Berkelah Di Tasoh Lake Resort

on Khamis, Mac 29, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selama seminggu (ada lagi 3 hari) aku balik bercuti di kampung. Time cuti sekolah, aku sekeluarga hanya ke Pangkor bersama kakak ipar, itu pun selama 2 hari 1 malam. Dalam minggu tu hubby sibuk dengan audit. Apabila selesai kerja, katanya nak balik bercuti di kampung. Ingatkan 3 hari 2 malam seperti biasa, rupanya hubby ambil cuti seminggu. Baru bulan Mac dah ambik cuti banyak. Aku ikut aje. Anak aku pulak yang kena ponteng Tabika.

Bila dah mohon cuti banyak hari, dapat la aku bermalam semalam di Kedah tapi hanya di rumah kakak sahaja selebihnya di Perlis.

Semalam sempat juga masak nasi dan beberapa jenis lauk-pauk untuk di bawa ke Tasoh Lake Resort sekadar makan-makan di bawah pondok yang ada di situ. Buat masa ini, tiada sebarang bayaran atau halangan untuk masuk ke Tasoh Lake Resort.


Menjamu selera di salah satu pondok/ wakaf yang dibina di situ. Kawasannya cantik, ada resort tetapi banyak pondok yang tak terjaga. Depan ni ada Tasik Timah Tasoh, berdekatan Empangan Timah Tasoh. Sekali sekala berkelah kat luar dari rumah seronok juga. Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak, anak kecil tak nak duduk dah.


Selama seminggu ni juga aku tak dapat nak online sepenuh masa. Kalau rumah sendiri lain la kan. Selalunya waktu malam je sempat buka laptop tapi bila mula buka laptop, mata aku pun mula mengantuk. Tak sempat juga nak terjah blog lain. Kadang-kadang tak sempat nak tutup laptop, aku dah terlelap. Terjaga jam4 hingga 5 pagi baru shut down.


Minggu depan InsyaAllah, aku akan aktif semula.
Ranking: 5

11 comments

29 Mac 2012 pada 12:19 PG

apa yang menarik kat Tasoh Lake Resort tu ? mai citer lebih sikit..

29 Mac 2012 pada 12:47 PG

Aktiviti cuti-cuti & berkelah ni memang menyeronokkan. Lebih ramai yang turut serta tentunya lebih meriah! :D

29 Mac 2012 pada 1:17 PG

belakang wakaf ader tasik ker sungai tu Iza?

29 Mac 2012 pada 7:48 PG

makan2 sambil kena angin tasik fuhhh.. selero!

29 Mac 2012 pada 8:03 PG

Tak ada lagi ke gambar view kat tasik tuuu

29 Mac 2012 pada 1:44 PTG

Tu dia sedap makan di teratak. Semuanya jadi sedap dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. :-)

Tanpa Nama
29 Mac 2012 pada 1:46 PTG

Sedapnya makan ditempat2 macam ni. Teringat masa sekolah2 dulu, masak dan ramai bawak lauk makan tepi pantai. Seronoknya.

29 Mac 2012 pada 6:24 PTG

ha ah..cuba cerita sikit..tak pernah dengar tempat ni :-)

29 Mac 2012 pada 11:15 PTG

Tasoh ni dulu pernah gi mancing toman .. best tu sekali lawan ngan toman.. hehehe besaq² toman dia hehehe

30 Mac 2012 pada 1:39 PG

Salam,
seronok dapat berkelah tepi tasik.
tempat kami susah nak dapat tasik, kalau nak berkelah terpaksa menghadap laut saja :)

30 Mac 2012 pada 8:38 PG

Makan kat pondok tepi tasik
Ni kalau banyak bawa ulam memang best sangat ni

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved