Hujan oh hujan......Tumpat lagi...

on Jumaat, Disember 04, 2009

Assalamualaikum.....
Dah lama aku karang benda ni tapi disebabkan keadaan line internet yg x mengizinkn, aku peram dulu....

Semasa aku ada di utara tanah air, balik kg, musim hujan. Best jgk tengok ayaq sungai dok melimpah. Teringat zaman dulu2 masa ayaq bah. Wan aku ada sampan. Masa kecik2 dulu, aku suka naik sampan bila ayaq bah naik, lebih2 lg dalam bendang yang seluas lautan. Masa tu dah tak nampak dah petak bendang sapa. Semua bendang abis tenggelam.

Budak2 paling syok time ni.....yang kesiannya....kat menatang....abih ayam itik....dan yang paling menggelikan aku, abis cacing2 timbui berkelampung atas ayaq dengan lintah2 berkeliaran....seram bulu roma tengok menanatng liat2 lembik tu dok cari mangsa nak isap darah. Dan yang paling gerun dan menakutkan, kehadiran tetamu tak diundang seperti ulaq, anai-anai dan segala macam menatang berbisa.

Barang2 dalam rumah aku bulih diselamatkan sebab semua angkat naik atas rumah. Yang penatnya time ayaq surut. Abis dalam rumah diselaputi tambuq,selut...Tapi,itu dulu...hanya tinggal kenangan dan tak akan berulang kembali.

Sehari sebelum hari raya Aidiladha, aku bertolak ke Kelantan. Macam ni la keadaan kesan banjir di Tumpat setelah 3 hari hujan dah tak turun. Air dh semakin surut...Sebelum tu, kena naik bot...




Ranking: 5

3 comments

4 Disember 2009 pada 8:56 PTG

Seronok juga kadang-kadang tengok suasana banjir ni... jarang dpt peluang sebab kat tempat saya, kalau ada banjir pun dalam sejam dua dah surut. Paling seronok kalau dpt shoot gambar budak-budak main air.

Cuma masalah betul la kan kalau banjir asik2 bawak lipan, haiwan-haiwan yg tak diundang, selut dsb ke dlm rumah.

5 Disember 2009 pada 12:10 PG

Thanks krn singgah.Ya la,skrg ni dh susah nk jumpa banjir mcm tu, kat pantai timur je yg selalu ada. ni la 1st time tgk banjir besar.

12 Disember 2009 pada 11:31 PG

bestkn time banjir
mcm x prnh jmper air
tp..tu ler
dl punyer kes
skrg mn leh dh bwt camtu
klau balik kg pong
banjir dh surut
tpkn
kesian ank2 kita skrg kn
x smpt merasa sumer tu
anyway, kita ntara yg bertuah ler kn
ader pengalaman tu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved