Set Bersalin Amway Tropical Herbs.

on Ahad, September 25, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.


Dua bulan sebelum bersalin, aku dah order Set Bersalin Amway secara online. Dah puas ku cari stokis yang menjual barangan tersebut tapi hampa. Belum jumpa sesiapa pun yang menjual set bersalin ini berdekatan tempat tinggalku. Maka terpaksa aku beli secara online.

Ketika mengandung, berat badan aku naik mendadak, terlalu jauh beza dengan pengalaman mengandung kali pertama 4 tahun lepas. Semangat untuk kembali slim seperti dahulu berkobar-kobar maka bersemangatlah aku order Set Bersalin yang boleh mengembalikan semula bentuk badan seperti asal. Kali ini Set Bersalin Amway menjadi pilihan kerana lengkap dengan bengkung.

Set Bersalin Amway memang mudah untuk digunakan kerana segalanya tersedia mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jadual penggunaan juga telah disediakan.

Oleh kerana aku bersalin melalui pembedahan, tidak semua kandungan produk dapat digunakan terutamanya bengkung dan bahan-bahan sampingannya. Setelah sebulan, barulah dibenarkan untuk menggunakan bengkung. Ketika ini, kesabaran diperlukan untuk menanti tempoh masa sebulan lagi...

Teh herba yang disediakan memang sedap jika dicampur dengan madu lebah. Ketika ini aku sedang menggunakan ubat lepas besalin 1, herba mandian, minyak bayi dan minyak urut. Namun begitu, ada juga bahan yang malas untuk aku gunakan walaupun tidak serenyah mana iaitu pilis. Malas untuk aku tempek (tampal) di dahi, nampak comot je.

Selepas aku menjalani pembedahan, segala bengkak-bengkak yang ada ketika mengandung tidak hilang atau surut. Ini yang membimbangkan aku. Bimbang sangat-sangat. Nak mengurut pun tak boleh lagi. Bentuk wajahku juga menjadi bulat berisi, kasut dah tak muat untuk aku pakai gara-gara kaki masih bengkak dan kain baju kurung juga tidak dapat aku pakai ketika ini kerana pinggangnya telah lari jauh dari saiz asal. Masa kenduri baru-baru ini juga, ada orang yang ingat aku ni kakak kepada kakakku, padahal aku ni anak bongsu. Sah dah aku lebih besar dari kakakku sekarang. Sabar je la...

Sebelum mengandung, beratku hanya 45kg. Kali terakhir aku timbang sebelum bersalin, beratku naik ke 65kg. 20kg naik mendadak. Selepas bersalin, belum timbang lagi daa....

Tak mengapa, sebulan saja lagi perlu aku menanti untuk memulakan proses mengecilkan semula badan. Kalau tak kecil semua, tak dapatlah aku nak pakai baju-baju lama dan baju raya yang my hubby beli untuk raya hari tu. Kalau bersalin normal, boleh slim semula tapi aku tak pasti pula boleh ke tak slim semua jika dibedah. Tengok kawan-kawan yang pernah menjalani pembedahan, badan makin sihat ada lah. Tak kan nak balik Perak nanti berkain batik? (bila kain baju kurung dah tak muat). Boleh stress ni bila memikirkan tentang saiz badan. Aku tak kisah jika beratku bertambah, yang aku kisahnya saiz kelebarannya bertambah.

Beberapa hari ini, aku ada gunakan minyak urut yang disertakan untuk mengurut tapak kaki. Alhamdulillah, bengkak kakiku dah beransur hilang. Harap-harap tak lama lagi muat la untuk aku pakai kasut.
Ranking: 5

18 comments

25 September 2011 pada 12:26 PG

salam,
ha.. cerita bab bengkung.. ada hual bengkung yang pembedahan punya. Cuba google. Rasa macam okey jer..

25 September 2011 pada 12:51 PG

salam..
rasa terharu membaca pengorbanan seorang isteri..bukan mudah menjadi seorang ibu..apatah lagi ketika melahirkan anak-anak, berpantang dan kini terpaksa menjaga badan demi suami..

25 September 2011 pada 1:01 PG

Kalaulah aku boleh bersalin dah tentu aku beli Set Bersalin Amway Tropical Herbs....

25 September 2011 pada 4:51 PG

dulu masa lepas bersalin kami beli set bersalin jamu mat dara..
nampak juga perbezaan nya selepas mengunakan..
semoga balik ke bentuk badan yang ideal yer..

25 September 2011 pada 10:33 PTG

@cikgu isza
W'salam..
Memang ada tapi tak sangka kan nak kena bedah...

@zulkbo
W'salam..
Betul tu en. Zul...

@mus
hehe..

@LiFe KaMi
Kalau bersalin normal lain, cepat je surutnya..Harap2 begitu lah..

Tanpa Nama
23 Oktober 2011 pada 9:55 PG

Alhamdulillah dan Tahniah kerana membuat keputusan untuk membeli Set Bersalin Amway Tropical Herbs.Insyallah, boleh contact saya di 0194810109 untuk mendapatkan khidmat nasihat dan produk2 amway yang lain di masa hadapan.Kakak ipar saya pun telah mendapatkan set yang sama, selepas membaca katalog amway.

Najib

Tanpa Nama
13 Disember 2011 pada 8:32 PTG

brp harga tropical herbs tu yea??

20 Disember 2011 pada 6:37 PTG

@Tanpa Nama
Kalau tak silap RM280 termasuk pos.

26 Disember 2011 pada 6:57 PG

assalamualaikum, tumpang tanya... kak iza beli online set ni dari mana?

Tanpa Nama
7 Februari 2012 pada 1:02 PTG

kalau nak order ngan saya pun boleh contact 0134004020- ida

8 Februari 2012 pada 9:09 PG

Dari Kak Roha.

Tanpa Nama
8 Februari 2012 pada 9:10 PG

Promote kat sini pulak minah ni....

Tanpa Nama
20 Jun 2012 pada 8:27 PTG

Blh tlg bg tak no kak roha tu tak.dia dok area mn?

20 Jun 2012 pada 10:07 PTG

@Tanpa Nama
012-3621376 - Rohani.
Kalau tak silap, Selangor. Cuba la contact tanya.

Tanpa Nama
20 Jun 2012 pada 11:31 PTG

Ok,tq ye..

Tanpa Nama
7 Ogos 2012 pada 3:51 PG

kalau yg nak dapatkan produk SB amway nie area lembah kelang boleh sms/call 012-2493487 - lina . Set bersalin jenama lain pun ada mcm atika beauty, makdara, NR, salindah. sorry TT, tumpang pomote...:)

17 September 2013 pada 5:36 PTG

hubungi saya di faizal.5009@gmailcom @ 013-2963073 utk mendapatkan harga yang terbaik. tq.

17 September 2013 pada 5:41 PTG

hubungi saya di faizal.5009@gmailcom @ 013-2963073 utk mendapatkan harga yang terbaik. tq.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved