa Nama
25 April 2013 pada 11:47 PG

If you want a Premium Minecraft Account check
out this generator. With it you can generate a unique Minecraft Premium Account which
no one else has! You can Download the Free Premium Minecraft Account Generator http://www.

get-minecraft-free.tk

Howdy I am so grateful I found your blog page, I really found
you by accident, while I was browsing on Digg for something
else, Anyhow I am here now and would just like to say thanks a lot for a
fantastic post and a all round exciting blog (I also love the theme/design),
I don't have time to browse it all at the moment but I have saved it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a great deal more, Please do keep up the great work.

my web-site ... download minecraft

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved