Barang Kemas vs Jam Tangan.

on Khamis, Mei 31, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kalau tanya pada wanita apa yang diidamkannya, kebanyakkannya akan menjawab rantai emas, gelas emas atau cincin emas walaupun bukan semua yang sukakan barang kemas. Perhiasan yang sinonim dengan wanita semestinya emas. Tapi kini, emas telah dijadikan aset simpanan jangka panjang tidak kira lelaki mahupun wanita untuk keuntungan masa depan. Banyak gajet-gajet impian yang lebih menarik dari simpanan emas.

Hubby : Lawa tak jam ni? (sambil menunjukkan jam Casio G Shock yang baru dibeli)
Aku : Ishh, awat la suka membazir duit? Jam dah ada dah pun, beli lagi.
Hubby : Murah ja jam ni, RM60 ja.
Aku : Tak payah nak tipu la. Kalau rumah kita ni tak ada internet, tak ada tv, boleh la nak tipu.
Hubby : Okey. abang nak tanya ayang. Kalau ayang ada duit, ayang nak beli apa?
Aku : (sambil tersenyum...) Beli la cincin emas ke, rantai emas ke, gelang emas ke....
Hubby: Amboi..amboi..amboi..semuanya dah ada serba dua, nak pakai tang mana lagi? Haa..tengok tu. Dah ada dah pun, nak beli lagi.
Aku terperangkap dengan jawapan sendiri...
Aku : (tengah cari idea untuk memang....) Cincin dah tak muat, jari makin besar...Ala, beli emas tak rugi. Boleh pakai dan kalau simpan lama-lama harga makin naik. Kalau beli jam, nak tolak nanti berapa sen sangat?
Hubby : Dah beli nak pakai, buat apa nak jual? Abang ni kerja teruk-teruk bukan boleh pakai emas pun. Orang lelaki ni hanya boleh bergaya dengan wallet, tali pinggang dan jam tangan ja.
Aku : (Dalam hati......betul jugak tu tapi tak nak mengalah) Beli la tablet ka, boleh kita sama-sama guna....bla..bla..bla..bla..bla...hmmm...tak guna jugak dok berleter, benda dah beli dah. Suka hati la nak beli apa pun, asalkan jangan beli motor besar sudah, beli kereta besar tak pa...

Seronok kan orang bekerja ni, macam-macam boleh beli dengan duit sendiri. Kalau anda sendiri, apa yang bakal dibeli agaknya?




Muhasabah diri :

Aku kena buang segera sikap tak pernah puas dengan apa yang ada. Astarfirullahala'zim. Aku telah melebihkan hal keduniaan semata-mata. Ya Allah, Aku sering alpa dengan dunia. Janganlah Engkau biarkan aku terus hanyut dengan kesenangan dunia. Segeralah sedarkan aku jika aku tergelincir dari landasan sebenar dalam mencari keredhaanMu Ya Allah, Amin..









Kongsikan entri ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

25 comments

31 Mei 2012 pada 2:31 PTG

Buat masa sekrg ni sy nak slow down bab2 beli gadget nih. Tambah simpanan kot :)

31 Mei 2012 pada 2:34 PTG

kalau masa bujang dulu memang kalau boleh semua benda nak beli ikut sedap mata..belanja memang tak hingat punya..

tapi sejak berkeluarga ni + lagi dah ada anak anak, kebanyakan perbelanjaan lebih kepada anak anak dan simpanan untuk masa depan anak anak je..

31 Mei 2012 pada 3:36 PTG

Bila dah berkeluarga ni setiap kali gaji, perkara terpenting ialah ikut skrip belanjawan yang telah ditetapkan.

Membeli sesuatu yang diluar kelaziman itu perlu ada perbincangan seruis! :D

31 Mei 2012 pada 4:06 PTG

Orang lelaki barang-barang seperti itu akan dibeli untuk memuaskan hati. :-)

31 Mei 2012 pada 6:30 PTG

hehe..org lelaki pun ada brg kegemaran dia..sama jgk cam org pompuan..

31 Mei 2012 pada 8:07 PTG

haa..tau takpe. pakai jam lagi kacak apa..

31 Mei 2012 pada 8:48 PTG

haha...kalau dah ada keluarga ni lah jadinya kak ..hehe ..lumrah ..jadi, apa lagi ..berjimat cermat mampu membuat keluarga bahagia di kemudian hari ..hanya pendapat :D

31 Mei 2012 pada 10:55 PTG

dah lama tak pakai jam
selalunya harapkan jam kat hp je
hehe

orang perempuan pula memang lebih sukakan emas

31 Mei 2012 pada 11:11 PTG

dri beli gadget..jam lebih bermanfaat kot.. :)

31 Mei 2012 pada 11:20 PTG

Suka beli rumah!!

1 Jun 2012 pada 12:03 PG

beli ikut keperluan aje..kalau nak bermewah-mewah biasanya tak pakai lama barangan nye

1 Jun 2012 pada 12:20 PG

kalau saya, saya beli domain untuk blog baru, hehehehe, lawak ja

1 Jun 2012 pada 12:21 PG

skrg ni..chii dok pk nk beli emas je..bukan brg kemas...tp emas utk simpanan masa depan...
nk pakai brg kemas..rasa mcm allergik plak :p

1 Jun 2012 pada 12:46 PG

Salam,
aku jenis tak suka beli barang peribadi macam jam tangan tu.. rasa tak selesa pakai.. kalau adapun biasanya isteri yang belikan.. hehehe
sekarang nak kumpul duit.. beli dslr baru :D

1 Jun 2012 pada 1:38 PG

beli apa pun tak kisah.. tapi kalau boleh kita simpan sikit buat tabungan di tabung haji

1 Jun 2012 pada 9:23 PG

KriiinngggggG~ (Tunjuk gelang :))

1 Jun 2012 pada 10:36 PG

Salam Ziarah...
Kalau Rin, pengsan, barang kemas nak, jam pun suka.

1 Jun 2012 pada 10:46 PG

saya memang tak boleh kalau tak pakai jam,,,tetapi jam rado jer la,,jam lain tak leh pakai...gatai...

1 Jun 2012 pada 10:49 PG

laki mmg jarang beli, tapi sekali beli semua benda yg expensive. asal tahu budget duit, kira ok la tu

1 Jun 2012 pada 10:56 PG

Aku kurang sikit nak pakai barang kemas emas ni..
rasa macam pelik jer melekat kat badan.. hik3...

1 Jun 2012 pada 11:18 PG

biasalah kan..manusia kan tak pernah puas.. :)
same macam tng sy..hantu jam =.=*

1 Jun 2012 pada 12:18 PTG

Kim salam kat hubby he3...org pmpn nih lelaki baru nak bergaya sikit pun marah he3...

*yg penting tak membazir,saya ada 3 koleksi jam tangan.

1 Jun 2012 pada 12:41 PTG

bli apa yg blh kita pakai atau utk di kenag nnti klu pakai kita ingat hoo ni duit aku kerja masa kat sana dulu..ni brgnya heee..

slu akan beli kain, blh bt pakaian pastu blh bwk ke pjbt nnti..slu di pakai ..sllu d kenang..

2 Jun 2012 pada 10:19 PTG

kalau aku aku ambil jam tangan... kes ari-ari aku akan pakai...muahahaha

8 Julai 2012 pada 8:44 PTG

ciktom suka beli brg kemas...mmg dh terlebih dr jumlah jari, tgn n leher..tp xkisah sgt nanti boleh pakai gilir2..kl urgent nak guna duit or plan ciktom in future nak beli rumah..ciktom boleh pi gadai buat deposit rumah... hehe =)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved