Author

on Isnin, April 16, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.



Aku dikenali dengan nama Iza di alam nyata mahupun di alam maya. Anak jati Kedah dan kini bermastautin di Perak.

Kenal dengan dunia blog sejak tahun 2009 walaupun pada mulanya hanya sekadar suka-suka. Rasa teruja bila tengok blog seorang cikgu dari dulu sampai sekarang tak pernah ubah apa-apa iaitu Diari Seorang Pencatur Maya. Banyak belajar selok belok blog dari Bro Nescafe Ais. Dari situ timbul minat untuk mendalami dunia blog, mengasah bakat menulis (walaupun tak pandai nak mengarang) dan mengisi masa lapang.

Apabila apa kemudahan internet, sayang jika dibiarkan begitu sahaja tanpa memanfaatkan penggunaannya.Jika ada blog, sekurang-kurangnya dapat menulis apa sahaja dan akan cuba berkongsi ilmu yang tak seberapa.

Pelbagai cabaran, halangan dan rintangan yang aku lalui sepanjang menulis blog bermula dari http://azilas.blogspot.com dan pertengahan Januari 2012, aku berjaya menggunakan domain sendiri (walaupun masih platform yang sama) iaitu http://teratakusang.com dari syarikat netKL. Cara blogging aku umpama pasang surut air sungai (kalau laut, susah pulak nak surut) dan segalanya aku serahkan pada Allah. Selagi ada kemudahan internet, selagi itu aku akan menulis. Esok lusa belum tahu lagi. 

Dalam dunia blogger ni, aku main redah je dan segalanya try and error. Aku jadikan dunia blogging ini sebagai hobi aku selagi termampu. Kalau tak ada internet atau tak jengok blog walaupun sehari, semangat aku sedikit kurang. Nak buat kerja lain pun tak bersemangat, asyik teringatkan blog. 

Kalau nak review blog aku di Alexa, sangat-sangat dialu-alukan dan jangan lupa tinggalkan link blog supaya mudah untuk aku review semula. Apabila ramai yang kisahkan tentang SEO, aku pun tak nak ketinggalan juga walaupun tahap pengetahuanku tentang SEO dot..dot..dot..

Blog ini umpama darah daging. Rasa tak senang duduk kalau tak buka blog biarpun hanya tatapan untuk seketika. Moga dapat sama-sama kongsikan sesuatu di sini. 

Salam Ukhwah,
Iza Teratak Usang.








Ranking: 5

9 comments

15 April 2012 pada 11:08 PTG

agak lama juga kenal dengan iza :)
semoga terus berblog :)
tahniah atas domain dot com (baru tahu) selepas baca entry ini.. maklum lama x singgah.. hehehe

15 April 2012 pada 11:29 PTG

@gnesop poseng
Ya, sama la kita berblog. Terima kasih.

16 April 2012 pada 9:31 PG

Salam Iza, owh..orang Kedah rupanya...sy sedang mengikuti perkembangan blog anda...moga dpt manfaat dari laman ini.

16 April 2012 pada 11:25 PG

As salam..

nampak kemas berabis rumah baru ni..

ni yang terasa macam nak menukar jugak..hehehe

16 April 2012 pada 5:41 PTG

ya la..nmpak kemas, ni yg terasa nk ubah tmplate n edit sana sini balik.hihi

17 April 2012 pada 6:31 PTG

Selamat datang ke dunia blog
Hehe

17 April 2012 pada 7:54 PTG

salam perkenalan.. :)

27 Disember 2012 pada 12:53 PTG

assalamualaikum. dah lama rasanya saya kenal akak. cuma tak berpeluang untuk merapatkan silaturrahim. hehe ..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved