Kemeja Lelaki

on Selasa, Mei 12, 2015

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dah lama tak jengok Teratak Usang ni, berterusan usangnya. Tak sempat sebenarnya nak menulis. Tapi hari ni gagahkan diri buka laptop. dapat juga share hasil keras tanganku.

Aku ni tak pernah belajar menjahit atau dengan kata lain, tiada pendidikan formal dalam bidang jahitan. Semuanya main redah sahaja asal jadi.

Birthday hubby semakin dekat. Aku pun buntuk nak carikan hadiah yang special. Sempena hari jadinya juga, hubby ku perlu mendaftarkan diri di ILSAS untuk berkursus selama 6 bulan. 6 bulan you. Bukan sehari dua. Ini bermakna, selama ketiadaan hubby di sisi, aku la abah dan aku lah ibu pada anak-anakku. 

Berbalik pada hadiah birthday tadi, aku rasa hadiah baju kemeja paling sesuai. Hubby ku suka sangat beli baju kemeja yang branded. Pada pandangan mata kasarku, baju yang dibelinya langsung tak cantik, macam mat bunga, dah la harga pun mahal. Aku nak beli untuknya? Ohh, tidakkk. Tak mampu.

Oleh kerana aku nak hadiahkan untuknya kemeja tapi dalam masa yang sama, aku tak nak beli (aku kedekut duit, aku rasa tak berbaloi dengan harganya, tak cantik dan macam-macam la), terpaksa la aku merajinkan diri untuk belajar buat baju sendiri.

Susah? Memang susah tapi nak seribu daya. Apa sahaja yang aku inginkan, pasti akan aku usahakan. Tak pernah belajar jahit? Ya. aku hanya pandai mengait tapi nak juga tunaikan impian sendiri. Caranya, aku trace semula baju kemeja yang ada ke kertas kajang sebagai pola dan gunting seperti baju contoh tersebut. You tube jadi tok guru..dan ini la hasilnya..


Cantik tak?
Macam mat bunga kan? Aku berani buat kemeja guna kain ni kerana ku lihat baju-baju kemeja hubby ku kebanyakkannya bunga-bunga. Dulu aku ketawa geli hati juga ketika dia beli baju bunga-bunga. Aku gunakan kain cotton Jepun dan kain cotton satin. Nak nampakkan sedikit kelainan. Alhamdulillah, percubaan pertamaku berjaya dengan cemerlang.

Belum sempat aku buat supprise pada hubby, dia dah jumpa dulu baju ni. Terlihat di wajahnya cahaya kegembiraan. Alhamdulillah, dia suka. Aku pun suka bila tengok dia suka, dapat pula pujian "pandai ayang jahit", bertambah lebar senyumanku...

Sebenarnya bukan mudah untuk jadikan sehelai kemeja kerana aku bukan tukang jahit. Malah, tukang jahit sendiri pun kadang-kala tak berpengalaman untuk menjahit kemeja jika hanya menjahit pakaian wanita.

Itu sahaja yang ingin aku kongsikan untuk bulan ini. Jumpa lagi..

Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved