Selamat Hari Guru

on Sabtu, Mei 15, 2010

Assalamualaikum.....

Sempena hari guru ni, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat pendidik yang aku paling sayang iaitu Mama aku sendiri.

p/s buat Mama: Walaupun Mama bukan lah seorang guru yang profesional tapi Mama telah mengajar adik untuk menjadi seorang manusia yang berguna. Mama berjaya menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri adik.

Adik masih ingat kata-kata Mama, "Mama tak pandai tapi Mama nak anak Mama pandai. Mama tak ada harta untuk diberikan pada anak-anak Mama. Mama hanya mampu hantaq adik belajaq sekolah agama untuk akhirat."

Terima kasih Mama kerana berjaya mendidik, memberi semanagt dan perangsang pada adik hingga adik berjaya ke menara gading walaupun tanpa abah di sini Mama. Mama.....dirimu terlalu tabah menghadapi hidup ini sendirian selama 22 tahun selepas pemergian abah. Jasa-jasamu tidak mampu aku balas. Akan ku kenang jasamu hingga ke akhir hayatku.

Ucapan kedua aku tujukan untuk guru Tadikaku (1987-1988) iaitu cikgu Norshidah, cikgu Kak Za dan cikgu Norazah kerana mengajar aku mengenali A, B, C, Alif, Ba, Ta dan 1, 2, 3...
Aku masih ingat lagi dulu aku ke Tadika menaiki basikal BMX dan cikgu kata nak buang basikalku dalam sungai depan Tadika jika aku bawa lagi basikal itu keesokkan hari.

Terima kasih juga kepada guru darjah 1 (1989) iaitu cikgu Badariah kerana menyayangi aku sebagai seorang anak yatim. Walaupun cikgu garang masa mengajar tapi cikgu la guru terbaik yang pernah aku jumpa. Kalau cikgu tak ada, mungkin aku dah tinggal kat rumah anak-anak yatim.

Selamat Hari Guru juga buat cikgu Fatmah (1992-1994) kerana memberi kepercayaan padaku untuk memegang jawatan Ketua Kelas walaupun masih ada pelajar lelaki yang boleh diharap. Kerana cikgu juga aku minat subjek Matematik. Tak lupa juga untuk Arwah Ustaz Fazil kerana memahirkan aku dalam penulisan Khat, cikgu Suriani, Cikgu Roshidi Pendek, cikgu Roshidi Panjang, cikgu Roshadi yang sempat gelarkan aku "Ustazah Rock", cikgu Yazid dan semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku di Sek. Keb. Sungai Limau Dalam, Sek. Men. Agama Assaadah dan Sek Men. Keb. Guar Chempedak.

Tak lupa juga buat semua lecturer di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia khasnya untuk PA, Dr. Mahani dan Prof. Abu Talib dan Dr. K. Ambalakan.


Jasamu Dikenang
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved