Semakan PTPTN

on Ahad, April 01, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini aku ada terbaca dalam email tentang anti-PTPTN. Menurut berita tersebut, anti-PTPTN adalah suatu perhimpunan bagi menuntut pemansuhan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama dari tabika hingga PhD.

Memetik berita tersebut,
Mohamad Hafizudin berkata, saban tahun, semakin ramai graduan menganggur dan dibebani hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan PTPTN.  

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya. Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD,” katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan beberapa negara.
Aku sebagai salah seorang peminjam tegar (tegar ke?), bukan tak nak bayar hutang tu tapi sampai sekarang belum mendapat pekerjaan. Jadi, mana nak korek duit untuk bayar hutang tu? Cuba habaq mai sat...


Tak kan nak mintak tolong hubby bayarkan kot. Lain la kalau hubby ku bergaji besar, kaya, tak ada nak bayar hutang sana sini, boleh la tolong bayarkan hutangku...Aku yang berhutang, tak kan dia nak bayarkan kot...


Hutang PTPTN aku beberapa tahun lepas banyak juga ditambah dengan kos perkhidmatan yang dikenakan setiap tahun. Memang tak mampu nak bayar kalau tak bekerja. 


Ada juga aku bertanyakan pada kawan-kawan yang sudah bekerja dan telah membayar pinjaman tersebut. Kawan aku kata, ketika ini dia hanya membayar kos perkhidmatan sahaja, belum lagi membayar pinjaman tersebut. Terkedu juga aku dengar. Punya la lama dok bayar setiap bulan, rupanya itu hanya sebahagian kos perkhidmatan yang dikenakan. Kesian juga dengar cerita dia tapi aku lagi kesian, langsung tak bayar.


Dari tahun ke tahun, hutang pinjaman semakin meningkat namun satu sen pun tak mampu aku bayar. Nak harapkan pendapatan dari blogging? 2 tahun baru boleh kumpul RM100 lebih kurang. Oleh kerana aku belum bayar apa-apa hutang, aku lepas syarat-syarat yang ditetapkan. Tahun lepas aku cuba mohon tukar ke sistem Ujrah iaitu dari kos perkhidmatan 4% kepada 1% dan permohonan tersebut telah berjaya.




Ramai juga yang berpeluang dan menepati syarat tapi tak tukar ke Ujrah. Aku tak pasti kenapa. Dengar kata, lebih baik pilih sistem lama dari bertukar ke Ujrah. Kalau aku pilih sistem yang lama, terkejut tengok jumlah bayaran yang perlu dibayar. Jauh sangat bezanya dari jumlah yang dipinjam dahulu.


Setiap tahun aku tak lupa untuk check benda ni di SINI




Alhamdulillah, masih selamat untuk ke luar negara. Mana tau kot-kot ada percutian family ke Hatyai atau Indon, ada rezeki untuk mengerjakan umrah ke (Aminn..) dapat la aku turut serta. 


Berbalik pada pendidikan percuma tadi, aku setuju 100%. Setiap bulan hubby aku dan orang lain juga bayar cukai antara RM300 hingga RM500 sebulan. Ingat sikit ke duit tu kalau di darabkan dengan setahun dan setiap orang mengeluarkan cukai? Memang wajar la anak-anak diberi pendidikan percuma.


Bayangkan juga keluarga miskin tetapi nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bila dah habis belajar, tak ada kerja ditambah pula dengan beban hutang, nak sara keluarga lagi. Kan kesian tu. Kalau tak mansuhkan pun, sekurang-kurangnya tak payah la kenakan cukai 1% atau 4% tu. Kalau hutang RM5000, biarlah bayar balik RM5000. Tak la membebankan sangat.


Kalau aku sendiri tak berkahwin dan tak ada yang menyara sebaliknya aku yang perlu sara keluarga, tak bekerja tetap, nak bayar PTPTN lagi dengan gaji ciput, boleh stress tu. Tak bekerja pun boleh stress, inikan pula nak bayar hutang yang entah bila boleh selesai. 


Sekarang ni, aku ingat nak terus simpan Ijazah yang ada. Dah banyak kali minta kerja tapi tak ada rezeki. Mulai sekarang, aku akan mula mohon kerja menggunakan sijil SPM atau STPM. Kawan-kawan aku yang tak masuk IPT pun boleh dapat kerja lebih baik dari aku yang ada Ijazah tapi hanya tinggal kat rumah. 


Ramai juga saudara-mara yang bertanya khabar bila aku akan bekerja? Aku dah tak tau nak bagi jawapan apa yang sesuai. Aku hanya mampu katakan aku dah berhenti memohon kerja. Memang betul pun, dah give up dah. Tetiba sekarang ni bersemangat semula untuk mohon kerja tapi aku hanya isi borang kerja sahaja, borangnya aku tak pos hingga tamat tempoh. Alasan - kekangan masa.







Ranking: 5

26 comments

1 April 2012 pada 12:17 PG

Assalamualaikum, salam kenal-kenal.
Setuju sangat kalau pendidikan diberikan percuma. Tambah2 taraf hidup skrg makin meningkat :) apa salahnya kalau kos pendidikan dikurangkan.

1 April 2012 pada 12:48 PG

memang la cik iza..kerajaan ambik untung besar dengan 4% charge tu..dengan kita rakyat biasa ni straight aje..kalau ngan kroni juta-juta pun boleh langsai..bukan ape rase macam tak best tindakan tu..ape lah sangat kalau faedah tu dimansuhkan terus..dah la tu masa kita terima PTPTN dulu pun kita tak dapat penuh

1 April 2012 pada 1:29 PG

masih menunggu janji kilang arak di tutup di selangor :)

1 April 2012 pada 10:08 PG

salam..
ermm..kalau nak kira tak perlu
bayar kos belajar pelajar di negara
kita ni..negara kita kaya raya
tapi..kalau mampu bayar lah :)

1 April 2012 pada 11:12 PG

Lega rasanya semua hutang pinjaman belajar MARA telah lama saya selesaikan. Berbanding kawan-kawan saya sekolej sudah beranak pinak liat membayar. Saya akui terpaksa ikat perut untuk melangsaikan hutang dengan berusaha untuk membayarnya. Pesan orang tua saya duit pinjaman belajar adalah untuk adik-adik masa hadapan yang bakal memerlukan dan kalau saya tidak bayar akan menyusahkan mereka termasuk pihak MARA akan mengetatkan syarat permohonan pinjaman dan pembayaran giliran mereka kerana sikap saya.

Orang tua saya salah seorang penjamin yang menerima surat mahkamah tolong melangsaikan hutang anak sahabat yang belajar diluar negara. Bapa saya salah seorang penjamin dan seorang penjamin lagi telah menjadi kurang siuman kerana hutang tertunggak anak kawan yang tidak bertanggunjawab. Apa yang saya tahu anak kawan bapa saya telah menamatkan pengajian diluar negara dan menjawat jawatan tinggi di negara ini. Yang menyedihkan adalah sikap beliau langsung tidak mahu melangsaikan hutang hingga mengheret orang tua ke kes mahkamah dan bapa saya adalah persara awam.

Masa meminta penjamin bukan manis lagi mulut bagai menyusun gula ditepi bibir. Apa pun alasan setelah kita menandatangani perjanjian pinjamana kita telah bersetuju dan membuat aku janji dengan terma perjanjian. Saya minta maaflah emosional hal ini.

1 April 2012 pada 6:01 PTG

sama la macam wifey sy tu..tamat ijazah, apply kerja kerajaan + swasta sana sini lepas tamat belajar tapi rezeki tak sangkut..PTPTN tertunggak sampai ke hari ni..nak tolong bayarkan pun tak sampai bujet..hehehe..

1 April 2012 pada 7:45 PTG

sepatutnya bantuan PTPTN disimpan 1/5 setiap semersta untuk digunakan untuk dibayar ..tips ini mmg berguna untuk graduan yang masih menganggur

1 April 2012 pada 7:56 PTG

Sye pun sama, belum terbayar semua hutang2 PTPTN tu!
Ni tak pasti dah dicblacklist ke blum! Hadohai la pun. Tapi betul la kan, nak korek duit tang manaaaaa?

1 April 2012 pada 11:03 PTG

AsSalam datang bertandang :)
minat belajar tapi nak bayaran yang rendah boleh aje
www.facebook.com/ipmmunshipage :)

2 April 2012 pada 12:45 PG

gaji swasta ciput jer..len la kerja kerajaan..kenaikkan tahunan mmg tinggi..

swasta kenaikkan pon 20-30 inggit..mmg berbeza..

2 April 2012 pada 10:57 PG

salam;
Inilah dilema yang melanda pelajar2 dan lepasan ipt.

2 April 2012 pada 12:46 PTG

tu dia!!
nasib baik xambil ptptn
nak ke oversea pun susah nnti..
eheheee

2 April 2012 pada 1:05 PTG

Hmmm...betul3x.

2 April 2012 pada 1:07 PTG

Ya ka?
Kalau tak silap, kilang tu dan kasino si Genting penyumbang terbesar tu...

2 April 2012 pada 1:09 PTG

TQ Iza singgah dan follow blog saya. Tak jumpa kotak komen?....ade

2 April 2012 pada 1:09 PTG

W'salam..
Setuju sangat2.

2 April 2012 pada 2:18 PTG

Biasanya macam tu la yang banyak terjadi. Ada juga saudara yang tak dapat nak beli kereta sendiri sebab jadi penjamin pada kawannya. Bila benda ni terjadi, akan ada masalah dalam perhubungan samada kekeluargaan atau persahabatan. Yang sedihnya si penjamin la.

2 April 2012 pada 2:21 PTG

Ya ka?
hahaha..nampaknya ramai juga yang senasib ye.hehe..

2 April 2012 pada 2:24 PTG

Bukan BANTUAN tapi PINJAMAN.
Mana nak sangka akan menganggur beberapa tahun.
Sekarang ni boleh la diamalkan oleh student2 baru sebab dah tau dah, keluar U nanti susah nak dapat kerja.

2 April 2012 pada 2:27 PTG

Nak tau boleh la semak.
Pihak PTPTN dok gesa suruh bayar hutang cepat2,
kalau la pihak PTPTN tolong dapatkan kerja untuk graduan menganggur, boleh la bayar dan langsaikan semua hutang tu...kan?

2 April 2012 pada 2:28 PTG

W'salam..
Terima kasih datang bertandang.

2 April 2012 pada 2:29 PTG

W'salam..
Betul tu..

2 April 2012 pada 2:29 PTG

Kalau ada pilihan lain, baik pilih pilihan lain tu..

2 April 2012 pada 2:30 PTG

sama2.
Yup. Nanti saya try masuk guna browser lain pulak..

2 April 2012 pada 3:39 PTG

Kelu lidah hal hutang ptptn ni
Dapat ijazah tapi tak dapat kerja
Hutang pula makin bertambah

3 April 2012 pada 1:01 PG

Salam,
aku tak pernah pinjam ptptn, tapi isteri aku masih ada lagi..
menunggu ni ptptn dimansuhkan :D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved