Siapa pernah main???

on Khamis, November 12, 2009

PERMAINAN ORANG UTARA....(KEDAH)

Aku hanya ada seorang kakak. Masa kecik2 dulu, aku berkawan dan bermain dengan budak-budak lelaki (sepupuku dan kawan2nya, bapa saudaraku) sebab aku ramai sepupu lelaki. Aku ikut je ke mana mereka pergi. Zaman dulu bukan macam zaman sekarang yang penuh dengan gejala sosial yang tak bermoral. Aku pernah masuk hutan, panjat pokok pelam,pokok asam dan pokok gheyang (aku tak tau nama lain bagi pokok ni, buah dia macam anggur hitam), teghebe burung (lastik), mandi sungai (aku tengok je sebab aku takut dgn lintah dan tak tau berenang), mengai ikan dan tak terkecuali, main permainan tradisional yang benar2 tradisi dan mungkin dah terhakis ditelan zaman serta semakin luput di ingatan.

Ni adalah permainan orang utara. Antara permainan yang masih aku ingat:
Zero point, batu tujuh/ selambut, chop tiang, congkak, tuju guli, tuju kasut, senapang kayu, cakplom dan sebagainya.

Tuju guli – bulatan dibuat atas tanah. Setiap orang akan letakkan sejumlah guli yang dipersetujui bersama. Garisan juga dibuat sejauh lebih kurang 2 meter dari bulatan sebagai tempat bermuka di belakang garisan. Peserta akan tuju guli yg berada di dalam bulatan. Guli yang terkeluar dari bulatan akan menjadi hak milik peserta tersebut.

Tuju kasut / tuju tin (susun bentuk piramid) - melibatkan 2 pasukan. Satu pasukan lontar bola kearah tin atau kasut yg disusun. Apabila kasut atau tin telah jatuh, pasukan yg lain akan ambil bola dan lontarkan ke ahli pasukan lawan yang cuba untuk menyusun semula tin atau kasut. Sekiranya berjaya disusun, pasukan lawan akan menang tetapi sekiranya semua ahli pasukan lawan terkena bola, permainan tersebut akan dimulai semula oleh pasukan yang satu lagi.

Jengkek kapal terbang – 7 petak akan dilukis di tanah berbentuk kapal terbang. Rasanya skrg ni masih ada lg yg main permainan ni.

Galah panjang – menggunakan galah atau dilukis sahaja di atas tanah.

Cakplom – diperbuat daripada buluh, bentuknya lebih kurang macam gobek. Kenal tak apa itu gobek? Alah, yang orang tua2 dulu melumatkan sirih pinang tu....tapi caplom ni, lubang dia kecik sikit, lebih kurang besar buah cermai atau terung bulat yg kecik2 tu. Pelurunya, guna buah cermai, terung kecil atau kertas surat khabar yang direndam dalam air (buat bulat2), sumbat dlm buluh tu, macam meriam tu...main tembak-tembak la..Skrg ni nak tunjuk gambar pn payah.

Penangin – kipas yg dibuat menggunakan daun nyiur (kelapa). Dicucuk dgn lidi dan diletakkan di hujung batang bemban. Halakan bertentangan angin. Penangin tu akan berpusing macam kipas.
Ni la pokok bemban.

La ni dah tak dak mainan macam ni. Budak2 sekarang hanya tau main game PC atau playstation.
Ranking: 5

6 comments

13 November 2009 pada 1:55 PG

salam kembara iza..

kitorang masa kecit2 dulu suke main kawen2..

ngee..

13 November 2009 pada 7:35 PG

salam utk tuan rumah
betul tu...dulu2 mak ayah kita tak risau anak2 dibiarkan bermain jauh2 dari rumah..campur laki/pompuan..
saya sendiri mandi sungai dgn kwn2 lelaki..panjat pokok..cari ikan laga,main layang2 dalam bendang...musim banjir lg best...
mlm2 mak ayah pergi ngajar quran utk org2 dewasa..saya dan adik2 tunggu rumah.
alhamdulillah takde apa yg buruk berlaku
tp sekarang...dah ada anak2..24 jam dia org mesti berada depan mata saya..hehe
bkn bermakna mengongkong..tp berhati2..
sbb manusia sekarang makin hilang nilai kemanusiaan..

13 November 2009 pada 5:43 PTG

ada lagi.main polis entri,aci cup, senapang kayu, dan aci sembunyi.hehheehehehe

13 November 2009 pada 9:20 PTG

salam kenal...
mgkin saya leh panggil kamu kak kot..
hahaha..memang lawak la baca kak punya blog terutamany permainan2 yg bunyi utara tu...
teghebe, buah gheyang..
zaman saya, saya masih menikmati semua tu..memang best main ngan sepupu2..
tapi la ni, budak kita dah xmain sangat benda2 tu walaupun kak kampung..

13 November 2009 pada 10:42 PTG

En sesengat:
Terima kasih.haa....pandai pun.memang byk tapi tak teringat nk senaraikan.....

A Peacemaker:
Terima kasih atas kunjungan anda. Ya ka? Beruntung ya kita dapat menikmati dan merasai keseronokan zaman dulu-dulu. Orang utara jgk ka?
Budak2 dulu kreatif bab cipta mainan, budak2 la pi beli kat kedai ja.

16 November 2009 pada 12:32 PG

i likeee~

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved