Roller Skate Idaman.

on Selasa, Februari 21, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Masa kecil dulu-dulu aku teringin juga nak main kasut roda macam ni tapi tapi tak sempat nak beli, abahku dah pergi dulu mengadap Illahi. Impian hanya tinggal angan-angan dan kenangan.

Kini anakku pula yang impikan kasut roda seperti itu. Dari tahun lepas lagi dia menyuarakan keinginannya itu dan pelbagai alasan juga yang aku berikan padanya. Antaranya, tak ada jual di sini, susah nak jumpa saiz kecil seusianya, harga yang mahal dan macam-macam lagi sebab musabab yang menghalang untuk memilikinya. Dan yang pasti, aku tak pernah berjanji untuk membeli kasut tersebut. Kena survey harga dulu.

Aku pun tak pernah jumpa kedai yang jual kasut roda ni. Aku ada google harganya, wow boleh tahan juga harganya, ada yang lebih dari 5 jari untuk dewasa. Agaknya kat mana nak cari roller skate ni ye? 

Info yang aku ambil dari blog borakkosong:


Sepasang kasut roda tertua di dunia diperkenalkan di muzium Inggris hari ini – aneh dan unik bentuknya. Kasut roda berusia 100 tahun ini adalah contoh aneh ‘Road Rollers’, yang sangat popular dengan pengusaha London pada zaman Victoria yang meluncur ke tempat kerja memakainya. Setiap fitur kasut dengan dua roda yang tinggi, ditempatkan satu di depan dan satu di belakang dan pengguna terampil boleh mencapai kecepatan hingga 16mph di sepanjang permukaan yang halus. 

Mereka diikatkan ke kaki si pemakai dengan tali terpasang ke kaki dengan potongan kayu kuning, dan beratnya lebih dari £ 40 masing-masing. Para ahli mengatakan sepatu, yang pertama dibuat pada tahun 1897, memulakan trend nasional dan banyak yang menyenanginya di masa. 

Kasut roda tertua ini akan dipamerkan di sebuah pameran baru di muzium Lynn, King’s Lynn, Norfolk. Tim Thorpe, Kurator muzium untuk lebih dari satu dekad, mengatakan kasut roda yang masih tertinggal merupakan ‘kepentingan sejarah besar’ dan sekitar 100 tahun. Dia berkata: “Mereka adalah benda aneh tapi sebenarnya sebahagian dari trend besar di London, dimana pengusaha terlihat meluncur memakainya untuk bekerja di sepanjang jalan. Kasut ini dijual di London oleh the Road Skate Co of Oxford Street setelah penemuan mereka pada tahun 1897, dan diiklankan sebagai ‘ ankle -friendly’. 

Para ahli percaya bahawa kasut ini dirancang setelah ramai penggemarnya dari pertengahan tahun 1890-an. Beberapa pemain kasut roda terkenal waktu itu, termasuk MS Napier, Walter Munn dan A Hoffman, membentuk kelab dan meluncur di jalan-jalan London setiap akhir minggu. 

Pasangan kasut roda pertama diciptakan oleh Joseph Merlin dari Huy, Belgium, pada 1759. Sayangnya, dia tidak tahu cara berhenti dan jatuh ke dalam cermin, hampir menewaskan dirinya sendiri. 
sumber : daily mail  
Ranking: 5

27 comments

21 Februari 2012 pada 10:44 PG

beli jangan tak beli

21 Februari 2012 pada 10:54 PG

Inline skate ni memang agak mahal. Kalau beli yang murah pula tak cepat rosak.

Tapi kalau budget terhad, tak perlu beli yang baru..

21 Februari 2012 pada 11:14 PG

Banyak jual iza, tapi kena pandai survey harga. Saya dulu main roller blade ☺☺

21 Februari 2012 pada 11:33 PG

Kalau di Johor ada tempat jual yg second hand iza. Tak sampai 30 ringgit pun ada. Tempat itu di Rengit, Batu Pahat. Kawasan ini berhampiran pantai. Deretan di sini memang menjual bermacam barang 2nd hand. Beli kasut roda budak kadang agak membazir sebab kaki dia cepat besar, pakai setahun dah tak bolah pakai, so baik beli hang 2nd hand tapi condition still ok...

21 Februari 2012 pada 2:13 PTG

Masih ada lagi orang main kasut roda dan saya ingat roller blade lagi popular.

21 Februari 2012 pada 3:22 PTG

wahh .. xsngka ad g nuhh . hehe

21 Februari 2012 pada 9:08 PTG

kalau dah berjanji, kenalah belikan jugak kan..

21 Februari 2012 pada 10:09 PTG

Assalamu`alaikum Iza,
harga roller blade memang mahal, mengikut jenis, jenama dan negara pengeluar. Tapi tak silap saya harganya dah jatuh menjunam baru-baru ini disebabkan oleh pengeluaran barang sukan yang lain seperti skuter dan basikal fixie. Mungkin sekitar RM1++.++

22 Februari 2012 pada 12:57 PG

Rasanya roller blade lagi popular OOooo ... lagi pun roller blade susah sikit nak jatuh dan lebih flexible ... rasanya harga tidaklah terlalu mahal ... bawah RM 300.00 je (kau kata tak mahal !)

22 Februari 2012 pada 12:58 PG

Benjy rasa roller skate ini pasen laa dah ... :D

22 Februari 2012 pada 12:59 PG

Sorry ... pesen lama ... :D

22 Februari 2012 pada 1:48 PTG

bestnya..kalo iza stay area selangor..leh bawa anak main roller skate kat empire subang..adik chii slalu main kat sana..

Tanpa Nama
23 Februari 2012 pada 10:28 PG

Akak tak pernah beli roller sakte ini pada anak-anak.

daus
27 Mac 2012 pada 2:13 PTG

kat area kuala lumpur boleh dptkn di mana?

faizal
3 Mei 2012 pada 10:50 PG

Gi Taman Tasik Titiwangsa setiap hari Ahad kat situ jumpa dengan En. Dion. Saya cuma bagi info.

3 Mei 2012 pada 3:28 PTG

Terima kasih..

Tanpa Nama
8 Mei 2012 pada 1:45 PTG

kt area selangor kt mne nk dpt ek..?

24 Oktober 2012 pada 4:00 PTG

saya ada nak jual rollerblade...baru lg...

http://www.mudah.my/Rollerblade+k2+moto+80-18183136.htm

nak jual sebab main agresif skate skang...

Tanpa Nama
13 Januari 2013 pada 8:45 PTG

nak tye sikit...kedai mne ade jual rollerblade yg murah eh..tq

Tanpa Nama
1 Mac 2013 pada 3:15 PG

Utk anak2 lelaki sya.... Sya bli yg murah2 jer..RM.65 spsng..mmg btl kaki diorg cpt bsr..tpi sempat la diorg pakai & main smpai pandai kwal sikit2...automatik diorg blh main ice skating....so mcm brbaloi la jgk bgi sya...bli hjg thn 2011 skrg awal 2013...kasut2 ok lgi...dulu bli agak2 longgar sikit...pakai stokin tebal bdk2 tu...dah pandai ni..bdk2 tu main hentam jer la... Mne yg sempat...hihihi...

13 Mac 2013 pada 9:48 PTG

saya menerima tempahan Inline Skate ... Kunjungi www.trade2door.blogspot.com.

Harga sepasang dari RM99 excluding postage charge.

trade2door@gmail.com
Maz Nan

Tanpa Nama
27 Mac 2013 pada 3:57 PTG

kasut roda ada jual kat na?????aku tak taw ada jual kat na.

Tanpa Nama
27 Mac 2013 pada 4:00 PTG

saya sudah lama mencari kasut roda tapi tidak jumpa.

3 Februari 2014 pada 4:35 PTG

hujung minggu pergi je kat dataran Putrrajaya....kt sana ada jual roller blade murah RM80.00 aje...saya baru je lepas belikan untuk anak. saizz boleh di laraskan mengikut saiz kaki...

3 Disember 2014 pada 10:09 PTG

Roller blade untuk kanak kanak usia 7 tahun dimana ada jual dalam johor bahru.

5 November 2015 pada 12:27 PTG

Skrg ade lagi ke

15 Disember 2015 pada 2:07 PG

Mana nak cari rollerblade kt malaysia ni lama fah dok cari ni

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved